Showing posts with label O Blessed Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label O Blessed Ramadhan. Show all posts

Friday, August 3, 2012

.kerana-Nya.

Bismillah.

I
Percayalah.
Allah akan beri selayaknya dengan apa yang kita usahakan bukan?
Semalaman termimpi-mimpi
Dan hari ini, terpampang keputusan yang telah dimiliki.



II
Ohhh—Alhamdulillah.
Hari ni, Sayyidul ayyam. :’)
Mari perbanyakkan doa. Tapi jangan banyak sangat mintak akan dunia, perbanyakkan lah mintak keampunan dari Allah, untuk akhirat sana. 



Jom, jom Al-Kahf!
Suka note Ustaz Hasrizal akan surah al-kahf ni. Baca sini.


III

Allahumma bariklana fi Ramadhan wa ballighna lailatul Qadr! :')


14 Ramadhan 1433H

Thursday, August 2, 2012

.separuh masa kedua.


Bismillah.

Aku kira hari ini hampir masuk hari ke-14 perjalanan mencari cinta.
Panjang.
Seandainya dibandingkan dengan perlawanan bola sepak, ini sudah dikira sebagai separuh masa kedua.
Tapi di manakah Ramadhan kita sekarang ini?
Sudah 1-0 atau masih 0-0? Astaghfirullah.
Piala taqwa semakin bersinar-sinar di hadapan mata atau sudah semakin hilang kemilaunya dikaburi oleh sang nafsu? Ighfir dzunubi, ya Ghafur. T__T
Level amal wajib, level amal sunat?
Tilawah, tadabbur, hafazan?

Moga Allah memberi kekuatan untuk kita terus berusaha bermujahadah agar saat keluar dari madrasah Ramadhan tahun ini adalah dengan perasaan yang membunga bahagia. :’)
Kerna belum pasti lagi tahun hadapan ada lagi peluang buat kita. Allah..

“Jibril datang kepadaku dan berkata, “Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan dia tidak mendapat keampunan, maka jika mati dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Ameen! Aku pun mengatakan: Ameen!
(HR Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban dalam sahihnya)

Tiada masa untuk bertangguh-tangguh lagi.
Selagi ada masa, usaha.dan berusaha!
Jangan biarkan nafsu merajai diri.
Lagi-lagi kita tahu, makhluk yang satu itu sedang terikat ketat-ketat.
Jadi, tiada alasan buat diri.


Masih ingat lagi pesanan Ubai kepada Umar akan jalan taqwa?

“Wahai Umar, apakah kau pernah melalui jalan yang penuh dengan duri?”
Umar menjawab: “Pernah”
“Apa yang kau lakukan?” pintas Ubai.
“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik dengan duri, dan aku jaga langkahanku agar tidak terpijak duri.”

“Itulah dia taqwa.”

Jom perbanyakkan membaca doa ini! 



Nota Hati 1: Jangan bazirkan Ramadhan kita! Motivasi teragung – Allah ta’ala. :’)

Reminder. 

13 Ramadhan 1433H

Monday, July 30, 2012

.qadar.


Bismillah.

Siapa sangka itulah sujud Subuh terakhir Pakcik K.
Dan aku terdiam kaku membisu. Bisikan sang hati, innalillahi wainna ilaihi raji’un.
Sosok tubuh yang buat aku jadi mahu penjadi pelari pecut yang maintain!

Kullu nafsin za iqatul maut!
[Ali Imran: 185]

“Alhamdulillah dah dapat tadarrus 30 juzu’, khatam satu Quran seminggu ni.”

“wah cepatnya pakcik! Malu saya. Baru terkedek-kedek berapa juzu’”
Dia tersenyum.
“takpelah nak.sekurangnya kita usaha. Bukan nak lumba siapa habis cepat. Nanti satu apa pun ibrah dalam quran tak lekat dalam hati. Cuma,siapa tahu ini Ramadhan terakhir pakcik?mungkin pakcik tak sempat sampai ke penghujungnya.”

Ah. Pakcik itu seolah-olah telah merasakan ini Ramadhan terakhir buat dia.
Dipersembahkan sehabis baik.
Bila teringat, semakin basah pipi,tersedu.
Betapa ‘machonya’ pakcik K itu!

Entah seminit lepas kau update post ini di blog, giliran kau pula disapa Izrail.
Tapi adakah kau telah bersedia?

Dari fasa 1 sudah semakin hampir ke fasa 2.
Aku takut-takut andai di tengah larian, terpancit tak bangun-bangun.
Allah. Lindungi aku dari perasaan yang menghimpit dada ini.

Selagi ada masa, mari berusaha dengan lebih baik dan gigih lagi.
Mujahadah dengan sepenuh cinta, setulus pengabdian pada-Nya!
Dan moga-moga kita antara golongan yang disapa oleh Ramadhan.

“…Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah!  
Wahai orang yang ingin keburukan kurangkanlah! Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam"
[HR Tirmizi : 682]



.Hillpark.
10 Ramadhan 1433H

Saturday, July 28, 2012

.pemburu.

Bismillah.

Apa khabar iman?

Masa berlalu bagaikan sekelip mata sahaja. 
8 Ramadhan 1433H. Terkedu seketika.
Bagaimana mutabaah amalku sepanjang masa itu dan sehingga saat ini.
Superb kah? Allahu Allah.

I
Saya rasa pakcik tu sangat macho sebab dalam masa seminggu dah khatam satu Quran!
“Kau dah khatam berapa kali?” *dush

II
Alhamdulillah. Bangun pagi,rasa bersyukur kerana Allah masih panjangkan usia.
Nafas yang panjang masih lagi mampu terhela.
Tapi ada satu rasa bila mendapat berita ada satu nyawa telah terhenti nafasnya untuk bertemu Yang Esa.
“Kau tak risau ke andai ni Ramadhan terakhir kau?Mutabaah amal lompong sana sini.”

III
Imam dari Gaza, baru 20-an. Sudah hafal 30 juzuk. 
Dan mereka kata,di Palestine yang paling lemah ingatan pun sekurang-kurangnya hafal 10 juzuk.
“Dan kau berapa juzuk yang sudah kau hafal?Kata belajar tinggi ke puncak langit”
Hey.hey. nak dapat tarbiyyah yang muntij kena hafal Quran banyak!

So, manfaatkan lah baki-baki Ramadhan yang ada. Yang masih Allah izinkan untuk kita berada di dalamnya.
Lagi-lagi dapat menikmati Ramadhan time sem break. Tiada tanggungjawab sebagai student yang perlu diisi.

Allahumma, aku benar-benar mahu menjadi hamba yang lebih baik, yang Engkau cintai. T.T


 ameen. :')

.Hillpark.
8 Ramadhan 1433H

Tuesday, August 23, 2011

.selagi ada masa.

Bismillah.

Menjadilah hamba yang sentiasa bersyukur terutamanya tatkala Allah masih memanjangkan hayat kita hingga ke saat ini.
7hari yang terakhir.
Masa yang berbaki moga mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya agar tidak menjadi orang yang rugi teramat sangat.

‘If any Muslim comes out of Ramadhan without gaining forgiveness and goodness, he is a real loser!’

Astaghfirullah. Naudzubillahi min zhalik.
Moga kita yang masih bernafas sehingga kini, akan terus memanfaatkan baki-baki terakhir Ramadhan yang semakin bergerak pergi meninggalkan kita.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
“..Ya Tuhan kami, terimalah amal dari kami.
Sungguh Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”
[2:127]


**Amat berharap dapat meluahkan tentang itu sebelum terlewat.
kerana mungkin ini adalah peluang terakhir yang tiada di lain kali.
dan kerana Allah jua.

Bersihkan hati-hati kami dari segala dosa ya Allah.



.heartcanvas53.
23 Ramadhan 1432H

Saturday, August 20, 2011

.ketuk-ketuk.

Bismillah.

Realiti.
Dunia ini sungguh penuh cabaran.
Kadang-kadang seperti rasa ingin menangis tatkala terasa keseorangan di sini.
Without sisters, halaqah, usrah etc yang menyentuh hati dan ruhiy. Allahu Akbar.
Sungguh Allah sedang menguji tarbiyyah dzatiyyahku.
Dan kerana aku mampu! *ayat memujuk diri. [2:286]
Walau serasa ianya amat meletihkan dan memilukan hati tatkala melihat dan bersama manusia yang mencintai dunia melebihi Akhirat yang kekal abadi,
namun, aku harus meneruskan perjalanan ini.

Saat kau duduk bersama dengan manusia yang meyintai dunia,
Kau menjadi setitis air di lautan mereka.
Namun, saat kau duduk  bersama manusia yang menyintai akhirat,
Dunia hanyalah setitis air dari lautan itu!

Bermain dengan emosi sendiri adalah sesuatu yang amat memenatkan.
Kerana mungkin kita rasa terhutang budi pada kebaikan-kebaikan manusia dan seolah-olah kita terlupa kasih dan cinta Allah yang tiada bertepi.
Itu bukan alasan untuk kau membenarkan sesuatu yang salah dan melanggar syariat-Nya!
Astaghfirullah.

Dan saat ini, melewati hari-hari 10 terakhir Ramadhan ini adalah sesuatu yang amat memilukan.
Ya Ramadhan, i'm not ready for you to leave so soon..
Amat memerlukan tenaga super saiya! 
Bila ukhti M kata, ‘....eh baguslah awak ni.Productive muslimah sungguh.’ Rasa tersentap. Produktif kah aku? Igfhir dzunubi.
Kelesuan dan keletihan yang amat setiap hari terkadang terasa seperti alasan buat diri untuk tidak menjaga mutabaah amal dengan sebaiknya.
24 hrs – 14hrs = 10hrs (yang tinggal termasuklah ibadah,rest,sleep etc)

Kata-kata yang menyentap kalbu.
Saidina Umar Al-Khattab pernah merintih;
“Aku tidak tidur pada malam hari, bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur pada siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai.”

“Harishun ‘ala waqtihi”

Sesungguhnya mengurus masa adalah sama dengan mengurus nyawa kita!

Tak kisahlah walau yang berbaki masa untuk diri kau hanya ada 10 jam je. Tapi manfaatkanlah dengan sebaiknya.
Buatlah 2 kerja dalam satu masa. Macam saat kau sedang memasak sos spaghetti bolehlah berzikir,istighfar, selawat etc.
Only ONE minute pun, selagi kau mahu, berganda-ganda pahala yang kau dapat dengan izin-Nya.
Masa itu diukur pada KUALITI nya  bukan pada kuantiti.

Dan semoga aku tidak beralasan lagi!



.heartcanvas53.
20 Ramadhan 1432H

Monday, July 18, 2011

.mencari.

Bismillah.


Apa khabar iman? :)

14 hari lagi.
Preparation,how?
Sudah bersedia untuk bertemu sang kekasih hati yang terpisah setahun lalu?
Subhanallah! ~351 hari yang sudah berlalu pergi.
Andai dihitung,adalah satu jangka masa yang sangat panjang.
Allahu Allah. Refleksi iman dan hati.

Selagi ada masa, saat ini, tika ini.
Bangkitlah duhai diri!
Jangan hanya termenung menopang dagu hatta menyesal akan kelemahan diri,
namun pergerakan masih terbiar kaku dan sepi.

Jom top up amal secara istiqomah. inshaAllah.
Takut-takut andai tak bergerak saat ini juga, akan terpancit dipertengahan jalan.
Lalu mengangkat tangan pada 10 yang terakhir kerana sudah tak berdaya.
Mahukah wahai diri?

Bak kata Khalifah Umar Al-Khattab yang pernah berpesan kepada anaknya :

“Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.

Buat sekarang untuk capai segala target dan maintain!
Himmah dan hamasah perlu kuat dan yakinlah kamu mampu.

Wa fi anfusikum, a fala tubsirun ?
(pada diri kamu, tidakkah kamu melihat?)


.hajarulhamraa.
16 Sya’ban 1432H
Lilypie Angel and Memorial tickers