بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
Sebenarnya ayat ni untuk ingatan kita bersama .....ayat ini adalah barisan doa rintihan Baginda Rasulullah Muhammad SAW kekasih Allah...ketika baginda berada di kebun milik Uqbah bin Rabiah selepas dihina dimaki dicaci dilontar batu oleh penduduk Taif....
"Ya Allah kepadaMU aku mengadu kelemahanku ,kurangnya kesanggupanku dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia.Wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Engkaulah pelindung bagi silemah dan Engkaulah jualah pelindungku kepada siapakah diriku hendak Engkau serahkan ?Jika Engkau tidak murka kepadaku maka itu semua tidak ku hiraukan kerana sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku .Aku berlindung pada sinar wajahMU yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akhirat dari murka Mu yang hendak Engkau turunkan kepadaku.Hanya Engkaulah yang berhak menegur dan mempersalahkan diriku hingga Engkau berkenan .Sungguh tiada daya dan kekuatan apapun selain atas perkenanMu-"
Begitulah rintihan baginda kepada Allah....kerna sedihnya akan sikap penduduk Makkah dan Taif ....baginda mengharap sokongan...kehilangan Khadijah yg menyokong baginda dengan penuh kasih sayang berkorban harta diketika baginda dimusuhi amat2 memberi kesan...begitu jua kehilangan pamannya Abi Talib(walaupun riwayatnya Abi Talib meninggal dunia zahirnya tidak mengucap syahadah...hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Allah menyambut rintihan itu dengan terjadinya israk dan mikraj...diketemukan baginda dengan para rasul terdahulu bagi memujuk hati betapa dugaan dan ujian yang hebat jua di tempuh oleh para nabi dan rasul terdahulu....