Salam Alaykk~
Bila mentafsir soal cinta, mari kita melihatnya dari sudut Al-Quran..pasti akan dilihat dan terasa keindahannya..~inshaAllah..
(Al Dhariyat 51: 56)
- Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.” - Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
(Al Ahzab:72)
p/s: wah~..hajar..banyaknya mentafsir soal cinta..ya Allah,berilah kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini..pimpinlah daku dan janganlah diriku dibiarkan terpaut pada cinta nafsu..~
0 heart (s):
Post a Comment