Friday, May 20, 2011

.kalau nak manja,duduk diam-diam.

Salam Alaykk~
                                                                                                                                [NOTA BUAT DIRI]
Baca nota di bawah ini buat hati tertampar-tampar. T_T
Saya macam ini ke. Mahu manja-manja dalam tarbiyyah. Perasan nak jadi hebat dan nak melaju lepas-lepas ini, mahu sebaris dengan orang yang hebat dalam tarbiyyah, tapi masih lagi bersenang lenang. Tak mahu susah payah. Asyik mahu tunggu kena suap sahaja ke?

Saya sedar dah 2 dekad lebih saya habiskan usia saya ke arah perkara yang sia-sia. Tak aim sangat nak dapat redha Allah (?)*dush.
ighfir dzunubi,ya Ghaffur.
Jadi, sungguh saat Allah telah menghadirkan dalam hati saya untuk kembali, menuju ke daerah yang pasti akan membuatkan tiap hati merasa bahagia,mashaAllah. *perasaan yang sukar digambarkan, saya mahukan baki usia yang tersisa terus menerus dalam redha Allah. Entah esok lusa ataupun saat selepas saya meng’update entry’ ini, Allah menyuruh malaikat Izrail mencabut nyawa saya. Mampukah saya mahu menjawab segalanya di mahsyar nanti? Allahu Rabbi.

CINTA ALLAH itu sangat hebat,kamu tahu. Allahu Allah~ T_T  
Tak mampu menandingi cinta manusiawi pun. DIA akan tetap memeluk dirimu walau penuh noda dan dosa. Dan saat hidayah-Nya mengetuk pintu hati, rebutlah. Genggamlah ianya erat-erat. Peluklah ia ketat-ketat. Entah mungkin kalau terlepas, kamu tak akan mampu memilikinya lagi selepas ini.

So, jom nikmati nota yang di kopipasta ini. Moga diri memahami apakah makna sebenarnya tarbiyyah itu. Adakah tercipta alasan-alasan yang menandakan diri tergolong dalam golongan yang manja?

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.  
-yang cepat mengalah
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.    

Di kopi pasta - http://muntalaq.com/  

"Saat mengingat orang-orang soleh, aku merasa seperti tersingkir dari barisan mereka"
(Ayyub as-Sikhtiyani)

Astaghfirullah.

The past experiences indeed had taught me a lot. As I looked back at those days
yes undeniably, there was a lot of priceless 'ibrah’ could be extracted.
Maybe, it's time to let go. (not maybe but should be, hajaar.)
And start moving forward.
Moga Allah redha.

0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers