Showing posts with label My Reminder. Show all posts
Showing posts with label My Reminder. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

.soften your hearts.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Dalam kita melangkah
Terkadang di uji dgn ujian yang terasa berat hingga kita terduduk & menangis
Peritnya terasa
Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yangg tersasar dari keikhlasan
Semoga kita tabah & ditetapkan iman


Saat bertafakurnya kita, renungilah ayat ini.

“Wahai Tuhan Yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” 
(Ali Imran : 26)


.hajarulhamraa.
26 Rejab 1432H

Sunday, January 9, 2011

.Dosa menghitam hati dicabut iman.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Malam tadi, dengan penuh harapan moga ada peluang untuk online walau sekejap saje.
Alhamdulillah.
Disebabkan petangnya sempat baca satu artikel yang sangaat bermanfaat,inshaALLAH.
Does revive myself sebab kadangkala rasa diri ni tak menghargai sangat masa lapang yang ada.isk.
Dan rasa tersangatlah patut untuk dikongsi pada semua yang jadi readers di blog yang tak seberapa ini.
*Taip cepat-cepat mana yang patut sebab esok ada kelas pagi.yuk, jom baca & hayati! =)

Artikel ini di’copypaste’.
Harap maklum. =)

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya

PENENANG HATI: Masa terluang perlu diisi dengan amal ibadat supaya kekuatan iman bertambah.
Masa luang paling bahaya kerana melemahkan perasaan hingga menjejaskan kesabaran.
TAKUTLAH dengan keselesaan dan ketenangan hidup kerana boleh jadi ia seperti sungai yang tenang, tetapi dalamnya boleh menenggelamkan orang yang leka akibat keindahannya. Begitulah perumpamaan dunia yang disediakan untuk menguji.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“…siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).”
(Al-Mulk : 2)
Tetapi mengapa mesti takut jika seseorang sudah beriman. Bukankah hidup ini awal dan akhirnya, susah dan senang, azab dan nikmatnya sudah ditakdirkan untuk setiap yang bernyawa? Seperti kata Umar Al-Khattab mengenai hakikat ujian: “Aku tak kisah selama ujian itu tidak menjejaskan iman dan agamaku.”
Asalkan ada iman, segala-galanya akan menjadi mudah. Sebaliknya, tanpa iman harta yang banyak tidak akan memuaskan, wanita cantik rasa menjemukan, anak ramai, tetapi kesunyian, kawan dan pengikut taat setia, tetapi dicengkam pengkhianatan.
Maka ia memandang manusia dengan pandangan mencurigakan, mencari musuh dan mengumpul kekuatan untuk melawan. Hidup jadi kusut, konflik bertindih-tindih, apa yang ada di tangan tidak boleh menundukkan hatinya. Nafsu menjadi raja, iman semakin susut ke paras terendah.
Saidina Abu Darda’ pernah berkata: “Antara tanda kefahaman seorang hamba adalah dia mengetahui apakah imannya bertambah atau berkurang.”
Sesungguhnya iman boleh naik dan turun, ia diuji dengan pelbagai masalah kehidupan. Sama seperti ujian kemewahan dan kemiskinan yang disentuh dalam al-Quran.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Katakanlah: jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan kamu usahakan, perniagaan kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah swt dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah swt  mendatangkan keputusan-Nya dan Allah swt tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik.” (at-Taubah : 24)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.”
(al-Baqarah : 155)
Menjadi sifat dan tabiat buruk manusia apabila diuji ingat kepada Tuhan dan jika hilang kesusahannya ia berpaling daripada Tuhan. Hal ini dinyatakan menerusi sindiran al-Quran yang bermaksud:
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang menimpanya. Begitulah orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
(Surah Yunus, ayat 12)
Semestinya ketika musibah berakhir dan berganti dengan keselamatan, seseorang semakin kuat bergantung kepada Allah swt dan berwaspada jika peristiwa itu berulang lagi. Kemudian bertambah kesyukuran dan selalu mengingati jasa Allah swt kepada dirinya.
Apabila dia melihat saudaranya ditimpa musibah, hatinya kembali mengingati bahawa dia pun terdedah kepada musibah itu dan bertambahlah harapannya kepada Tuhan. Begitulah kefahaman iman yang sejati ketika menghadapi ujian.
Selain ujian kehidupan, iman juga boleh dicabar dengan dosa kecil dan besar. Orang melakukan dosa, maka serta-merta berkuranglah imannya. Adakah sesuatu yang boleh menggugat ketenangan hati manusia? Yang menggetarkan hati adalah dosa, yang menghitamkan hati juga dosa, yang menggelapkan pandangan dan mengotori perasaan manusia hanya dosanya.
Seseorang boleh terjejas tumpuan amalnya kerana dosa, lemah azamnya kerana dosa, keruh hubungan dengan sesama manusia kerana dosa. Dan yang paling hebat impak dosa adalah terlempar manusia dari sisi Allah swt dan tercabutnya iman daripada hati.
Untuk itu, penting menjaga iman supaya sentiasa tegak pada paras yang tinggi atau setidak-tidaknya konsisten dan istiqamah begitu mendesak untuk disegerakan melebihi segala-galanya. Seboleh-bolehnya yang menjadi agenda terpenting dalam kehidupan kita adalah bagaimana cara melonjakkan iman dan menyurutkan maksiat.
Saidina Abdullah Masud berkata: “Seorang Muslim tidak akan sampai pada hakikat iman sehingga masa baginya lebih berharga daripada hartanya.” Dia begitu menghargai masa, mengisi dengan perbuatan berfaedah dan sentiasa mengejar sasaran tertentu. Tidak salah apabila seseorang mempunyai impian, asalkan bukan angan-angan kosong.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: “Aku memiliki jiwa yang cekal untuk mendapat segala keinginanku. Dulu, aku ingin berkahwin dengan anak perempuan bapa saudaraku akhirnya aku memilikinya. Lalu aku ingin menjadi Gabenor Madinah, aku ingin menegakkan keadilan dan aku memperolehnya. Kemudian aku ingin menjadi khalifah kaum Muslimin dan aku mendapatkannya. Adapun kini, aku merindukan yang lebih tinggi lagi, sekarang aku merindukan syurga Allah swt.”
Betapa tingginya cita-cita semata-mata mahu memperjuangkan agama Allah swt dalam apa juga bidang diceburi. Alangkah singkatnya masa yang ada, sehingga al-Imam Hasan al-Banna berkata: “Sesungguhnya kewajipan kamu lebih banyak daripada masa yang kamu miliki.”
Bagaimana mungkin seseorang boleh menunda pekerjaan yang baik di sisi Allah swt padahal dia tidak tahu mungkin esok mendapat serangan penyakit atau musibah yang menjejaskan segala sasaran dibinanya.
Masa terluang adalah saat paling berbahaya kerana dosa dan kejahatan itu berpunca daripada masa dan hati yang kosong. Hanya dengan bekerja, beramal dan beribadat seseorang memiliki kekuatan iman, manakala menganggur, malas dan berhibur berlebihan akan melemahkan iman.
Al-Imam Ibnu Al-Qayyim berkata: “Setiap hembusan nafas dan titisan peluh yang keluar di dunia tidak dalam rangka ketaatan kepada Allah swt, maka akan keluar pada hari kiamat dalam keadaan menyesal.”
Abu Bakar al-Siddiq masuk ke sebuah kebun milik sahabat Ansar, bersama sahabatnya beliau duduk menikmati keindahan kebun, buah-buahan sedang ranum menunggu masa untuk dipetik, rantingnya tidak kelihatan disebabkan banyaknya buah, sementara burung bergayutan kegirangan.
Sahabat berasa gembira dengan pemandangan indah itu, tetapi mereka melihat Abu Bakar duduk sendirian sambil menangis teresak-esak. Mereka bertanya hairan: “Wahai Khalifah, apa gerangan yang terjadi pada dirimu? Abu Bakar menjawab: “Saya melihat burung ini, betapa beruntungnya ia, hinggap di sebatang ranting dan memakan buahnya, ia mendatangi sungai yang jernih dan meminum airnya, ia mati tanpa dihisab dan tiada mendapat azab. Oh seandainya aku hidup seperti burung ini, oh…seandainya ibuku tidak melahirkanku.” Akhirnya sahabat yang lain ikut menangis.
Jauhnya pandangan dan sensitifnya perasaan Saidina Abu Bakar, bukti kentalnya iman di dada. Pada saat tidak terduga pun (ketika bersantai) beliau mampu membangkitkan keinsafan dan menyuburkan imannya. Sesuatu yang agak mustahil dilakukan pada zaman ini di mana ramai generasinya dalam terkena bala pun masih sempat bermaksiat.

*sila click untuk full resolution with clear words! ;)

Ya Allah,
kami mohon, hidupkanlah iman di dada kami setiap saat.

ps; duhai iman & hati yang tersayang,kamu sila take note ya!

Saturday, December 25, 2010

.coret-coret.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Hari ni have to settle some important matters. Keluar seawal 8 pagi with my sister.
Alhamdulillah,pagi-pagi jalan tak terlalu sibuk untuk meghala ke selatan dari kuala lumpur. Rasa tenang je nak drive.*but not me yang drive,sebab lessen tak renew.heh. :D
Anyway, sedang mencari ibrah di atas peristiwa2 yang berlaku hari ini.

Terfikir.
Apakah dunia hari ini,masyarakatnya adalah manusia yang sentiasa mementingkan diri sendiri – selfish. Egois?
Terkilan dengan sikap mereka yang mementingkan diri sendiri tatkala berada di jalan raya. Dan sikap inilah yang menyumbang kepada nahas jalan raya yang dianggap sebagai pembunuh utama di Malaysia!
*isk.kenapalah langsung tak punyai sikap ithar atau altruism ketika di jalan raya?

Hari ini sahaja sudah berjumpa 6 manusia yang mementingkan diri sendiri! Sampai terefek kat saya dan kakak.berlaku accident kecil yang bukan berpunca dari kami..tanpa signal, laluan kami yang berada ditengah-tengah ‘direbut’ dan dek kerana untuk mengelak terhimpit dari kereta yang ‘besar’ itu, kakak cuba mengelak namun terlanggar sedikit kereta di laluan sebelah kiri.dan sungguh,rasa sangat terkilan dengan manusia itu!moga Allah kurniakan hidayah buat kamu.bertimbang rasalah.and you must remember,what you give to others you’ll get back.sunnatullah.

tapi,Alhamdulillah.tuan punya kereta yang dilanggar(kereta baru.huhuk) tidak mengenakan sebarang tindakan walau tercalar sedikit keretanya. *siap tanya,”kereta awk tak ada apa-apa ke?” mashaAllah. :’) moga Allah permudahkan urusan kamu,inshaAllah.

Mahukan redha Allah dalam hidup?amalkanlah sikap ithar yakni mendahulukan hajat orang lain melebihi diri sendiri. Macam ada state dalam sebuah hadis;

‘Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri.’

Dan lawan sifat ithar itu adala mementingkan diri sendiri. Hanya mendahulukan kepentingan diri sendiri semata-mata tanpa menghiraukan keperluan orang lain! Kita merasakan kita perlu cepat2 sampai ke destinasi yang ingin dituju, memotong laluan tol seperti berpura-pura tidak perasan bahawa pengguna jalan raya yang lain sudah berpanas di atas jalan raya sewaktu matahari terik di atas kepala hingga kesejukan aircond tidak mampu menandingi rasa haba di luar. Belajarlah menjadi manusia yang bertimbang rasa. Hatta, jika kita ingin memotong sekalipunatas sebab-sebab kecemasan, berilah ‘signal’ ataupun sekadar mengangkat tangan sudah amat memadai. Bukankah budi bahasa itu dikatakan budaya kita?

Bersikap ithar itu sebenarnya juga mampu menyumbang dalam menjaga nyawa sesama manusia. Memelihara nyawa manusia itukan salah satu tuntutan maqasid syariah dan menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha menunaikannya.

Bertimbang rasalah dan didiklah hati untuk menjadi manusia yang terbaik dari sisi-Nya. (^_^)

cuba fahami cycle ni. =)


Akhlak itu bunga diri tau!Moga segalanya dalam redha Allah.

Wednesday, December 15, 2010

.di mana diri.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Alhamdulillah.
Sedar atau tidak,kita sekarang dah memasuki tahun Hijr yang baru iaitu 1432H dan hari ni dah memasuki hari yang ke-9 Muharram. Sekejap je rasa masa berlalu.

Bagaimana iman kita saat dan tika ini?
Adakah dengan memasuki fasa tahun baru,
graf iman semakin meningkat atau masih ditakuk yang lama = neutral, without any changes?
atau yang lebih menyedihkan ia semakin jatuh menjunam? nau’zubillah.

è  Reminder for myself.

Hakikatnya, yang perlu kita ketahui.
Muhasabah diri itu adalah PERLU dilakukan SETIAP HARI.
Bukan setiap kali muncul tahun baru, baru teringat untuk bermuhasabah diri.
Tidaklah mengatakan ianya salah untuk bermuhasabah diri, nak tanam azam baru dan sebagainya setiap kali munculnya tahun baru.
Namun, yang TERBAIK adalh pada setiap hari.
Kerana iman itu sifatnya "Al Imanu Yazid wa Yankus.” Bila mampu bermuhasabah diri pada setiap hari, inshaAllah kita mampu menilai di mana tahap diri kita yang sebenarnya. Adakah amal soleh semakin hari semakin meningkat atau sebaliknya.

Sayidina Umar al-Khattab pernah berkata;
"Hisablah (periksalah) diri kalian sebelum kalian dihisab, dan berhiaslah (bersiaplah) kalian untuk hari akhirat (yaumul hisab). Dan bahwasanya hisab itu akan menjadi ringan pada hari qiamat bagi orang yang menghisab dirinya di dunia."

Ungkapan ini memberi peringatan kepada kita betapa perlunya muhasabah diri dan bagaimana ia berupaya bertindak sebagai alat persiapan yang akan menetukan kejayaan di samping mengelakkan kita daripada penyesalan yang tiada penghujungnya.

Muhasabah diri ini bukan sahaja boleh membantu kita merancang masa depan yang lebih baik,
malah ia akan menginsafkan kita akan betapa pentingnya perancangan rapi itu sendiri supaya dengannya kita dapat menghayati maksud firman Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-nya) dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan); Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.
[Al-Hasyr 59: 18]


Sayidina Umar r.a yang memahami kepentingan muhasabah diri,
bermuhasabah diri pada setiap malam sebelum beliau tidur.
Andai dilihat sepanjang satu hari yang dilalui ada keburukan yang dilakukan, beliau akan merotan dirinya sebagai hukuman di atas kegagalannya membentuk diri menjadi seorang Muslim yang sebenarnya kerana keburukan yang menyebabkan dirinya mengalami kerugian.
Bagaimana dengan diriku?
Bermuhasabah sehingga sedemikian rupa?
Difikir-fikir kembali,
Apakah buku amalan kebaikan yang dicatat oleh sang Raqib adalah penuh utk hari tersebut atau buku amalan kejahatan yang dicatat oleh sang ‘Atid lebih mendahului? astaghfirullah.
Kerana walau sekecil dan seberat zarah sekalipun, sama ada ia kebaikan mahupun kejahatan, ia akan tetap dihitung!

"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun."
[Al-Kahfi :49]

Sungguh,
Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Namun, hambaNya yang selalu menzalimi diri sendiri. :(

Koreksi diri kembali.
Dilahirkan sebagai Muslim, adakah diri sudah menghayati makna Islam yang sebenarnya?
Sudahkah menerapkan nilai Islami dalam seluruh aspek kehidupan?
Pada setiap perbuatan yang dilakukan dari sekecil-kecil perkara sehingga yang sebesarnya, telah meletakkan Allah sebagai penilai yang utama?
Sudahkah mampu memahami tiap baris makna ayat-ayat Allah yang tercatat di dalam al-Quran?
Atau sekadar membacanya tanpa sebarang pemahaman.tanpa ada perasaan utk menjiwainya.
Sedangkan Ustaz Farid Ravi Abd yang menjadi Muslim saat usianya sudah menjejak ke tangga usia 18 tahun, begitu mampu menghayati tiap baris makna ayat-ayat Allah, bagaimana dengan diriku?tak ada rasa apa2 ke?malu,perasaan nak improve diri etc kerana lahirnya adaalah sebagai seorang Muslim!
ya Ghaffar, Ighfir dzunubi..

Sharing with Ustaz Fauzi time kuliyyah zuhr semalam, cukup membuat hati tersentuh dan ’tertampar’.
Muhasabah diri EVERYDAY!
Re-check diri selalu.
Siapa kata ada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan,and rasa diri dia perfect?
kerana hakikat kejadian kita, kita ini bukanlah nabi apatah lagi malaikat.
Namun,jangan jadikan ia alasan.
*oh,aku bukan nabi mahupun malaikat.tak apalah.aku tak dapat hidayah Allah lagi.tunggulah tahun depan,aku akan berubah.tunggulah,nantilah.masuk 2011, aku dah pasang azam siap-siap nak jadi baik.

Alasan.Alasan.Alasan!
Hidayah itu petunjuk dari Allah. DIA memang dah bagi. kerana pastinya, tanpa hidayah Allah seseorang itu pasti akan tersesat jauh dari landasan kebenaran.
Yang tinggal, perlu di cari TAUFIQ-NYA; iaitu kekuatan.
kerana tanpa taufiq, sia-sialah hidayah yang telah Allah kurniakan buat diri kita.
Dan kenapa nak tunggu sampai tahun baru? Andai Allah suruh malaikat izrail cabut nyawa kita sebelum sempat diri menjejak ke tahun baru? Alangkah ruginya!

Sampai bila akal, hati dan diri masih mahu berada ditakuk yang lama.
Hati dan jiwa dibiarkan kering kontang tanpa ada sebarang inisiatif untuk ‘membasahkannya’.
Jasad dibiarkan terawang-awang tanpa tarbiyyah.
Bagaimana nak jawab dengan Allah nanti?
Dah cukup bersedia ke?
Allahu Allah~

Remember.
RAHMAT ALLAH itu sangatlah luas.
Penuhkan hati dengan sifat ar-Raja’(berharap).
Berharap dengan sepenuh keyakinan pada Allah yang DIA akan mengampunkan segala dosa2 yang pernah dilakukan oleh diri.
Bentuklah diri menjadi seorang muslim yang sebenarnya.
Say SAYONARA to JAHILIYYAH!
Istiqomah itu perlu.

Undeniable, hendak membentuk diri menjadi INDIVIDU MUSLIM amat menuntut MUJAHADAH yang sangat tinggi!
Cabaran dan dugaan yang mendatang perlu diharungi dengan tabah berbekalkan iman dan taqwa yang sangat utuh.
Kamu perlu tinggalkan semua perkara yang menyumbang ke arah ‘pembentukan’ jahiliyyah dalam diri.
Tak ada masa lagi nak main game, baca novel yang melalaikan, tonton drama korea jepun, online berjam-jam (fb, chat, fs etc) dan segala aktiviti yang melalaikan diri.
*Fikir-fikirkanlah ye diri. Setiap apa yang aku lakukan ni,adakah benar2 bermanfaat buat diri?



Barangsiapa hari ini LEBIH BAIK dari semalam, maka dia adalah orang yang BERUNTUNG.
Barangsiapa hari ini SAMA seperti semalam, maka dia adalah orang yang RUGI.
Barangsiapa hari ini LEBIH BURUK dari semalam, maka dia adalah orang yang CELAKA.


Ps; esok 10 Muharram kan? selamat berpuasa! So, please grab this great chance. =) yakin pada janji Allah,inshaAllah.

Sunday, December 12, 2010

DI-P2-GF

Salam Alaykum~
Hurm.
Lama tak update since the last post about Syahadatul Haq.
Maaf buat yang menanti next post seperti yang dijanjikan kerana ada kepentingan lain yang lebih mengisi menyebabkan keterbatasan untuk menulis.*kena belajar cara manage masa yang lebih bagus.huhuk.

Okay, basically Ghazwul Fikr ini secara harfiahnya diistilahkan sebagai ‘Perang Pemikiran’. Ia adalah merupakan antara usaha yang dilakukan oleh musuh umat Islam dalam memerangi umat Islam yang dilihat sebagai umat yang sangat gemilang. Dan selain daripada perang pemikiran, ia turut melibatkan perang dari sudut ekonomi dan juga ketenteraan.

Ghazwul Fikr
Dikatakan bahawa Ghazwul Fikr ini telah bermula semenjak kekalahan demi kekalahan yang diterima oleh orang-orang Barat(kaum salib) terhadap kaum muslimin  dalam peperangan terdahulu. Misalnya, kemenangan pasukan Khalid al-Walid yang pernah berperang dengan hanya menggunakan jumlah tenteranya sekitar 3000 orang berbanding dengan pasukan lawan,tentera Rom yang berjumlah 100,000 orang. Sungguh, Allah memberi kemenangan yang nyata dan dapat dilihat dari situ bahawa bilangan tentera yang ramai bukanlah merupakan faktor kemenangan.

Jadinya, para orientalis Barat ini telah mengkaji bagaimana umat Islam ini mampu berjaya, dan akhirnya mereka menyedari bahawa cara yang terbaik dan efektif untuk menghancurkan dan menjatuhkan umat islam itu adalah dengan menjauhkan kita semua daripada al-quran,sunnah dan islam itu sendiri!

“You can’t possibly defeat the Muslims in the battle arena,
you must first defeat them in the arena of ideology.
Then, it would be easy for you to dominate them.
And, they are a people who are careful against cultural sedatives from you.”
(King of France, Louis IX)

Kata-kata Louis IX ini telah menjadi guidelines buat musuh-musuh Islam dalam usaha ‘menghancurkan’ umat Islam dari sudut politik, ketenteraan dan agama sejak dari dahulu sampailah ke saat ini. Mereka berfikir cara yang bagaimana patut dilakukan agar fikrah(ideologi) atau akidah umat Islam ini menjadi rosak. dan serangan inilah yang disebut-sebut sebagai Ghazwul Fikr.

Apa yang mereka perlukan bukanlah senjata-senjata seperti bom,peluru mahupun kereta kebal (walaupun sebenarnya masih ada sekarang seperti yang berlaku di Palestin). Perasan atau tidak, mereka menggunakan medium seperti pendidikan, sosial, media massa dan media elektronik (surat khabar,majalah,TV,radio dan lain-lain.) 
Ideologi-ideologi dan isme-isme yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah diwarwarkan secara meluas melalui media-media yang telah disebutkan tadi.

i.e rancangan hiburan yang melampau2,program-program realiti yang ditiru dari Barat seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Idola Kecil dan sebagainya. *idola kecil,kanak-kanak sudah didedahkan dengan budaya hedonisme sejak kecil lagi ye.isk.
sekularisme, komunisme, nasionalisme dan juga teori evolusi.(herm) adalah secara kasarnya telahpun diguna pakai oleh umat Islam dalam aspek pendidikan,yang pada hakikatnya semakin jauh dari Quranic teachings.

So, dengan melemahkan iman seseorang Muslim melalui perang ideology ini,pastinya kekuatan jihad tidak akan mampu lagi disuarakan. Exactly, macam another orientalis Barat yang bernama Shatilin pernah cakap,

“A glass and an artist could destroy the ummah of Muhammad more than a thousand cannons,
therefore sink the ummah of Muhammad into the love of materials and lusts.”

Ideologi ini telah menyerang dan mula dipercayai di dalam pemikiran kaum muslim selepas kejatuhan Constantinople.

 
~Kejatuhan Constantinople~

Eh, kamu tak rasa apa-apa ke?
Semua ini sesungguhnya menjauhkan kita sebagai umat Islam dari al-Quran dan sunnah.
Yang mana ia merosakkan pola pemikiran, akhlak mahupun peribadi kaum muslimin kerana apa yang ‘disogokkan dan dihidangkan’ adalah sesuatu yang jauh dari realiti Islam yang sebenarnya bahkan fakta2 diputar belitkan sehingga menjadi auta! Ini lah target dalam Ghazwul Fikr, selain daripada menjadikan kaum Muslimin sebagai ‘puppets’ yang boleh di’control’ oleh golongan kuffar.

astaghfirullah.

Allah dah state dalam al-Quran pun.

“…Mereka tidak akn berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad(keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup…”
[Al-Baqarah 2:217]

Let's ask ourselves, where do we stand in this case? 
Adakah kita telah berjaya atau telah pun gagal dalam memerangi Ghazwul Fikr di dalam kehidupan kita?
Are we in the same camp as the kuffar or are we in the opposing camp where the arrows of the crusaders are heading?

Refleksi diri dan muhasabah diri kembali.
Dimanakah diri kita yang sebenarnya.

Marilah bersama-sama membentuk diri menjadi individu Muslim yang sebenarnya. 
(Muwasofat Tarbiyyah)
Rujuklah kembali manual hidup kita yakni, Al-Quran. Dan binalah jemaah yang kukuh.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
[Ali Imran 3:103]

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik
[Ali Imran 3:110]

ps; mungkinlah isiku berterabur.namun harapannya,moga mesej yang ingin disampaikan mampu difahami.dekatilah Allah,mohonlah doa pada-Nya moga ditunjukkan jalan yang lurus.Allahu Allah~


Lilypie Angel and Memorial tickers