Sunday, November 14, 2010

.conteng.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Time hujan, sejuk-sejuk macam ni hati rasa syahdu.
Tiba-tiba, saya rasa macam nak beritahu dia yang saya selalu doakan dia. Pernah sampai satu ketika, air mata saya rasa meleleh bila teringat kat dia dalam doa saya. Subhanallah. Indahnya tautan ukhuwah kerana Allah ini. :”)
Tapi, much more better saya tak bagitahu dia, sebab inshaAllah doa lebih makbul. Rasa macam tengah senyum dan sengih mahu tergelak bila tulis post ni. Sebab, tulis ‘rahsia hati’ kat sini.*hehe. Anyway, takpe lah. Saya simpan doa saya ni sorang-sorang. Rahsia hati saya. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu. Cepat atau lambat,moga dikabulkan Allah swt doa saya buat dia. Aameen. :”)




Dan buat mereka yang dipilih menjadi tetamu Allah swt tahun ini, moga pulang dengan memiliki haji yang mabrur. Tonton rancangan ‘Lambaian Ka’abah’ dah buat air mata bergenang. Bilakah peluang akan tiba untuk diri sendiri? Untuk Allah izinkan jadi tetamu DIA suatu ketika nanti. Allahu Allah. 

“Aku datang, Ya Allah memenuhi panggilan-Mu, Aku datang Ya Allah, Aku datang.
Tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang. Sesungguhnya segala puji dan kesenangan hanyalah untuk-Mu dan kekuasaan-Mu.
Tiada sekutu bagi-Mu.” 

Melihat gambar Ka’bah terasa rindu untuk menjejakkan kaki di situ. :"/
Semoga Allah beri kelapangan dan kemampuan buat diri untuk sampai ke sana suatu ketika nanti.Ameen. 


Ps; Ada chance 2 hari lagi before ‘Eid Adha. Please, jom hidupkan bersama-sama 10 hari awal dalam Dzulhijjah ini kerana ia adalah hari-hari paling afdhal di dunia. Boleh baca SINI untuk extra info. Dan maybe kita takde peluang lagi nak berjumpa di tahun akan datang?

2 heart (s):

fwz said...

salam.
sweet as you,ukhty! :)

salam rindu dari bumi Jordan.

Hamraa' said...

alaykum salam.
:)

siape ni ye?fara?berahsia2 pulak ye. ;)

shukran alayk.

Lilypie Angel and Memorial tickers