Friday, February 5, 2010

Pesanan Buat Diriku dan Dirimu..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Wahai anak Adam, Jika engkau ingat kepada-Ku, AKU juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepada-Ku. AKU masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepada-Ku, maka pergilah kemana sahaja yang engkau suka, ditempat engkau mematuhi-Ku dan AKU mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanmu kepada-Ku dan AKU mengikhlaskan kecintaan-Ku kepadamu. Kemudian engkau memalingkan diri daripada-Ku, sedang AKU tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberikanmu makan sewaktu engkau masih janin didalam perut ibumu? AKU tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik sehingga terlaksana semua takdir-Ku terhadapmu. Apabila Ku lahirkan engkau ke alam dunia, lalu engkau berbuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu.

-RIWAYAT ABU NASIR & RAFII-


Pesanan IMAM AL-GHAZALI

@Antara kita dengan kanak2:

Kanak2 lebih mulia kerana masih bersih dari dosa.

@Antara kita dengan para alim ulama:

Para alim ulama lebih mulia kerana mereka lebih mulia kerana mereka penuh kebajikan.

@Antara kita dengan orang tua:

Orang tua lebih mulia kerana terlebih dahulu kerana lebih dahulu mengenali erti kehidupan.

@Antara kita dengan orang jahil:

Orang jahil lebih mulia kerana kita masih melakukan dosa walaupun berilmu.

@Antara kita dengan orang jahat:

Orang jahat akan lebih mulia seandainya bertaubat dan mendapat keampunan Allah swt.

@Antara kita dengan orang kafir:

Mudah mudahan Allah melimpahkan taufik dan hidayahNya kedalam jiwanya. Andainya dia memeluk Islam,sucilah dia dari sebarang dosa sedangkan kita yang dilahirkan Islam masih kekal berdosa.



p/s: hajarulhamraa~Intan tidak dapat diasah tanpa gesekan.Emas tidak dapat dimurnikan tanpa api.Orang baik melewati rintangan, tanpa menderita. Dengan pengalaman itu, hidup mereka menjadi lebih baik bukan sebaliknya..

1 heart (s):

ku2 said...

salam.
it's easier n better to be a mualaf than 'islam warisan' like the typical malays, coz normally we tend to take things for granted when it's already there. we dont feel Islam, that comes together with us in this world when we were born, as something priceless n regarded with utmost care. what say u?

Lilypie Angel and Memorial tickers