Tuesday, June 12, 2012

.emo bukan nemo.


Bismillah.

“tak rasa ke diorang selfish kot. At least diskus lah dulu.”
Diam membungkam diri.
Tarik nafas dalam-dalam.lepas.

Siapa kata tak terasa.
Cuma tak mahu membiarkan emosi lebih mempengaruhi.
Be professional!
*kata dah jadi orang yang telah ditarbiyyah.hewwh.

La taghdab bukan?
Hadis 16,Rasulullah remind kita untuk sabar.sabar dan terus sabar untuk beberapa kali.
*aih,kata dah hadam. -_-‘

“takyah lah emo-emo sangat. Kita okkay je.”
Menangis dalam hati. Memohon kekuatan dari Ilahi.
Dan belajar, terus belajar untuk menjadi sang penyabar. Fasabrun jameelah!
Awak, tak comel lah bila marah-marah ni. Lagi stress.

“ahsantum wa ahsantum li anfusikum”

That’s life.

And Allah already mention to us in Qur’an.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat;
 dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah : 45)

*highlight – sabar tu perkara pokok.dan pastinya kena berserah diri pada Allah ta’ala dengan sepenuh hati.

Sungguhlah, salamatus sadr masih lagi terkadang terasa berat.
Kau masih tidak mengambil ibrah dari kisah Thaif,haa?
Ighfir dzunubi ya Ghafur.

*sambung study balik!

nota hati 1: Counting days toward Ramadhan kareem. :’) moga Allah sampaikan hingga saat itu. *pipi basah.

nota hati 2
nangis.hati,sila struggle!
.Kahfee.
22 Rejab 1433H




Monday, June 11, 2012

.randomly.


Bismillah.

I.
10:15 AM
Masuk kelas.
“Hajaaaar.”
Eh kenapa?hati pun tertanya-tanya.kelas tak start lagi?
“Hajar,kitorang semua tunggu hajar.then, baru suruh miss start mengajar.”
Apakah?
Haa.rasa terharu tak? :D even dekat group kelas di FB juga mereka sangat sweet.



Tapi ada perkara yang lebih besar yang sedang saya fikirkan.
Tarbiyyah.
Aiyyyark!rasa macam kena kungfu panda sebijik sebab sudah hampir 4bulan bersama mereka,namun fasa DF entah ke mana.Allahu Allah. T__T
Dan hakikatnya setiap daripada mereka punya logam yang haybat.
Teringat balik hadis logam yang entah berapa kali dihadam lumat oleh hati dan minda.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

*Dah kena ada planning untuk next sem.

II.
Madam H : You all tak risau ke tinggal lagi seminggu nak final exam?
We          :  What? *gelak.kami rasa dah nak semput ni madam.kelas,assignments,tests dah jadi  
                 macam tauhu sumbat,bak kata Miss A.
Me          : Madam,hajar rasa rama-rama macam dah terbang laju-laju dalam perut.
Madam H : haa? Hajar,peribahasa baru ke? :D

Saya rasa saya suka sangat counting days sekarang.nak pergi berperang.
Rasa macam dah sesak nafas je.berdebar.tapi ada masa rasa cool.risau. -_-‘
“Hajar,jom dapat 4flat sama-sama sem ni.”

Lagi rasa nak pengsan sebab progress usaha belum sampai lagi 80% sedangkan exam tak sampai dua minggu pun lagi. Bukankah Allah menilai pada usaha kita? Allahu musta’an!
“C’mmon lah hajar.Fight!”

Tapi hati rasa terharu bila Madam M(lecturer sem lepas) message pagi tadi,
“…Hajar,dah ready nak exam? Do your very best,ok!”

Bergenang-genang air mata.Rasa tersenyum lebar dalam kelas.
Patutlah sebelum ni teringat mereka pernah berkata,”Ala,hajar kan student kesayangan madam.” *dan diri pun tergelak.sukar untuk ditafsirkan perasaan mereka.Allah.
Biarlah.

Untuk awak yang saya text,mengadu manja itu ini,jazakillahu khayr untuk kata-kata semangat.. :') <3

#Perlu dose extra rajin, tidak mudah putus asa atau mudah bermalas-malas.
Rabbuna yuqawwiy ya Allah.

III.
Dan semalam,berbulatan gembira bersama kakak-kakak dan adik-adik, saya rasa ditampar-tampar ketika tadabbur surah 22 ayat 31-46 itu. Nangis.

Muhasabah.

Aqidah tu macam pokok,tahu? Pendek kata,andai akar pokok itu baik,inshaAllah buah yang terhasil juga baik. :')

.Kahfee.
21 Rejab 1433H

Saturday, June 9, 2012

.rindu?.


Memandang ke langit gelap pekat tanpa bintang utara
Menarik nafas dalam-dalam dengan lafaz shukur Alhamdulillah

Walau kita terpisah jauh berbatu bata. *erk.
Aku tahu kita masih berpijak di bumi yang sama.
Beratapkan langit yang satu

Ya Allah,rindunya!
Serasanya ada air mata yang mencurah

Biarlah rindu kita bertaut dalam doa
Moga bertemu lagi di syurga andai bukan di dunia yang fana.

Friday, May 4, 2012

.hujung minggu.


Bismillah.

Counting hours.

Perasaan yang sama setiap kali ada program untuk adik-adik yang dikasihi Allah. Terasa seperti banyaknya rama-rama yang berterbangan di dalam perut.(baca: butterfly in my stomach)



Masa berlalu, diri semakin dewasa. Dan semakin berusaha untuk mematangkannya pada jalan ini. 
Jalan yang telah Allah pilih buat diri ini berada. Alhamdulillah ‘ala nikmat. 
Betapa iman itu terasa indah saat ianya berada di dalam hati. Rasa seperti mahu bersujud lama-lama.Sungguh, rahmat Allah mengatasi kemurkaannya. Bersyukur dan terus bersyukur.

Doa dipanjatkan moga hati merasa cinta terhadap iman dan benci akan kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan. Allahumma, sentuhlah tiap hati yang bakal berkumpul di taman Syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Amen ya Rabb!

.khansaa’.
Kahfee_Kota Bharu

The cleanest hearts produce the brightest souls, working the greatest deeds,
raising them to the peak of Jannah.

Tuesday, May 1, 2012

.muka buku.


Bismillah.

Tengok title post. Macam nak cakap pasal facebook. Tapi langsung tak berkaitan pun. :D
Sebenarnya terasa ’psiko’ dengan diri sendiri bila kumpulkan semua buku-buku di bawah ini yang saya beli semenjak bulan Mac tahun 2012 ini. *Patutlah terkadang terfikir outflow duit saya kemana. ke sini rupanya. hehe.


banyaaaaaknye saya beli buku dalam masa 2 bulan ni. >.<


Ada yang sudah dibaca separuh,hampir habis dan juga yang belum dibuka plastik pun.
Yang ini belum lagi termasuk yang di dalam beg dan yang tertinggal di rumah di Kuala Lumpur.
Habits membeli buku tak pernah hilang semenjak dulu. Tapi proses nak membaca tu terkadang mengambil masa yang panjang. Terkadang merasakan diri seperti menzalimi buku-buku yang tak tersempat untuk dibaca. 

Teringat zaman kanak-kanak dahulu betapa saya boleh menghabiskan dalam masa 3 hari untuk membaca 7-8 buah buku. Rela tak makan kenyang-kenyang, asalkan dapat membaca sepenuh hati buku-buku yang dipinjam di perpustakaan sekolah.
Rasa nak kutip kembali semangat dan kekuatan yang ada suatu ketika dahulu. Step by step sampai mendarah daging kembali sebab untuk gain knowledge at once and become scholar over night, akan menyebabkan ilmu tersebut mudah hilang. Ganbatte!

Dan kerana sesungguhnya islam yang kita anuti sekarang ini adalah didasari dengan ilmu, bukan sekadar ikut-ikutan.

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
[Ali 'Imran  : 18]

InshaAllah, dengan ilmu, kita mampu untuk mempertabatkan umat Islam serta menjaga kemuliaan islam itu sendiri. 
Teringat kata-kata Hassan Al-Basri;

‘The scholar is better than the one who is Zaahid (very religious) and worships a lot’

*Isu Palestin, Syria begitu menyesakkan dada. Allahu Allah~ T_T

makes me cry T__T

.
.
.
Dan bilamana melihat si comel Qasdina yang dah masuk 2 tahun usianya, buat hati terasa senang. Bila nak bagi hadiah, tak perlu sangat nak fikirkan toys or teddy bear apa yang comel. Dia cuma interested dengan books (termasuklah buku usu kesayangan dia jugak.erk), calculator scientific (huhuk.) 



Boleh lunyai buku-buku tu ‘dikerjakan’ oleh Qasdina; setiap hari selak, baca (dengan kefahaman dia). Dan dia antara booster saya untuk semakin rajin membaca setiap hari! ^_^



.khansa’_hamraa.
Kahfee, Kota Bharu

The cleanest hearts produce the brightest souls, working the greatest deeds,
raising them to the peak of Jannah.



Lilypie Angel and Memorial tickers