بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
Sebenarnya ayat ni untuk ingatan kita bersama .....ayat ini adalah barisan doa rintihan Baginda Rasulullah Muhammad SAW kekasih Allah...ketika baginda berada di kebun milik Uqbah bin Rabiah selepas dihina dimaki dicaci dilontar batu oleh penduduk Taif....
"Ya Allah kepadaMU aku mengadu kelemahanku ,kurangnya kesanggupanku dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia.Wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Engkaulah pelindung bagi silemah dan Engkaulah jualah pelindungku kepada siapakah diriku hendak Engkau serahkan ?Jika Engkau tidak murka kepadaku maka itu semua tidak ku hiraukan kerana sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku .Aku berlindung pada sinar wajahMU yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akhirat dari murka Mu yang hendak Engkau turunkan kepadaku.Hanya Engkaulah yang berhak menegur dan mempersalahkan diriku hingga Engkau berkenan .Sungguh tiada daya dan kekuatan apapun selain atas perkenanMu-"
Begitulah rintihan baginda kepada Allah....kerna sedihnya akan sikap penduduk Makkah dan Taif ....baginda mengharap sokongan...kehilangan Khadijah yg menyokong baginda dengan penuh kasih sayang berkorban harta diketika baginda dimusuhi amat2 memberi kesan...begitu jua kehilangan pamannya Abi Talib(walaupun riwayatnya Abi Talib meninggal dunia zahirnya tidak mengucap syahadah...hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Allah menyambut rintihan itu dengan terjadinya israk dan mikraj...diketemukan baginda dengan para rasul terdahulu bagi memujuk hati betapa dugaan dan ujian yang hebat jua di tempuh oleh para nabi dan rasul terdahulu....
4 heart (s):
dulu baginda SAW bermati-matian memperjuangankan agama ALLAH SWT. sedih membaca rintihan doa baginda. namun, sedih sahaja tak mencukupi. kita perlu giatkan dgn tindakan. berjuang di jalan ALLAH.
tapi lihatlah skrg, org islam mulai alpa dgn prjuangan baginda. ramai yg mmbelakangkan agama ALLAH. moga2 kita trgolong dlm golongan yg berfikir dan beringat2.
Bagus entry ni sambil layan lagu Maher Zain. Memang menginsafkan. Saya syorkan Hamraa baca entry ni
http://imanmutiara-iera.blogspot.com/2010/02/mimpi-jumpa-baginda-rasullullah.html
Assalamualaikum...
Alhamdulillah,semoga akak berada dalam limpahan kasih dan Rahmat Allah serta dimurahkan rezeki oleh-Nya.
Entri akak kali ni benar-benar menginsafkan.Insyaallah,akan saya jadikan kata-kata dari akak ini penguat semangat,untuk terus gagahkan diri di jalan pengembaraan mencari ilmu ini.Perjuangan mesti diteruskan.Halangan dan cabaran mesti dijadikan kekuatan,untuk bersedia menghadapi rintangan seterusnya di hari esok.Semoga akak berjaya menjadi muslimah yang diimpikan,dicintai,disayangi,diharapkan dan seterusnya diredhai oleh-Nya,Baginda Saw dan juga ummah sedunia..
IKHLAS SALAM UKHUWAH FILLAH DAN ZIARAH...
Iffah Nabiha Ahmad Jailani
Salaam~
Ashraf: hidupkan kembali roh perjuangan umat Islam terdahulu dalam berjihad menuju ke jalan Allah...umat Islam akhir zaman ada sesetengahnya terlalu mendewakan budaya hedonisme yg bakal merosakkan rohani...media massa mahupun media cetak lebih mengagungkan hiburan semata-mata jika dibndingkan dengan rancangan-rancngan berbentuk ilmuan apatah lagi yang bercorak keislaman terlalu sedikit....bhan2 bacaan picisan juga,terlalu banyak dan mudah didapati dipasaran..
Entahlah,kdg2 saya rasa tersangaat pelik bila tengok orang yg boleh habiskan berpuluh ringgit mahupun beratus ringgit utk mengundi artis yang mereka sukai supaya menang didalam rancångan realiti, tapi mereka terasa bagaikan membazir untuk membeli bahan bacaan yang mampu memperkasakan kembali jiwa mereka dalam mengembalikan kegemilangan umat Islam suatu ketika dahulu..sebenarnya bila kita baca dan hayati sirah Nabi,inshaAllah banyak kelebihan yg mampu dikaut dari situ.....
Renung2kan..
sy ameen kan doa awk tu..tapi dalam menginginkan yang terbaik,perlu ada usaha yang terbaik di situ..
Ameen: syukran di atas link yang dikongsikan..saya dah baca..sangaat menyentuh perasaan..
Iffah: Waalaìkumussalam..syukran ala ziarah dan doa iffah buat akak..wa iyyak~..sesungguhnya akak turut mengakui kelemahan diri yang kadangkala rasa tidak mampu langsung menghadapi mehnah yang datang menimpa..alhamdulillah,akak terjumpa doa ni dalam kesibukan mengejar ìlmu duniawi..moga kekuatan Rasulullah itu mampu memberi suntikan buat kìta semua agar terus thabat dalam perjuangan hidup untuk mencari keredhaan dan cinta-Nya yang satu itu..hidup ini adalah pilihan..gembira atau sedih..kerna Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dalam memilih jalan yang terbaik..inshaAllah,Dia menguji kita berdasarkan kekuatan iman dan nilai kesanggupan kita sebagai hamba-Nya untuk menghadapi sesuatu yang berada diluar pengetahuan diri kita sbg hamba...Allah swt timpakan ujian dan musibah dalam hidup kita tanda DIA sayangkan kita sebagai hamba-Nya supaya kita makin dekat dengan-Nya..inshaAllah..akak doakan adik Iffah terus tabah ye dalam perjuangan hidup ini..
'Fa inna ma'al u'sri yusra..inna ma'al u'sri yusra..'
[Al-Insyirah:5-6]
Semoga adik Iffah juga berjaya menjadi muslimah yang diimpikan,dicintai,disayangi,diharapkan dan seterusnya diredhai oleh-Nya, Baginda SAW,dan ummah sedunia..MashaAllah,sesungguhnya akak sangaat terharu dengan doa yang dikirimkan,jadi akak doakan yang same buat Iffah..
SALAM UKHWAH KEMBALI~UHIBBUKI FILLAH..
Keep in touch..May Allah bless u then..inshaAllah..
Post a Comment