Thursday, August 5, 2010
Pemilik Cintaku~
Friday, July 30, 2010
Persahabatan
Saya amat menyenangi membaca puisi dari Khalil Gibran. Dan dengan senang hatinya juga saya kongsikan bersama kalian puisi mengenai ‘Persahabatan’ yang cukup puitis yang menyentuh hati saya. Sesungguhnya, puisi ini saya dedikasi khas buat mereka yang bergelar sahabat buat diri saya; i luv my sisters~!.... u guys know who u are..~
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri,pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran ~
Saya tinggalkan satu video untuk kalian hayati..~sungguh,saya amat sayangi kamu,kamu dan kamu.. :’)
**naik rakit berhati-hati
tiba-tiba terjumpa kera
sahabat karib penghibur hati
disaat sedih dan juga gembira
untuk berjaya jangan malas
hidup juga penuh berbudi
jika kita sentiasa ikhlas
pasti persahabatan kekal abadi
Friday, February 12, 2010
Air Mata Ketaqwaan....
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
~Munajat Cucunda Rasullullah s.a.w~
(seorang pemuda merintih kesedihan)
“Tuhanku…gemilang langit-Mu telah tenggelam,
Semua mata makhluk-Mu telah tertidur,
tetapi pintuMu terbuka luas buat pemohon kasihmu,
Aku datang menghadapMu,
Memohon ampunanMU,
Kasihanilah daku…
(Dia merintih lagi)
Demi kemuliaan dan kebesaran-MU,
Maksiatku tidaklah menentang-MU,
Ketika ku lakukan maksiat..ku lakukan bukan kerana meragukanMU,
Bukan kerana mengabaikan siksa-MU,
Bukan kerana menentang hukumMU,
Ku lakukan kerana pengaruh hawa nafsuku,
Dan kerana Kau hulurkan tirai untuk menutupi aibku…
(tangisannya semakin keras..)
Maha Suci Engkau….
Engkau di lawan seakan-akan Engkau tiada,
Engkau selalu pemurah…
Seakan-akan Engkau tidak pernah dilawan..
Engkau curahkan kasih-MU pada makhluk-Mu,
Seakan-akan Engkau memerlukan mereka,
Pada hal Engkau ,duhai Junjunganku….
Tidak memerlukan itu semua…
Wednesday, January 27, 2010
Duhai Teman, Duhai Sahabatku...
Salam Alaykk~
Hargailah bila bersahabat...
Maafkanlah bila terluka...
Fahamilah bila keliru...
Nasihatilah bila terleka...
Tegurlah bila tersilap...
Ingatilah bila kesunyian...
Itulah kehebatan ukhwahfillah...
Apabila kau ingin berteman...
Janganlah kerana kelebihannya...
Kerana mungkin dengan satu kelemahan...
Kau mungkin akan menjauhinya...
Andai kau ingin berteman...
Janganlah kerana kebaikannya...
Kerana mungkin dengan satu keburukan...
Kau akan membencinya...
Andai kau inginkan sahabat yang satu...
Janganlah kerana ilmunya...
Kerana apabila dia buntu...
Kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau inginkan seorang teman...
Janganlah kerana sifat cerianya...
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan...
Kau mungkin akan menyalahkannya...
Andai kau ingin bersahabat...
Terimalah dia seadanya...
Kerana dia seorang sahabat...
Yang hanya manusia biasa...
Jangan diharapkan sempurna...
Kerana kau juga tidak sempurna...
Tiada siapa yang sempurna...
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah...
Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya....
Monday, January 18, 2010
~Nilai Cinta Menurut Al-Quran..♥..~
Salam Alaykk~
Bila mentafsir soal cinta, mari kita melihatnya dari sudut Al-Quran..pasti akan dilihat dan terasa keindahannya..~inshaAllah..
(Al Dhariyat 51: 56)
- Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.” - Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
(Al Ahzab:72)
p/s: wah~..hajar..banyaknya mentafsir soal cinta..ya Allah,berilah kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini..pimpinlah daku dan janganlah diriku dibiarkan terpaut pada cinta nafsu..~
another fact about love..~♥
Salam Alaykk~
Bila saya berbicara soal cinta,sudah jatuh cintakah saya? hurm..sukar untuk diungkapkan kerana saya tidak pasti sama ada saya pernah merasakan saya jatuh cinta pada makhluk bergelar manusia yang berlainan jantina dari saya..apatah lagi bercinta..♥ dalam mencari bakal zauj yang terbaik untuk membimbing kehidupan yang bakal mendatang terkadang membuat diri seorang akhwat mudah terkeliru..dan kerana bagi saya,cinta itu adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan pada kaca mata seorang manusia..setiap insan ada pandangan tersendiri mengenai cinta..namun, adakah mereka yang bercinta itu berlandaskan syariat ataupun hanya sekadar mengikut hawa nafsu?tepuk dada tanyalah iman..kerana cinta sejati dan yang utama adalah pada RabbulIzzati~..cinta-Nya tidak pernah berketepian..Cuma kita sahaja yang sering lupa pada cinta yang satu itu..
Dan 2-3 hari yang berlalu, saya asik menghadam topik mengenai cinta..phew~..di tag oleh seorang teman di facebook,melalui email bahkan membaca post blog dari seorang sahabat membuatkan saya tersenyum..wah,~all about love..^^..teringat saya kenangan setahun lepas sebelum saya meninggalkan bumi perlis..eherm,seorang junior yang baru di tahun pertama pengajian,umurnya ketika itu 18 tahun muda beberapa tahun dari saya datang ke bilik sambil menangis teresak2x..saya ingatkan apakah masalah yang begitu teruk sehingga kalau dilihat rupanya seperti anak kecil yang menangis apabila kehilangan ibunya..rupa2nya adalah kerana cinta..dan saya terkedu pada mulanya kerana cinta yang didambakan adalah kepada lelaki yang salah...ketika itu saya banyak menyuruhnya bersabar dan ingatlah Allah selalu dan melihat darisudut yang berbeza apakah tujuannya menjejakkan kaki ke universiti..percayalah,dengan meletakkan segala harapan kita pada Allah walau dalam apa jua situasi sekalipun,pasti terasa kenikmatan dan kebahagiaan..~..pengalaman yang dilalui banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar...
teringat post dari amirah;
so,lets we see another facts about love in other side..
Roh Cinta telah mengalami beberapa kehidupan dan tak pernah menjadi sempurna di tangan manusia. Bila Tuhan mengkehendakinya demikian, maka Cinta selalu melawan.
Mereka selalu bertanya padaku, apakah cinta itu? Maka inilah jawabku.
Segala sesuatu memiliki Cinta. Seperti neraca mencintai beban. Seperti mata mencintai cahaya. Seperti paru-paru mencintai udara. Seperti laut mencintai garam. Seperti hujan mencintai awan. Seperti kaki mencintai langkah. Seperti pohon mencintai tanah. Segala sesuatu membutuhkan Cinta.
Cinta itu ada di hati dan menjalar naik ke matamu hingga kau melihat apa yang hatimu inginkan. Bila mata itu melihat apa-apa yang lebih baik bagi hati, Cinta akan mengikatkan talinya.
Dan kukatakan kepadamu dengan namaku, bahawa Cinta ada di hatimu. Namun jangan pernah mencuba menjadi bijak jika engkau tak menyertakan nama Cinta dalam kehidupanmu.
Bila engkau mencintai seseorang, jangan pernah berharap untuk selamanya bahagia. Kerana kebahagiaan sejati hanya bisa didapatkan setelah melewati segala penderitaan.
Bila engkau mencintai seseorang, jangan berikan nama pada cinta. Jangan pernah mengatakan bahwa cintaku bernama Amor atau cintaku bernama Eross atau yang lainnya. Cinta itu hanya satu. Cinta bertempat tinggal di hati; dan cinta berganti-ganti nama, bentuk, wajah, dan suasana menurut kehendak Ilahi. Itulah erti sabda: Cinta ada di tangan Tuhan.
Bila engkau mencintai seseorang, jangan pernah berharap untuk memiliki. Tidak! Cinta itu bebas, wahai sahabatku. Dia selalu lepas; berlari bagaikan kuda liar. Yang bisa kita lakukan pada cinta hanyalah mendekatinya, merasakan kehangatannya, dan menikmati cahayanya!
Bila engkau mencintai seseorang, jangan pernah menyangka bahawa engkaulah yang selalu berkorban. Jangan! Kerana sesungguhnya bukanlah engkau yang berkorban, tapi cinta! Ya cinta! Cinta itu selalu bekerja untuk orang yang engkau cintai. Cinta bekerja diam-diam, sembunyi-sembunyi. Cinta selalu memberi apa yang tak pernah kita minta, dan meminta apa yang tak pernah kita mampu berikan.
Bila engkau mencintai seseorang, jangan pernah peduli tentang betapa indah bila cinta itu datang dan betapa sedih bila cinta itu pergi! Wahai sahabatku, cinta tak pernah kemana-mana. Dia mungkin hanya sedang pulang ke istananya, menyelimuti diri, rehat sejenak, dan kembali lagi di hari esok.
Bila engkau mencintai sesorang, engkau telah menjadi kereta bagi Maharaja Cinta. Maka dari itu jadi bijaklah! Berikanlah perjalanan terbaik bagi Maharaja Cinta. Bila engkau berjalan terlalu cepat dan tegesa, Cinta akan jatuh dan terhempas; dan bila engkau berjalan terlalu lamban dan pelan, Cinta marah dan pergi meninggalkan engkau. Bila itu terjadi, Cinta akan mengutukmu! Cinta akan menghukummu! Dan tinggalah engkau yang tak lagi mempunyai darjat maruah apa-apa lalu engkau akan mendapatkan diri sendiri yang meratapi kepergian seorang Raja yang sangat bijaksana kepada hambanya.
Bila engkau mencintai seseorang, engkau sedang diajarkan untuk mengingati Tuhanmu iaitu Allah swt. Wahai sahabatku, Cinta itu bekerja seperti tasbih; menyebut nama kekasih berkali-kali dalam hati. Tapi cinta tidak membutuhkan nama. Cinta tidak berhak untuk diungkapkan melainkan dengan dirinya sendiri! Ya! Hanya cinta yang mengerti apa yang diinginkannya, bukan engkau!
Lalu mereka bertanya padaku tentang apakah yang ada di dalam cinta. Maka inilah jawabku pada mereka.
Tuhan memberi kebiasaan pada cinta agar cinta datang dengan jatuh, lalu dia tinggal dengan mabuk, dan dia pergi dengan patah.
Namun Tuhan memberi pula wajah kepada cinta. Bahawa cinta yang terbaik, bukan datang dari mata turun ke hati, namun sebaliknya! Cinta datang dari hati dan dia melihat dirinya melalui mata kita!
Lalu Tuhan memberi tubuh bagi cinta. Hingga cinta yang menyelimutimu, sebenarnya adalah sebuah tubuh yang memelukmu! Dan tubuh cinta adalah tubuh kita sendiri, dan dia bernafas dengan getaran hati... maka cinta akan mati suri ketika semua itu pergi..
Kemudian Tuhan memberi langkah bagi cinta. Agar setiap jejaknya menjadi kenangan, membuat yang kesepian dapat bertahan, dan membuat tersenyum orang yang kehilangan. Bahkan jejak cinta pun sangat bererti!
Dan Tuhan memberi bayangan pada cinta. Dan bayangan ini jatuh dengan cara yang indah. Dan cinta manusia yang berada di dalam bayangannya tidak melihat sesuatu kecuali cahaya!
Ku katakan bahawa Cinta tak memiliki apa-apa selain dirinya. Ia tak pernah dapat kau pilih, karena hanya cintalah yang tahu apa yang diinginkannya.
Cinta bagimu adalah sebuah nisan tanpa nama. Jikalau engkau telah memilih untuk mencinta, maka engkau harus rela dikuburkan di sebuah taman tersembunyi, yang namamu tak akan pernah muncul dan tak akan pernah kembali.
Untuk akhawat yang dikasihi, teguhlah iman kita dan cintailah Allah melebihi cinta makhlukNya. Jika mencintai Allah, nescaya suburlah cinta pada hambaNya yang juga mencintai Allah. Tetapi, jika mencintai makhlukNya, belum tentu kita menikmati cinta Illahi. Kerana, cinta manusia sesama manusia adalah anugerah Allah pada hambaNya, Allah yang menitipkan rasa rindu, rasa cinta dan rasa kasih pada zauj kita. Basically, jagalah hubungan dengan Al-Khaliq dalam meraih cinta zauj kita.
p/s: Adakah cinta sejati memang tidak wujud?..wujud..carilah ia di satu sudut hatimu yang mungkin terpencil sekali..bila hatimu terpaut pada cinta Rabbul Jalil itu,pasti kamu temui cinta sejati..peace in ALLAH love!forever~..
