Friday, January 7, 2011

.never give up!.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk menulis sesuatu di sini.
Minggu pertama.
Homesick ke? Taklah. =)
Sebenarnya, ‘berlagak’ kuat dan sangat okay. T_T
Sambil tersenyum, saya tahu saya harus positif.
inshaAllah, akan mampu bertahan hingga ke akhirnya.
And once saya dah berada di sini, saya sudah tanamkan keyakinan dalam hati bahawa inilah qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan buat saya. Pasti ada hikmah-Nya. :’)

Sedang mencari sesuatu sebenarnya.
Hari pertama,ok. Hari kedua ok. dan masuk hari ketiga. Masih okay lagi.
Masuk hari ke-4, sudah terasa kosong dan semakin kosong.
Kerana apa yang saya cari, tersangat susahlah untuk dijumpai.
Setiap kali berjalan pergi atau pulang dari kuliyyah, ‘mengintai-intai’ seandainya apa yang dicari itu mungkin terselit-selit atau ianya kabur dari pandangan mata saya.
Mungkinlah juga usaha saya tidak seberapa, lalu mengharapkan bulan jatuh ke riba?

Namun, Alhamdulillah, hari ini Allah kabulkan hasrat hati dan doa saya.
Seperti selalunya, berselisih dengan yang muhrim, inshaAllah pasti sekeping senyuman akan diberi.

Smile can change your life… ;)

Begitu jua kepada kedua insan tadi.
Berselisih, tersenyum dan meneruskan langkahan menuju ke destinasi.
Sudah berjalan beberapa langkah ke hadapan dan mula menapaki anak-anak tangga yang banyak itu.
namun, berpatah balik semula sambil berjalan dengan pantasnya untuk ‘mengejar’ mereka tadi.
Sepertinya hati tergerak-tergerak untuk bertanya sesuatu.
Lalu, menepuk bahu si baju biru dengan lembut.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Keduanya si baju hitam dan biru menoleh, sambil tersenyum.
“Hurm, nak tanya. Kat sini ada usrah tak?”
Keduanya berpandangan di antara satu sama lain.
“Ada.”
Keduanya tersenyum lagi.
“mashaAllah, sebenarnya susah sangat nak jumpa orang yang tanya tentang usrah kat sini. Yang offer diri nak join.Alhamdulillah, shukur sangat.sebelum ni join usrah kat mana.bla.bla.bla.”
Mengambil masa beberapa minit dari mereka dan sambil itu hati tak putus-putus mengucap shukur pada Allah. DIA gerakkan hati saya dan kuatkan langkah saya untuk menegur kedua ukhti itu.
Sebelum berpisah, bertukar no phone untuk mudah dihubungi kemudiannya.
“InshaAllah,nanti kami ‘contact’ Hajar, ye.”
Betapa saat itu hati saya terasa meruntun-runtun bahagia.
Allah semakin mudahkan langkahan saya.
Alhamdulillah wa shukur lillah.

Kerana sesungguhnya saya tersangat risau sebenarnya.
Saya risau saya futur. Saya bimbang saya jatuh.
Mungkin ada ketikanya saya ‘dihasut’ dengan suara-suara yang membuatkan saya fikir saya akan kuat tanpa tarbiyyah tanpa usrah.
“Ala,kawan-kawan lain rileks je.Pergi outing,jalan-jalan. Fokus je study tu.Buat apa penat-penat kan otak,badan nak fikir nak pergi usrah.nak join any tarbiyyah program.Dah la hostel nun di puncak bukit.Rajin sangat nak menapak anak tangga untuk ke bawah.Duduk dalam bilik dengan kesejukan yang begitu mencengkam badan sambil tarik comforter lagi best.tido!”
Lagi sangat simple,macam best rileks je.Heh,itu ke yang saya nak?
Tampar pipi berulang kali.

Memetik kata-kata dari Abdul Wahab ‘Azzam:

“Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara yg besar, nescaya kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh”


And nice sharing dari blog seorang ukhti.
Terkesan sungguh dengan kata-kata dari murabbiyahnya yang sungguh menusuk hati;

“hanya satu formula untuk antunna kekal dalam jalan dakwah dan tarbiyah iaitu maintain usrah. Kerana fokus K.I.T.A punya wasilah tarbiyah adalah usrah.

kurangnya tarbiyah samaada dzatiyah atau jamaeiyah, maka terimalah lunturnya hamasaah dan sindrom kefuturan yang berlarutan sehingga kita tersungkur masuk kelembah paya yang busuk itu kembali.nauzubillahi min zalik.”

sungguh,saya tak mahu jadi sedemikian rupa.saya tidak mahu sekadar bersandarkan pakaian taqwa namun hakikatnya jiwa saya kering sekeringnya.
doakan moga Allah permudahkan langkahan saya di sini ya! :')


Dan minggu pertama juga sudah membuatkan saya ‘tersenyum’ di sini.
Menatap buku law yang setebal 600 lebih mukasurat yang bukan sekadar perlu dibaca tapi harus difahami dan dihafal segala akta-akta di dalamnya membuatkan hati sudah berbolak-balik. Mampukah aku?
AllahuAllah.
Allahumma yassir wala tu’assir, Allahumma atmim bikhair!
Yuk,selamat berjuang menempuh semester baru dengan 7 subjects yang tersenyum-senyum menanti di hadapan! ;)




ps; mohon selitkan namaku dalam lewat doa-doa kalian ya :')

6 heart (s):

Unknown said...

semoga terus hidup di bawah payung ini :)

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Alhamdulillah Kak Hajar.. Kak Hajar di mana sekarang ni?

-Moga dikembangkan lembayung rahmat-Nya, agar bersinar hidupmu ukhti :')

hamraa' ツ. said...

to iqbal:
ameen,inshaAllah. =)
moga dipermudahkan oleh Allah.

hamraa' ツ. said...

to iffah:
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
masih di sini,adik sayang. ;)
cuma cabaran tahun baru semester baru makin hebat.
doakan kejayaan bersama ya!

ameen,inshaAllah.
moga malaikat turut mengaminkan doamu n same goes to you! :')

S.Fairuz said...

salam hajar.
hajar amik course Law ke?
bukan dulu u're the pior science student?
herm,rasa macam tertinggal kapal je.
anyway,all the best in your study!
insyaAllah u can make it.just believe it.

ps:awak sejuk2 ni,kat negara mana eh? adakah disekitar negara yang akak berada sekarang? ;)

-kak fairuz-

hamraa' ツ. said...

to kak fairuz;
wasalam sis.
ehe. :) long story nak stori mori ni.Allah telah mentakdirkan hajar berada di sini.mohon doakan kejayaan hajar di sini ya! :')
by the way,hajar bukan amik law.
tapi subject law wajib di ambil as a faculty requirement.lencongan hajar pun dah terlalu jauh sangat ni.
apepun,inshaAllah mengharapkan yang terbaik di sini dan moga dimudahkan segalanya oleh Allah.
jazakillah atas doa n harapnnya ye!
ameen,inshaAllah.

ps;huhee.di mana ya?tettt..
waa~itu mungkin tidak. ;) belum rezeki mahu ke situ.kalau tak mesti dah contact kak fairuz.eceh.hiks~
selamat bermain salji dengan hepi! :D

Lilypie Angel and Memorial tickers