Salam Alaykk~
Alhamdulillah..syukran cz i still can keep on searching my journey of life...hope a long journey..kenapa ye hajar?saya bertanya kembali pada diri..kenapa mahukan perjalanan yang panjang di dalam hidup saya..sebab nak kumpul harta yang banyak ke?YES..apa?mesti terkejut kan..tak ingat mati ke saya nie?..sebenarnya apa yang saya inginkan sebelum pergi meninggalkan dunia yang fana' ni adalah mengumpul harta akhirat sebagai bekalan..bukannya harta dunia yang tidak akan mampu menjamin sebarang kebahagiaan buat diri saya...harta akhirat yang dimaksudkan adalah bekalan amalan kerana 'harta' tersebut belum cukup lagi untuk menampung perjalanan saya kesana nanti...ya RabulIzzati,bantulah hamba-Mu yang lemah ini..
2-3 hari saya rasa berserabut..rasa lemah sangat diri ini bila diuji...ujian kehidupan yang membuatkan saya tersungkur menyembah bumi..saya rasa terhina sangat kadang2..hinanya saya di hadapan Allah....tapi ibu memujuk saya dengan kata2 semangat..dia suruh saya bangkit kembali...jangan biarkan diri terus lemah...thanx a lots mom! i love you so much deeply on my heart~...Ya Allah,sesungguhnya,terkadang terasa amat perit untuk bangkit dari kegagalan menjadi hamba dan muslimah yang terbaik pada masa lalu..terasa pedih sehingga ke ulu hati....hurm~..tapi saya yakinkan diri...saya ada Dia..yang sentiasa selalu berada dekat dengan saya...selagi saya mencari DIA...saya menangis sepuas-puasnya ketika menemui-Nya..saya rasa rendah diri sangat...rasa seperti tak mampu menghadapi hari2 yang bakal mendatang,...harapan dan doa saya saban waktu..agar hidup yang dilalui penuh bererti...moga RabbulIzzati terus menguatkan langkahan perjuangan saya ini..my mom said , biarlah orang tidak suka pada kita..jangan Allah yang benci pada kita..itu terlalu teruk!it will make u feel down forever!SURE~..biarlah manusia tu dengan mulut mereka....lepas dengar pesanan ibu,saya langsung tak mahu ingatkan tentang mereka tuh~...berdendamkah saya?uhh~...
dalam boring2 nie..*boring ke?..taklah sebab saya penuhi masa saya dengan membaca (love to read!)dan online~..terjumpalah kata2 semangat buat renungan...dan sangatlah terkena dengan bait2 tulisan nie...jom explore~...
Bukit tidak akan rata kerana kata-kata.
Bintang tidak akan gugur kerana nista.
Jalan perjuangan menjadi mudah apabila sikap dan tindakan datang serupa.
Bagaimana kita hendak selaraskan hal demikian.
Lihatlah pada diri.
Cungkil penyakit hati yang masih cintakan dunia.
Akhirat tidak akan datang sekeping demi sekeping menggauli keyakinan apabila terselit cinta dunia.
Buangkan perkara-perkara dan kelakuan yang tidak memanjangkan persahabatan.
Sebarkan khabar gembira seperti seekor lebah yang patuh membawa setitis madu kepada permaisurinya.
Jadilah seorang hamba yang terlalu rindu untuk berbuat kebajikan.
Contohi para sahabat di dalam berjuang.
Perlumbaan mereka pada kerja-kerja kebajikan bagai tiada hari esok.
Siangnya dibasahi keringat, malamnya dihiasi munajat.
Esak tangisnya memecah-milu hati yang mendengar.
Sedangkan siangnya tubuh sasa itu juga yang meratakan kemakmuran dengan langkah jihadnya.
Hidupnya memburu iman dan taqwa.
Seisi bumi memberi laluan mudah.
Seluruh langit menyeru sajadah. Hatinya telah makmur. Rohnya penuh syukur.
Insannya terbangun dengan syahadat dan selawat.
Hidup dan matinya hanya untuk Islam.
Bertolaklah dari cita-cita yang pernah ditanam di dalam sanubari para sahabat Rasulullah SAW.
Apabila dipalu gendang jihad, anak isteri, harta dan pangkat kuasa, tinggal teresak-esak menggamit pemergiannya.
Sesungguhnya akhirat itu terlalu manis dan kekal abadi bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh berjuang mencari keredhaan ALLAH.
Maka cuba ditinjau diri kita pula.
Sudahkah kita melayakkan diri sebagai para sahabat Rasulullah di dalam perjuangan?
Atau sebagai Asoib yang benar-benar bersedia untuk bangun bersama kecintaannya?
Jika belum, mari bersama-sama di dalam medan ini.
Kerana cuma ada satu kepastian yang menanti.
Itulah kemenangan abadi.
Pertama, apabila dunia berada di tangan dan tidak di hati.
Kedua, gugur syahid dalam erti perjuangan haq ini.
Kekuatan ini hanya boleh diukur dari daya yang ALLAH pinjamkan kepada diri.
Atau pada kemampuan yang berpaksi dari iman.
Tidak akan berjaya diperolehi iman jika tidak benar-benar mahu bermujahadah melawan hawa nafsu.
Yakinlah, iman yang subur adalah anak kunci kepada semua masalah hidup yang boleh dibuka tutup dengan kehendak hati.
Berusahalah kita untuk mendapatkan anak kunci ini.
Bagi orang yang telah berjaya membuka pintu hati, maka ia melihat cahaya yang terang benderang.
Memantuli hatinya yang jelas dalam tindak dan sikap hidupnya.
Ia bukan cahaya fizikal yang kita nampak dengan mata kasar tetapi sangat gemilang cahayanya dengan renungan mata hati yang diberikan basyirah oleh ALLAH.
Hanya mata hati yang begitu boleh melihat penyakit-penyakit hati, kesumat-kesumat rohani dan dendam-dendam sanubari.
Tetapi kita bukan orang pilihan yang boleh meminta langsung kepada ALLAH.
Segala rahsia alam ini terbongkar dari pancutan orang-orang pilihanNYA itu.
Maka carilah dia hingga ke hujung dunia dan penghabisan masa.
Jika telah bertemu, jangan teragak-agak untuk sungguh-sungguh memegang jubahnya.
Ia dapat dikenal pasti dari akhlaknya.
Akhlak contoh Rasulullah yang dianugerahi ALLAH.
Oleh itu, marilah kita berusaha dengan yakin untuk menjadikan impian itu benar-benar satu realiti...insyaALLAH.
Kuatkan semangatmu hajarulhamraa~...letakkan sepenuh keyakinan pada Allah!
menjadikan seorang muslim itu tetap thabat disaat orang lain berguguran, tetap tenang disaat orang lain ketakutan.
Semakin dekat bahtera kita kepada-Nya, semakin hebat taufan yg melanda...
"Ya Allah, tiadalah Engkau menjadikan semua ini sia-sia"
Wasalam..^^
0 heart (s):
Post a Comment