Saturday, January 9, 2010

Renung-renungkan & Selamat Beramal~

بسم الله الرحمن الرحيم

sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain..
sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna & terpelihara dari dosa..
setiap kita pasti menanggung dosa & aib sendiri..
berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib manusia..

bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...

Sesungguhnya umur adalah sesuatu yang terbatas,Kematian pula sesuatu yang tidak diketahui.Manusia tidak mengetahui bila dia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia untuk bertemu Tuhan.Sesungguhnya perkara silam telah berlalu pergi dan tak akan kembali. Perkara yang akan datang masih terhijab.Maka yang tinggal hanya hari ini yang kita lalui..Sama2 kita doa agar Allah permudahkan urusan kita demi mengembalikan
kegemilangan Islam!

sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia,ingatlah tuhanmu yg menjadikan siangmu di warnai dgn cabaran sebagai tarbiyah dariNya..yg menjadikan malammu indah dgn cinta,kasih dan sayang dariNya..apa yg didamba selain cinta seorang hamba kpd pencipta..alunkan alunan zikrullah,basahkan lidahmu dgn rentak kalamullah..moga kita menjadi pengemis Illahi,perindu syahid sejati...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah,
dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"
- IBNU QAYYIM-


0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers