Showing posts with label Sisters. Show all posts
Showing posts with label Sisters. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

.mahabbah.


Bismillah.

In this life, we may wish it weren’t so – people come and go.
Walaupun hakikatnya itulah one part of our life.
Teringat, setelah sekian lama aku menyimpan segala yang tersirat di dalam hati ini, akhirnya aku ‘mengagahkan’ mulut bertanya kepada insan (antara) yang memberi kesan di dalam hidupku.
 “ Sis, nak tanya. Normal feeling ke- if rasa takut nak rapat dengan sesiapa since kita tahu, one day nanti dia akan jauh dari kita? atau mungkin kita akan berpisah dengan dia..”
Saat itu, bergenang-genang air mataku. Betapa sukarnya untuk mengungkap persoalan yang menghimpit dada. Maaf andai beremosi. Tapi,aku mungkin bukan seperti kamu yang membaca nota ini. Yang merasakan, ‘ala normal lah tu.’ People come and go.
Tapi, sesungguhnya aku adalah manusia yang takut akan kehilangan! Allah..

“Jaa. Inilah hidup namanya. Kalau kita takut, kita tak kan dapat merasai kemanisan ukhuwah tu. Kita takut nak to be close with any sisters or sesiapa saja yang mampu memberi kesan yang baik dalam hidup kita.that’s part our life.have to face it,ok.”
“I know,you’ve a soft heart. Just give your love to others. Especially those people that you love the most. Dan satu masa nanti, we may leave good people behind. What ever pun, kita kena hadapinya.”

Macam kata-kata Nicholas Sparks ini;
"People come and go— they’ll drift in and out of your life, almost like characters in your favorite book. When you finally close the cover, the characters have told their story and you start up again with another book, complete with new characters and adventures. Then you find yourself focusing on the new ones, not the ones from the past."

Ahh. Terhambur jua air mataku. Bagaimana aku mahu melakukannya?
Kerna bagi aku, someone that we have loved with all of our hearts one day can,
quite literally, vanish from our lives the next. Not necessarily from death.  
Terkadang aku beranggapan terasa sukarnya untuk menerima.
That’s sad. Tapi itulah hidup, duhai hati.

Namun, aku terpaut pada kata-kata Salim A.Fillah.
                            
                             Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga,
menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.

Subhanallah. Betapa indahnya!
Hidup ini untuk memberi.
Berilah seikhlas hatimu kerna Ilahi.
Sepenuh hati, sepenuh cinta.
Love is love and never goes away even if it changes faces.
Jangan dihitung pada kasih yang diberi.
Tapi yakinlah pada janji Ilahi walau kasihmu dibiar sepi.


Nota Hati 1: maaf andai ada hak ukhuwwah yang tak tertunai buat dirimu (yang merasakan mungkin kata-kata ini tertuju pada dirinya). Sungguh, rabitah hati ku baca sepenuh cinta menautkan rasa rindu yang membunga. T____T

Nota Hati 2: Video ini sangat osem! Allahumma solli ‘ala Muhammad. :’) <3


Nota Hati 3: Ramadhan berbaki 19 hari lagi. Moga Allah sampaikan kita hingga ke penghujungnya sambil kita penuhi dengan amal-amal yang istiqamah dan bermujahadah melawan nafsu yang menggiurkan itu!

.HB.
11 Ramadhan 1433H



Thursday, April 26, 2012

.saat alam berbicara.


Bismillah.

Saya perasan macam dah lama sangat tak update blog.
Twitter pun kadang-kadang. Even facebook pun baru ‘teraktif’ sedikit kebelakangan ni. :D
Nak kata busy, tidaklah sangat. Ada lagi hamba Allah yang ‘super busy’,tapi setiap kali saya online nampak je update dari dia. :) Terkadang rasa risau seandainya masa yang Allah bagi 24 jam sehari tak berkat. Allahu Allah~ moga Allah beri kekuatan untuk saya ‘fully utilize’ my each seconds. :’)

Minggu ni saya cuti seminggu. Jadinya pulang ke kampung halaman. *KL kampung ke? :D – midterm break. :D
Alhamdulillah. Sebelum balik sempat berjaulah bersama akhawats yang disayangi kerana Allah. Kami bertiga travel dari timur ke selatan yang mengambil masa 14 jam,hanya di jalanan! Walau mungkin kepenatan, tapi nikmat berjaulah tu tersangatlah tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Bahagia dan teramat bahagia. :’) betapa nikmat Allah itu terlalu banyak,tak mampu dihitung. Fa bi ayyi ala irabbikuma tukazziban.
Cuma yang mampu diungkap rasa kesyukuran yang tak terhitung buat DIA. Subhanallahi wa bi hamdihi.

Sekitar jaulah IMAN kami;

20 April 2012
Bermula perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bahru. Bergerak lebih kurang jam 9.15 pagi dan sampai di Larkin dalam jam 10 malam. :D  matlamat utama kami ke Johor adalah untuk menghadiri walimah akhawat, Kak Huda yang disayangi Allah bersama zaujnya.
Alhamdulillah, sampai di Larkin, Kak Nabiha menjemput kami sebelum dinner dalam jam 10.30 malam.hee~ Jazakillahu khayr Kak Bie. Rasa terharu amat even baru first time jumpa, tapi kemesraan dan kelembutan dirinya yang amat terkesan pada diri saya serta pada ukhti yang berdua itu. She is a friend of Kak Huda, akhawat Johor. Dan disebabkan dia tak mampu menemani kami atas urusan peribadi, diizinkan buat kami menggunakan keretanya sepanjang hari kami berada di Johor untuk memudahkan pergerakan kami ke sana kemari. May Allah bless her always! :’) Ameen ya Rabb!

Kerinduan saya pada alam kembali menyapa saat ini.
Betapa permusafiran saya yang jauh itu membuatkan hati saya teramat rindu. Jiwa seakan terhibur melihat alam yang begitu sabar mentaati Khaliqnya; sampai bila-bila. :’) melihat dan mentadabbur alam dalam-dalam membuatkan hati bahagia. Subhanallah! Padang rumput yang segar dan menghijau. Rasa macam nak baring di atas rumput sambil menikmati keindahan langit biru apatah langit lazuardi saat matahari mula membenamkan wajahnya. Melemparkan pandangan ke laut biru sepanjang perjalanan juga buat hati terasa tenang. Sempat juga ternampak sekawan biri-biri yang berjalan terkedek-kedek di tepi jalan raya. Comelnya! Burung-burung yang berterbangan, melebarkan sayap ketaatan di dada langit dan terus bertasbih meratib cintanya pada Yang Maha Esa.
Dan saya amat yakin kerana ketaatan alam pada Allah ta’ala,berzikir dan bertasbih yang tidak henti-henti telah member kesan pada hati dan diri saya untuk berasa tenang. Dan ini juga membuatkan diri berasa malu.
adakah lidah saya tak pernah jemu berzikir,bertasbih pada-Nya seperti alam? T_T

Subhanallah! Cantikkan? 


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal". 
[Al-Baqarah: 164]

Semoga musafir kami dalam redha dan barakah-Nya. Semoga doa-doa yang dipanjatkan kepada-Nya di aminkan oleh para malaikat dan diperkenankan oleh Allah jua. inshaAllah. :’)

Berjalan, melihat alam. :’)


Antara goodies walimah Kak Huda & zauj - dari Vietnam


Roses are from Vietnam,too!


Dan setelah merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah ta’ala.
Alhamdulillah ‘ala nikmat.
Allah sampaikan rasa rindu saya yang tersimpan 2 tahun lamanya. Allah temukan kembali saya dengan seseorang yang saya cintai dirinya semata-mata kerana Allah swt. Dia yang menjadi asbab, dengan izin Allah untuk saya jatuh cinta pada tarbiyyah ini. Jazakillahu khayr katseera, Amirah! Dan saya yakin tiada alasan untuk menyatakan jarak yang jauh adalah penghalang untuk saya hidup dan bernafas pada jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Kejauhan itu yang mendekatkan, pada hakikatnya. Moga Allah terus menguatkan langkahan saya dan juga dia pada jalan ini. Tetap dan terus tsabat sehingga jasad dikambus tanah. Ameen ya Rabb,inshaAllah!
Dan buat dirimu yang dicintai Allah, didoakan semoga Allah terus memberi kekuatan buatmu dalam perjalanan yang panjang dan jauh ini. Kerana diriku yang sekarang ini adalah antara kekuatan yang pernah ku hirup dari dirimu. InshaAllah, senantiasa ada doa yang terindah buatmu. :’)  
Kullu ma qaddara Allah khair


'The best love story for a muslim is finding another muslim
who makes their imaan rises,
who makes them want to gain knowledge 
and become more pious.
What is more blessed than that?'



Ps; oooh—assignment,presentation,tests after midterm. Berusaha dengan kuat! ^_^  
Alangkah ruginya diriku apabila cutiku telah berakhir imanku tidak bertambah. -_-

Sunday, August 21, 2011

.doa buatmu.

Bismillah.

Ukhti sayang fillah, 
sanah helwah!
Mungkin tiada lakaran kata indah berbunga.
Namun pada-Nya ku meminta.
Moga usiamu yang sudah berlalu pergi, sehingga saat ini mahupun yang tersisa menanti sentiasa dalam redha Allah.
Pada setiap detik dan waktu, moga dirimu dalam jagaan-Nya senantiasa 
Jua mampu melangkah dalam perjalanan kehidupan ini dengan langkah yang kuat dan utuh
Moga dikabulkan jua oleh Allah akan setiap impian dan citamu yang melangit tinggi.

Dan moga ukhuwah sampai Syurga.inshaAllah.

Sayang amat, boleh? ;)



Selamat merebut piala TAQWA!
*moga mampu grad bersama-sama at University of Ramadhan with the 1st Class Honour!

.heartcanvas53.
21 Ramadhan 1432H

Friday, June 24, 2011

.stay or not.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

“Saya tak dapat terima bila anak-anak usrah saya cakap, ‘saya rasa ‘keringlah’ kak sebab duduk rumah’.”
Betullah kata ukhti tu. Takkan kerana tidak mampu berprogram sana sini, kita mencipta pelbagai alasan yang menampakkan betapa manjanya diri kita yang kononnya sudah berada dalam tarbiyah. Please ingat,  again and again, tarbiyyah bukan untuk orang manja! Teringat di satu ketika yang lalu, pernah bertanya pada seorang akhawat ini, apakah solusinya jika berada di situasi di atas ini. Simple dan menarik.

“Baca lah any buku-buku fikrah,revise lah apa yang dapat dalam daurah terdahulu and usrah ke.then buat notes,power point and paling penting kena faham & ambil ibrah daripadanya.”

See.
Tak susah pun kan? Betapa kalau hati kita bersungguh mahu berada jalan tarbiyyah ini, pasti ada another ways untuk kita mengisi kekosongan dalam hati kita. Tapi, bukanlah nak kata kat sini.

“Oh,kalau macam tu lepas ni saya tak perlu lah nak pergi daurah dan berprogram sana-sini.Camtu?”

Eh, surely TIDAK! Kita perlukan pengisian dan murabbi untuk membimbing diri kita sebab tidak cukup jika hanya sekadar membaca buku-buku fikrah. Kerana itu bukanlah erti tarbiyyah yang sepenuhnya. Usrah, daurah, mukhayyam, mabit etc adalah yang dikatakan in part of tarbiyyah. Bak kata seorang akhwat yang hebat ni,
‘ Part of our dakwah is commit with tarbiyyah.’

So, macam mana nak buat dakwah kalau tak berada dalam suasana tarbiyyah yang sebenarnya? Tarbiyyah itu sendiri merupakan interaksi yang syumul antara pembinaan, binaan dan suasana pembinaan. Nak katanya walau sehebat mana seseorang itu pun, dia mesti ada ‘point of weakness’ kan? Andai kita merasakan tarbiyyah itu hanya cukup sekadar membaca, cuba lihat semula bagaimana tarbiyyah Rasulullah. *dah tahu ke belum tarbiyah Rasulullah itu macam mana? ;)
Even, usrah itu adalah penting dalam nak membina umat Islam yang berkualiti supaya diri rasa terisi dengan yukafihufiddin (kefahaman tentang Islam). Iman yang kuat dan mantap hanya terbentuk bila diri ditarbiyyah. Tak percaya? Lihat bagaimana Rasulullah dan para sahabat diuji dengan fitnahan, hujatan, tentangan mahupun kelaparan tatkala mereka sudah mendapat tarbiyyah dan mahu menyebarkan dakwah Islamiyah itu. Sungguh, orang yang benar-benar mengaku beriman kepada Allah pasti akan diuji untuk melihat sejauh mana keimanan yang dilaung-laungkannya selama ini.

Dan mereka yang tidak mampu bertahan,
“Kalau macam ni lah betapa susahnya nak berada kat dalam tarbiyah ni,lebih baik aku duduk diam.escape.malas nak fikir dah.tak yah nak menahan telinga kena marah,kena halang,duit tak cukup.bla.bla.bla.”
Akan lari meninggalkan jalan dakwah ini. Maka berlakulah intiqa’! nak tertapis ke duhai diri? Ujian yang kau rasakan hakikatnya sangatlah kecil jika nak dibandingkan dengan para Nabi dan sahabat.

Re-check balik niat kita atas dasar apa kita nak berada dalam jalan ni. Apa matlamat yang kita hendak capai, dan kerana apa? Sebab dengan kefahaman yang menyeluruh, inshaAllah kita akan all out untuk achieve matlamat yang kita nak capai tu.  Bersedialah untuk ditarbiyyah!

"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa akan pecah..."

Please tadabbur ayat ini ya. [At-Taubah 9:100-114]

.hajarulhamraa.
22 Rejab 1432H

Thursday, December 30, 2010

.inner strength.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Alhamdulillah, dapat jumpa akhawat kelmarin. :’)
Then, yesterday dapat jumpa H at midvalley..at least tak dapat jumpa time usrah kelmarin, H usahakan diri untuk berjumpa before aku ke bumi yang bakal membentukku menjadi ‘seseorang’,inshaAllah. Dan maybe sebab rasa we have no chance after this nak jumpa till next year sebab H akan fly back to nz..even she is younger than me, but I really do respect her. Tak jemu bagi kata-kata semangat dan harapan plus doa. Jazakillahu khayr,H!
Buat semua akhawat yang baru sangat-sangat saya kenali,jazakumullah khairan katheera..shukran atas ukhuwah yang terjalin atas dasar akidah yang satu.mashaAllah. hopefully, we have another chance to meet again.inshaAllah. inni uhibukum fillah!
*kak f yang banyak keep updates any tarbiyyah progs dan sharing yang best!.jazakillah kakak.tak dapat join KIBAR.sobbs.tapi Allah knows the best than us kann..

And yesterday is my last day to be ‘there’. jazakumullah buat semua yang wish all the best dan mengharapkanku melakukan yang terbaik.inshaAllah,I’ll do my very best disana nanti.mohon doakan kejayaan saya ya!..for sure ada pengalaman dan kenangan yang bakal tersimpan kemas dikotak memori.Even just for a months, sudah terasa ikatan kekeluargaan di situ. :’) inshaAllah,I will not forget about them.
“hajar takde nanti,dah takde kawan nak gurau2 and nice sharing dengan kak niza.” *I can see her tears yang ditahan2 dari terkeluar. Allah,what’s my feeling then. :’/ tapi, aku ada cita-cita yang ingin dikejar.untukku  berlari tanpa lelah dalam menggapai bintang!

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada bersempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati…~

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya lebih kurang sehari saja lagi.ada orang tanya my wishes list for 2011. Hurm.rahsia saya dengan Allah. ;) and the best challenge from someone, target minimum untk membaca any good books adalah 100books! wooow.inshaAllah. :)
cabaran makin hebat lepas-lepas ni,dan saya tahu saya kena menjadi seorang yang sangat kuat!semoga bekalan iman dan taqwa mampu menjadi penguat hati & diri dalam perjalanan selangkah menuju kejayaan.amen.berusaha!sentiasa check niat dan perbaharui niat,ya Hajar.moga Allah sentiasa memandu hati saya ke arah jalan yang diredhai-Nya.

faiza azamta, fatawakkal 'alallah. =)
“Apabila kamu berazam (berkehendak sesuatu), maka bertawakkallah kepada Allah.

And love this quote; from sis MMI.

as muslims, the LOVE to Allah should motivate us more,
not just being bright students but also successful in our daily life, in anything we do.
why? because Allah's LOVE is more powerful than the so-called "love" :)
berusaha!

we are strong not because we are, but its solely because of Allah swt. =)

And I have a video to share with all of you. Please take only around 30 minutes of your very precious time to hear this talk. inshaAllah, you will get something that can benefit yourself. =)

 

This post gonna be my last entry before I take a short (maybe long) break off this blog.jazakumullah khairan katheera to all for having spent your precious times here, may it benefit you guys in any way possible.inshaAllah.

Ps; moga Allah mudahkan urusan saya dan mampu bertemu with any akhawat kat sana nanti.dan sangat berdebar-debar menghadapi cabaran tempat dan segalanya yang baru bagi saya,sebenarnya! T__T
Alhamdulillah, ada wish list yang Allah telah perkenankan dan percepatkan dari jangkaan masa yang dirancang.Terima kasih Allah! :’)

Sunday, December 26, 2010

.moga thabat.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

23:17
25/12/2010
“Hajar yang dirindui, tarbiyyah itu ibarat makanan. Kalau kita tak makan badan kita tak sihat dan begitu juga rohani kita. Jadi walau di mana sekalipun hajar berada, tapi tetap dengan usrah ye. istiqamah!Kita takde rezeki untuk usrah bersama-sama kan. :') inshaAllah,kakak doakan hajar mendapt yang terbaik dari Allah.……”

Dapat mesej dari kakak.waa~sobbs. :’(
Perancangan Allah adaalah terbaik,yakinlah.
moga Allah thabatkan hati saya!walau di mana saya berada dan tercampak jauh sekalipun,tarbiyyah itu sentiasa memenuhi jiwa saya.untuk merasai kenikmatan yang memberi makna kehidupan.subhanallah.

Ps;sebelum pergi,mahu jumpe akhawat dirindui rabu ini,inshaAllah!moga dipermudahkan. :’)

Lilypie Angel and Memorial tickers