Bismillah.
Realiti.
Dunia ini sungguh penuh cabaran.
Kadang-kadang seperti rasa ingin menangis tatkala terasa keseorangan di sini.
Without sisters, halaqah, usrah etc yang menyentuh hati dan ruhiy. Allahu Akbar.
Sungguh Allah sedang menguji tarbiyyah dzatiyyahku.
Dan kerana aku mampu! *ayat memujuk diri. [2:286]
Walau serasa ianya amat meletihkan dan memilukan hati tatkala melihat dan bersama manusia yang mencintai dunia melebihi Akhirat yang kekal abadi,
namun, aku harus meneruskan perjalanan ini.
Saat kau duduk bersama dengan manusia yang meyintai dunia,
Kau menjadi setitis air di lautan mereka.
Namun, saat kau duduk bersama manusia yang menyintai akhirat,
Dunia hanyalah setitis air dari lautan itu!
Bermain dengan emosi sendiri adalah sesuatu yang amat memenatkan.
Kerana mungkin kita rasa terhutang budi pada kebaikan-kebaikan manusia dan seolah-olah kita terlupa kasih dan cinta Allah yang tiada bertepi.
Itu bukan alasan untuk kau membenarkan sesuatu yang salah dan melanggar syariat-Nya!
Astaghfirullah.
Dan saat ini, melewati hari-hari 10 terakhir Ramadhan ini adalah sesuatu yang amat memilukan.
Ya Ramadhan, i'm not ready for you to leave so soon..
Amat memerlukan tenaga super saiya!
Bila ukhti M kata, ‘....eh baguslah awak ni.Productive muslimah sungguh.’ Rasa tersentap. Produktif kah aku? Igfhir dzunubi.
Kelesuan dan keletihan yang amat setiap hari terkadang terasa seperti alasan buat diri untuk tidak menjaga mutabaah amal dengan sebaiknya.
24 hrs – 14hrs = 10hrs (yang tinggal termasuklah ibadah,rest,sleep etc)
Kata-kata yang menyentap kalbu.
Saidina Umar Al-Khattab pernah merintih;
“Aku tidak tidur pada malam hari, bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur pada siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai.”
Sesungguhnya mengurus masa adalah sama dengan mengurus nyawa kita!
Tak kisahlah walau yang berbaki masa untuk diri kau hanya ada 10 jam je. Tapi manfaatkanlah dengan sebaiknya.
Buatlah 2 kerja dalam satu masa. Macam saat kau sedang memasak sos spaghetti bolehlah berzikir,istighfar, selawat etc.
Only ONE minute pun, selagi kau mahu, berganda-ganda pahala yang kau dapat dengan izin-Nya.Masa itu diukur pada KUALITI nya bukan pada kuantiti.
Dan semoga aku tidak beralasan lagi!
.heartcanvas53.
20 Ramadhan 1432H
0 heart (s):
Post a Comment