Allahumma bariklana fi Ramadhan wa ballighna lailatul Qadr! :')
Showing posts with label Allah's Love. Show all posts
Showing posts with label Allah's Love. Show all posts
Friday, August 3, 2012
.kerana-Nya.
Bismillah.
I
Percayalah.
Allah
akan beri selayaknya dengan apa yang kita usahakan bukan?
Semalaman
termimpi-mimpi
Dan hari ini, terpampang keputusan yang telah dimiliki.
II
Ohhh—Alhamdulillah.
Hari
ni, Sayyidul ayyam. :’)
Mari
perbanyakkan doa. Tapi jangan banyak sangat mintak akan dunia, perbanyakkan lah
mintak keampunan dari Allah, untuk akhirat sana.
Jom,
jom Al-Kahf!
Suka
note Ustaz Hasrizal akan surah al-kahf ni. Baca sini.
III
Allahumma bariklana fi Ramadhan wa ballighna lailatul Qadr! :')
14
Ramadhan 1433H
Thursday, August 2, 2012
.separuh masa kedua.
Bismillah.
Aku
kira hari ini hampir masuk hari ke-14 perjalanan mencari cinta.
Panjang.
Seandainya
dibandingkan dengan perlawanan bola sepak, ini sudah dikira sebagai separuh
masa kedua.
Tapi
di manakah Ramadhan kita sekarang ini?
Sudah
1-0 atau masih 0-0? Astaghfirullah.
Piala
taqwa semakin bersinar-sinar di hadapan mata atau sudah semakin hilang
kemilaunya dikaburi oleh sang nafsu? Ighfir dzunubi, ya Ghafur. T__T
Level
amal wajib, level amal sunat?
Tilawah,
tadabbur, hafazan?
Moga
Allah memberi kekuatan untuk kita terus berusaha bermujahadah agar saat keluar dari madrasah Ramadhan tahun ini adalah dengan
perasaan yang membunga bahagia. :’)
Kerna
belum pasti lagi tahun hadapan ada lagi peluang buat kita. Allah..
“Jibril
datang kepadaku dan berkata, “Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan
Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan dia tidak mendapat keampunan, maka
jika mati dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Ameen! Aku pun
mengatakan: Ameen!
(HR
Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban dalam sahihnya)
Tiada
masa untuk bertangguh-tangguh lagi.
Selagi
ada masa, usaha.dan berusaha!
Jangan
biarkan nafsu merajai diri.
Lagi-lagi
kita tahu, makhluk yang satu itu sedang terikat ketat-ketat.
Jadi, tiada alasan buat diri.
Masih
ingat lagi pesanan Ubai kepada Umar akan jalan taqwa?
“Wahai
Umar, apakah kau pernah melalui jalan yang penuh dengan duri?”
Umar menjawab: “Pernah”
“Apa yang kau lakukan?” pintas Ubai.
“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik dengan duri, dan aku jaga langkahanku agar tidak terpijak duri.”
“Itulah dia taqwa.”
Umar menjawab: “Pernah”
“Apa yang kau lakukan?” pintas Ubai.
“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik dengan duri, dan aku jaga langkahanku agar tidak terpijak duri.”
“Itulah dia taqwa.”
Jom perbanyakkan
membaca doa ini!
Nota Hati 1: Jangan bazirkan Ramadhan kita! Motivasi
teragung – Allah ta’ala. :’)
Reminder.
13 Ramadhan 1433H
Tuesday, July 31, 2012
.mahabbah.
Bismillah.
In
this life, we may wish it weren’t so – people come and go.
Walaupun
hakikatnya itulah one part of our life.
Teringat,
setelah sekian lama aku menyimpan segala yang tersirat di dalam hati ini,
akhirnya aku ‘mengagahkan’ mulut bertanya kepada insan (antara) yang memberi
kesan di dalam hidupku.
“
Sis, nak tanya. Normal feeling ke- if rasa takut nak rapat
dengan sesiapa since kita tahu, one day nanti dia akan jauh dari kita? atau mungkin kita
akan berpisah dengan dia..”
Saat
itu, bergenang-genang air mataku. Betapa sukarnya untuk mengungkap persoalan
yang menghimpit dada. Maaf andai beremosi. Tapi,aku mungkin bukan seperti kamu
yang membaca nota ini. Yang merasakan, ‘ala normal lah tu.’ People come and go.
Tapi,
sesungguhnya aku adalah manusia yang takut akan kehilangan! Allah..
“Jaa.
Inilah hidup namanya. Kalau kita takut, kita tak kan dapat merasai kemanisan
ukhuwah tu. Kita takut nak to be close with any sisters or sesiapa saja yang
mampu memberi kesan yang baik dalam hidup kita.that’s part our life.have to
face it,ok.”
“I
know,you’ve a soft heart. Just give your love to others. Especially those people
that you love the most. Dan satu masa nanti, we may leave good people behind. What ever pun, kita
kena hadapinya.”
Macam
kata-kata Nicholas Sparks ini;
"People
come and go— they’ll drift in and out of your life, almost like characters in
your favorite book. When you finally close the cover, the characters have told
their story and you start up again with another book, complete with new
characters and adventures. Then you find yourself focusing on the new ones, not
the ones from the past."
Ahh.
Terhambur jua air mataku. Bagaimana aku mahu melakukannya?
Kerna
bagi aku, someone that we have loved with all of our hearts one day can,
quite
literally, vanish from our lives the next. Not necessarily from death.
Terkadang
aku beranggapan terasa sukarnya untuk menerima.
That’s
sad. Tapi itulah hidup, duhai hati.
Namun, aku
terpaut pada kata-kata Salim A.Fillah.
Dalam
dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga,
menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling
mencinta.
Subhanallah.
Betapa indahnya!
Hidup
ini untuk memberi.
Berilah
seikhlas hatimu kerna Ilahi.
Sepenuh
hati, sepenuh cinta.
Love
is love and never goes away even if it changes faces.
Jangan
dihitung pada kasih yang diberi.
Tapi
yakinlah pada janji Ilahi walau kasihmu dibiar sepi.
Nota
Hati 1: maaf andai ada hak ukhuwwah yang tak tertunai buat dirimu (yang merasakan mungkin kata-kata ini tertuju pada dirinya).
Sungguh, rabitah hati ku baca sepenuh cinta menautkan rasa rindu yang membunga. T____T
Nota
Hati 2: Video ini sangat osem! Allahumma solli ‘ala Muhammad. :’) <3
Nota
Hati 3: Ramadhan berbaki 19 hari lagi. Moga Allah sampaikan kita hingga ke
penghujungnya sambil kita penuhi dengan amal-amal yang istiqamah dan
bermujahadah melawan nafsu yang menggiurkan itu!
.HB.
11
Ramadhan 1433H
Monday, July 30, 2012
.qadar.
Bismillah.
Siapa
sangka itulah sujud Subuh terakhir Pakcik K.
Dan aku terdiam kaku membisu. Bisikan sang hati, innalillahi wainna ilaihi raji’un.
Sosok
tubuh yang buat aku jadi mahu penjadi pelari pecut yang maintain!
Kullu
nafsin za iqatul maut!
[Ali
Imran: 185]
“Alhamdulillah dah dapat tadarrus 30 juzu’,
khatam satu Quran seminggu ni.”
“wah
cepatnya pakcik! Malu saya. Baru terkedek-kedek berapa juzu’”
Dia
tersenyum.
“takpelah
nak.sekurangnya kita usaha. Bukan nak lumba siapa habis cepat. Nanti satu apa
pun ibrah dalam quran tak lekat dalam hati. Cuma,siapa tahu ini Ramadhan
terakhir pakcik?mungkin pakcik tak sempat sampai ke penghujungnya.”
Ah.
Pakcik itu seolah-olah telah merasakan ini Ramadhan terakhir buat dia.
Dipersembahkan
sehabis baik.
Bila
teringat, semakin basah pipi,tersedu.
Betapa
‘machonya’ pakcik K itu!
Entah
seminit lepas kau update post ini di blog, giliran kau pula disapa Izrail.
Tapi
adakah kau telah bersedia?
Dari
fasa 1 sudah semakin hampir ke fasa 2.
Aku
takut-takut andai di tengah larian, terpancit tak bangun-bangun.
Allah.
Lindungi aku dari perasaan yang menghimpit dada ini.
Selagi
ada masa, mari berusaha dengan lebih baik dan gigih lagi.
Mujahadah
dengan sepenuh cinta, setulus pengabdian pada-Nya!
Dan
moga-moga kita antara golongan yang disapa oleh Ramadhan.
“…Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah!
Wahai orang yang ingin keburukan kurangkanlah! Allah
mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap
malam"
[HR Tirmizi : 682]
.Hillpark.
10
Ramadhan 1433H
Monday, July 2, 2012
.jika terakhir buatku.
Bismillah.
30
Jun 2012; 10 Sya’ban 1433H
Terukir
memori yang tak mampu dilupai. Diuji oleh-Nya saat fatrah imtihan.
Tiada
siapa pun yang mampu melawan qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan buat
diri kita,kan?
Allahu
Allah..tersentaknya hati dan diri dengan apa yang terjadi.
Tak
pernah terbayang dek diri akan musibah yang menimpa. Terjatuh, terseret bersama
Khansa’ untuk beberapa meter.
Tak
terbayang jua andai itu adalah saat terakhir buat nafas terhela di bumi Allah
ini.
Apakah
diri sudah cukup bersedia untuk bertemu Allah andai saat itu benar-benar yang
terakhir di dalam hidupnya? Allah.. T____T
Terlalu banyak
perkara yang perlu diperbaiki oleh dirinya
Bahkan terlalu
sedikit bekalan amalannya untuk dipersembahkan buat Sang Khalik
Bagaimana dia mahu
menghadap Tuhannya dalam keadaan sebegitu rupa.
Ighfir dzunubi ya
Ghafur.
Ada
peringatan dari Allah buat diri pada hakikat yang tak terzahir. Terasa betapa
kerdilnya diri.
Tika ini, terkadang tangannya terasa mengeletar
Kakinya berjalan tidak terlalu stabil
Bahkan hatinya terasa berdebar-debar dan jantungnya berdegup laju
seperti mahu terkeluar dari treknya
Mungkin jua masih tersentak atas apa yang telah terjadiNamun, dia berasa terlalu AMAT bersyukur pada-Nya.
Alhamdulillah wa
shukur lillah sambil mengucap panjang.
Denyut nadinya masih
sudi dipinjamkan oleh-Nya buat dirinya yang sering alpa.
Allah masih mahukan
dirinya meneruskan perjalanan kehidupan
sambil terus menggilap
mutiara iman dan mempertingkat segala amalan.
Mencari mardhatillah,dengan mendamba
keikhlasan
Moga ikhlas mampu memeluk jiwanya
sebagai seorang hamba.
Ketika Ukhti K berbicara
dengan dirinya malam tadi,
“Allah,jelesnya saya
sebab akak diuji Allah saat ini.Musibah yang terjadi ni moga-moga menjadi
kafarah dosa buat akak.Dan tak lama lagi pun dah nak masuk Ramadhan.mesti Allah
tengah clearkan segala dosa akak. Allah loves u so much…”
Allah,dan saat itu
air matanya laju mengalir hiba.
Tiada kata yang
terlafaz.
Sungguh,
‘Pengalaman’ hari semalam
adalah peringatan dan tarbiyyah dari-Nya yang terlalu terkesan di hatinya.
Dan manik-manik
jernih terus jatuh melaju keluar dari kelopak matanya yang tertutup.
Allahumma, izinkan lah
dirinya untuk mengulangi segala janji-janji yang baru. Menjadi hamba yang
Engkau redha.
Nota
hati 1 :
Jazakumullahu
khayran katseera buat semua yang mengirimkan doa dari kejauhan apatah lagi yang
terdekat di sini. Walau jauh dari family saat ini, hati tak terasa kejauhan
kerana punya akhawats yang super chomel, membantu itu ini! Moga Allah merahmati
kalian. Dan yang terpenting, ada Allah tempat untuk bergantung segala harapan.
:’)
*rasa terharu sangat dengan Kak Z.walau penat
dengan bebanan kerja yang tergalas, masih punya masa menjaga dan melayan diri
ini.
“akak,
moga Allah merahmati akak senantiasa hendaknya.uhibbuki fillah!”
Nota
hati 2 :
"When you fall ill and your whole body cries
with pain, recall Ayoob [alayhi salaam] who was more ill than you."
Moga
tabah hati tak berbelah bagi!
.Kahfee.
12
Sya’ban 1433H
Friday, May 4, 2012
.hujung minggu.
Bismillah.
Counting
hours.
Perasaan
yang sama setiap kali ada program untuk adik-adik yang dikasihi Allah. Terasa seperti
banyaknya rama-rama yang berterbangan di dalam perut.(baca: butterfly in my
stomach)
Masa
berlalu, diri semakin dewasa. Dan semakin berusaha untuk mematangkannya pada jalan ini.
Jalan yang
telah Allah pilih buat diri ini berada. Alhamdulillah ‘ala nikmat.
Betapa iman
itu terasa indah saat ianya berada di dalam hati. Rasa seperti mahu bersujud lama-lama.Sungguh, rahmat Allah mengatasi
kemurkaannya. Bersyukur dan terus bersyukur.
Doa
dipanjatkan moga hati merasa cinta terhadap iman dan benci akan kekufuran, kefasikan
dan kedurhakaan. Allahumma, sentuhlah tiap hati yang bakal berkumpul di taman Syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu.
Amen ya Rabb!
.khansaa’.
Kahfee_Kota Bharu
The cleanest hearts produce the brightest souls, working the greatest deeds,
raising them to the peak of Jannah.
Thursday, April 26, 2012
.saat alam berbicara.
Bismillah.
Saya
perasan macam dah lama sangat tak update blog.
Twitter
pun kadang-kadang. Even facebook pun baru ‘teraktif’ sedikit kebelakangan ni.
:D
Nak
kata busy, tidaklah sangat. Ada lagi hamba Allah yang ‘super busy’,tapi setiap
kali saya online nampak je update dari dia. :) Terkadang rasa risau seandainya
masa yang Allah bagi 24 jam sehari tak berkat. Allahu Allah~ moga Allah beri
kekuatan untuk saya ‘fully utilize’ my each seconds. :’)
Minggu
ni saya cuti seminggu. Jadinya pulang ke kampung halaman. *KL kampung ke? :D – midterm break. :D
Alhamdulillah.
Sebelum balik sempat berjaulah bersama akhawats yang disayangi kerana Allah. Kami
bertiga travel dari timur ke selatan
yang mengambil masa 14 jam,hanya di jalanan! Walau mungkin kepenatan, tapi
nikmat berjaulah tu tersangatlah tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Bahagia
dan teramat bahagia. :’) betapa nikmat Allah itu terlalu banyak,tak mampu
dihitung. Fa bi ayyi ala irabbikuma
tukazziban.
Cuma
yang mampu diungkap rasa kesyukuran yang tak terhitung buat DIA. Subhanallahi wa
bi hamdihi.
Sekitar
jaulah IMAN kami;
20
April 2012
Bermula
perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bahru. Bergerak lebih kurang jam 9.15 pagi
dan sampai di Larkin dalam jam 10 malam. :D matlamat utama kami ke Johor adalah untuk
menghadiri walimah akhawat, Kak Huda yang disayangi Allah bersama zaujnya.
Alhamdulillah,
sampai di Larkin, Kak Nabiha menjemput kami sebelum dinner dalam jam 10.30
malam.hee~ Jazakillahu khayr Kak Bie. Rasa terharu amat even baru first time
jumpa, tapi kemesraan dan kelembutan dirinya yang amat terkesan pada diri saya
serta pada ukhti yang berdua itu. She is a friend of Kak Huda, akhawat Johor. Dan
disebabkan dia tak mampu menemani kami atas urusan peribadi, diizinkan buat kami
menggunakan keretanya sepanjang hari kami berada di Johor untuk memudahkan
pergerakan kami ke sana kemari. May Allah bless her always! :’) Ameen ya Rabb!
Kerinduan
saya pada alam kembali menyapa saat ini.
Betapa
permusafiran saya yang jauh itu membuatkan hati saya teramat rindu. Jiwa seakan
terhibur melihat alam yang begitu sabar mentaati Khaliqnya; sampai bila-bila. :’)
melihat dan mentadabbur alam dalam-dalam membuatkan hati bahagia. Subhanallah! Padang
rumput yang segar dan menghijau. Rasa macam nak baring di atas rumput sambil
menikmati keindahan langit biru apatah langit lazuardi saat matahari mula
membenamkan wajahnya. Melemparkan pandangan ke laut biru sepanjang perjalanan
juga buat hati terasa tenang. Sempat juga ternampak sekawan biri-biri yang berjalan
terkedek-kedek di tepi jalan raya. Comelnya! Burung-burung yang berterbangan,
melebarkan sayap ketaatan di dada langit dan terus bertasbih meratib cintanya
pada Yang Maha Esa.
Dan
saya amat yakin kerana ketaatan alam pada Allah ta’ala,berzikir dan bertasbih
yang tidak henti-henti telah member kesan pada hati dan diri saya untuk berasa tenang.
Dan ini juga membuatkan diri berasa malu.
adakah lidah saya tak pernah jemu
berzikir,bertasbih pada-Nya seperti alam? T_T
Subhanallah! Cantikkan?
"Sesungguhnya dalam
penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang
berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah
matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan
pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh
terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang
berakal".
[Al-Baqarah: 164]
[Al-Baqarah: 164]
Semoga
musafir kami dalam redha dan barakah-Nya. Semoga doa-doa yang dipanjatkan
kepada-Nya di aminkan oleh para malaikat dan diperkenankan oleh Allah jua.
inshaAllah. :’)
Berjalan, melihat alam. :’)
Antara goodies walimah Kak Huda & zauj - dari
Vietnam
Roses are from Vietnam,too!
Dan
setelah merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah ta’ala.
Alhamdulillah
‘ala nikmat.
Allah
sampaikan rasa rindu saya yang tersimpan 2 tahun lamanya. Allah temukan kembali
saya dengan seseorang yang saya cintai dirinya semata-mata kerana Allah swt. Dia
yang menjadi asbab, dengan izin Allah untuk saya jatuh cinta pada tarbiyyah
ini. Jazakillahu khayr katseera, Amirah! Dan saya yakin tiada alasan untuk
menyatakan jarak yang jauh adalah penghalang untuk saya hidup dan bernafas pada
jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Kejauhan itu yang mendekatkan, pada hakikatnya.
Moga Allah terus menguatkan langkahan saya dan juga dia pada jalan ini. Tetap dan
terus tsabat sehingga jasad dikambus tanah. Ameen ya Rabb,inshaAllah!
Dan
buat dirimu yang dicintai Allah, didoakan semoga Allah terus memberi kekuatan buatmu
dalam perjalanan yang panjang dan jauh ini. Kerana diriku yang sekarang ini adalah
antara kekuatan yang pernah ku hirup dari dirimu. InshaAllah, senantiasa ada
doa yang terindah buatmu. :’)
Kullu ma qaddara Allah khair ♥
'The best love story for a muslim is finding another muslim
who makes their imaan rises,
who makes them want to gain knowledge
and become more pious.
What is more blessed than that?'
who makes their imaan rises,
who makes them want to gain knowledge
and become more pious.
What is more blessed than that?'
Ps; oooh—assignment,presentation,tests
after midterm. Berusaha dengan kuat! ^_^
Alangkah ruginya diriku apabila
cutiku telah berakhir imanku tidak bertambah. -_-
Thursday, March 15, 2012
.fatamorgana.
Bismillah.
Ketakutan itu bak fatamorgana di padang pasir.
Dari kejauhan seolah-olah realiti,tetapi hakikatnya adalah fantasi semata-mata.*
Ia tidak wujud sama sekali, sekadar satu bayang-bayangan yang membataskan kita.
Jadi,mengapa takut untuk gagal sedangkan langkah belum lagi bermula?
Sedangkan Allah dah nyatakan di dalam al-Quran,
bahawa Dia tidak membebani hamba-Nya melainkan berkadaran dengan kesanggupan hamba-Nya itu. ^^
"Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan. Kenalkanlah kepadanya kemuliaan,nescaya ia akan membenci kehinaan. Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar, nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil."
*Dipetik daripada: 'Ar-Raqaiq'
Ps; teringat kenangan kali pertama membawa 'kuda' comel di tengah kesesakan bandar yang agak sibuk, betapa hati berdebar-debar tak terkata.namun,segalanya dipermudahkan oleh Allah semata-mata.sungguh,kekuatan kita dari-Nya :') <3
Plus, sangat semangat melihat kata-kata di ‘wall facebook’ seseorang yang nak katanya ‘scorer’ sebab CGPA dia sekarang empatrata.vrooommm!mari melaju! balance kan dee n tee dan study!hooyeaah~ ^^
Sunday, November 27, 2011
.kembara hamba mencari cinta-Nya.
Bismillah.
‘Apa azam tahun baru awak ye?’
Antara kiriman SMS yang diterima oleh dirinya semalam dan hari ini. :)
Hanya mampu tersenyum kerana bagi dirinya setiap hari adalah ‘tahun baru’ yang mana azamnya perlu diperbaharui setiap waktu!
Alhamdulillah ‘ala kullihal.
Allah masih sayangkan dirinya. Masih mengizinkan dirinya untuk terus melangkah, menghela nafas di bumi-Nya yang cukup luas ini.
Sudahkah dirinya menjadi manusia yang benar-benar bersyukur di atas segala kenikmatan yang diberi?
Allahu Allah.~
Refleksi iman dan hati.
Pagi tadi before nak selak-selak buku untuk study, sempat dengar talk by Pakcik Tawfique.
Subhanallah. Best jiddan! Tak percaya? Dengarlah. :’)
Very nice and great lecturer.
"What have you done today to love Allah?"
Bersyukurlah. Bersyukurlah.
Hakikatnya,
Manusia hanya mampu menghitung tahun yang telah ditinggalkannya.
Namun tak mampu untuk menghitung baki tahun yang masih ada.
Semoga baki yang masih ada menjadi lebih baik dari yang ditinggalkan.
InshaAllah.
Ameen allahumma ameen.
1433 Hijrah.
Bukan sekadar pada angka yang berubah dan bertambah.
Namun sejauh mana telah dibawa pergi pada waktu yang telah berlalu.
Namun tak mampu untuk menghitung baki tahun yang masih ada.
Semoga baki yang masih ada menjadi lebih baik dari yang ditinggalkan.
InshaAllah.
Ameen allahumma ameen.
1433 Hijrah.
Bukan sekadar pada angka yang berubah dan bertambah.
Namun sejauh mana telah dibawa pergi pada waktu yang telah berlalu.
Muhasabah diri,jom!
.heartcanvas53_vita.
1 Muharram 1433H
Saturday, October 1, 2011
.purpose to live.
Bismillah.
Terasa berbeza bila dah masuk ‘new sem’. Dah terasa matang berada di sini,inshaAllah.
Kalau dulu, bila orang tanya, ‘kenapa jauh sangat tukar.360° tuh.’
Saya akui. Tak mudah. Sangat sukar. Banyak sangat perkara baru yang saya kena belajar. Esp untuk subject accounting yang langsung sebelum ni nak katanya ‘tiada dalam kamus hidup’.uhu.
Dan jawapan saya paling ringkas dan padat (selepas ditarbiyah,inshaAllah), ‘Allah sudah mentakdirkan diri saya di sini.Siapalah saya untuk menidakkan ketetapannya.’ Yang mengetahui hakikat disebaliknya, jazakumullah atas kata-kata perangsang dan semangat.
Qada’ dan qadar Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya, bukan? Sebaik-baik perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah buat hamba-Nya. Subhanallah! Dan kerana itu juga saya teramat bersyukur,kerana itu antara pemula turning point saya dalam kehidupan. Mendidik dan melatih diri menjadi insan yang amat kuat dalam menghadapi ujian kehidupan. Belajar memaknai kehidupan ini bertuhankan Allah.
Islam gave me a purpose to live!
Bukan sekadar menjadi abid (mengabdikan diri kepada Allah,dengan beribadah kepada-Nya), namun menjadi khalifah, yakni memimpin diri dan juga yang berada disekitar dirimu.
Saat saya merasakan ketidakmampuan diri, hakikatnya Allah lebih mengetahui keadaan diri hamba-Nya.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Sekurang-kurangnya kejayaan mendapat pointer yang amat baik untuk semester lepas, walau tidak secemerlang mana, telah membuka minda dan hati saya. Terasa amat bersyukur. Allah memujuk hati dan diri saya dengan ayat-ayat-Nya yang indah, yang nak katanya agak sukar menerima kenyataan pada mulanya. Sesungguhnya, kekuatan kita hanya daripada Allah!
Meletakkan kebergantungan hidup sepenuhnya kepada Allah, (dan masih belajar dan terus belajar) adalah perkara terindah yang saya belajar dalam kehidupan ini. Tarbiyyah daripada Allah dan kerana Allah, mendidik hati ini untuk berusaha menjadi hamba yang sebenar-benar hamba. Bagaimana saya mampu menidakkan perkara yang satu ini.
"…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali Imran: 8)
3 minggu.
Re-charge kembali semangat study setelah bercuti ‘summer’ yang panjang; 4 bulan! Hee.
Dan my current study soundtrack, Irfan Makki’s new album. Nak katanya, semua best! (saya kata best sebab lirik yang menyentuh hati.)
Just nak share antara lirik yang best.
I’m So Sorry
If my time would end today would I be ready to go?
And leave all the things I’ve worked so hard for
And all my friends and everyone I’ve known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality
And leave all the things I’ve worked so hard for
And all my friends and everyone I’ve known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality
I’m so sorry, if only I had just one last chance
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past, oh
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past, oh
I lived my life in the fast lane, I only lived for today
And never, never really thought about anyone else
It was all about me, myself and I
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality, oh
And never, never really thought about anyone else
It was all about me, myself and I
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality, oh
And now, now that it’s over
I wonder if anyone will remember me
If I had the chance to turn back the hands of time
There are so many things that I would change
I’d live my life, every single breath… for You
I wonder if anyone will remember me
If I had the chance to turn back the hands of time
There are so many things that I would change
I’d live my life, every single breath… for You
I’m so sorry, so sorry
Please forgive me
Please forgive me
Okay, assignments sudah tersusun minta disiapkan.
Selamat bermujahadah, hati dan diri!
Allah akan uji hamba-hambaNya, selayaknya. please have faith,mydearself.
.heartcanvas53.
3 Zulkaedah 1432H
Subscribe to:
Posts (Atom)






