Wednesday, February 3, 2010

Cukuplah.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~


Geram! Maaf..mungkin post kali ini tidak seperti sebelumnya..tapi apakan daya saya..mungkin sudah terlalu banyak bersabar~..dah penat memendam rasa..saya pun bukanlah ‘perfect’ sangat sampai nak rasa geram2 dekat orang ni..Hurm, tapi bila tahap kesabaran yang maksimum ni dah menurun ke tahap yang paling minimum, habislah..saya juga manusia biasa..untuk beberapa kali mungkin lagi boleh bersabar..tapi kalau dah melebihi parasnya, ke-egoan dan keangkuhan yang dah melampau batasan itu ditayang-tayangkan (kepada saya!)sehingga menyebabkan hati yang telah terguris terus terluka, membolehkan saya menjadi hilang sabar walaupun saya masih berusaha untuk bertahan. Saya makhluk Allah yang juga punya hati dan perasaan..


Kita hidup sebagai makhluk Allah yang paling indah dan hebat ciptaan-Nya di dunia ini perlukan komuniti. Bukannya hidup dengan mengikut ‘law’ sendiri(ni kata2 dari ibu saya) tanpa memperdulikan perasaan orang lain...Please lah..jangan kerana ego dan angkuhnya diri kita, orang lain menjadi benci sampai hilang kawan, hilang saudara. Berpada-padalah. Tidak dinafikan, semua orang harus memiliki ego. Tapi biarlah kena pada tempatnya. Aish...semalam macam rasa meter kat dalam badan ni dah bertukar warna merah je..tapi bersyukur sangat bila ada yang memberi kata-kata semangat walaupun saya tidak pernah menceritakan siapa dia dan apa yang telah dia lakukan terhadap saya..bukankah manusia punyai mata dan hati untuk menilai?..cuma saya bertanya kepada mereka dan tertanya-tanya, kenapa sifat ego yang terlebih2 ini kadangkala membuat manusia lupa diri?aih...


“Ukhti hamraa’...istighfar,ambil wudhu’, zikir banyak-banyak ye..bukankah dengan mengingati Allah,hati-hati akan menjadi tenang?”


“Hajar,sabarlah banyak-banyak ye..rasanya macam tau hajar stress ngan siapa..btw, lain kali jangan lembut sangat dengan orang macam tu..”


“Hamraa’, serahkan segalanya pada Allah. Kita kan ada Dia. Jangan tension sangat..nanti effect kat diri kita balik. Sedangkan, dia mungkin bersenang hati dan suka tengok bila kita stress...biarlah dia dengan ego dia..”


“Kak hajar,cool okey...i’m always beside u....”


“Ala kak,orang camtu takyah layan...buat macam saya...tak puas hati, cakap depan-depan..ini,akak asyik simpan dan pendam je..”..


and etc3..


hurm,saya bukannya jenis yang suka dan sememangnya saya tak reti nak ‘sound direct’ kat orang..kerana yang paling penting saya takut hati orang lain terluka!(salah ke sikap saya ni?) bukankah setiap kejahatan tidak seharusnya dibalas kembali...saya mohon moga Allah memberi kekuatan untuk sabar..




“Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan angkuh dan sombong. Sesungguhnya engkau tidak akan mampu menembusi bumi (dengan langkahmu yang bongkak itu) dan tidak pula kamu akan menjadi setinggi gunung.”

(Al-Israa’:37)


Sebenarnya setiap individu perlukan ego. Ego lah antara elemen yang boleh memotivasikan diri kita. Setuju? Ego bukanlah satu sifat yang semuanya negatif apabila diperkatakan, bukan sekadar sombong itu ego, bukan sekadar angkuh itu ego. Tetapi ego yang saya maksudkan disini bermaksud persepsi seseorang itu tentang harga dirinya yang mempengaruhi keyakinan terhadap dirinya. (refer Kamus Dewan)..Dan apa yang paling penting adalah cara menguruskan dan mengawal ego diri sendiri. Jangan sampai orang lain tertekan dengan keegoan diri yang tidak bertempat!..*terasa nak picit-picit je orang tu semalam..(>_<)


p/s: Alhamdulillah, bangun pagi tadi dah okay..cool~..sesungguhnya saya manusia biasa yang juga tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..harap-harap perasaan yang tidak disukai ini sudah hilang dan pergi jauh2..tenanglah wahai diri..:’(

2 heart (s):

ku2 said...

salam.
dikatakan, sabar itu subur, tak sabar masuk kubur. baca n lihat dr sudut tersirat, k.
apapun, bila marah, sedih, dll perasaan negatif, lakukan seperti sahabat2 awk anjurkan, n sekadar tambahan, berselawatlah ke atas rasulullah saw, nescaya ketenangan hinggap di hati dalam apa keadaan jua pun, insyaAllah.

hamraa' ツ. said...

Wasalam..thanks di atas nota tambahan tu ye! Barakallahu laq~..

Lilypie Angel and Memorial tickers