Saturday, November 13, 2010
.laut.
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~
"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "
[Ar-Rahmaan:19-21]
mashaAllah,saya terlalu rindukan laut, bagaikan terngiang-ngiang bunyi ombak membelah pantai. Rasa nak hirup puas-puas udara kat situ. kerana teramat sukakan pantai, sampai Kak A pernah cakap, “nanti adik buatlah rumah kat tepi pantai ye.” ;)
Ada sumber ketenangan di situ tatkala mentadabbur alam ciptaan Allah swt Yang Maha Esa ini. Subhanallah.
Friday, November 12, 2010
Manisnya takdir Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
"Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika
kamu mencintai-Nya. Kamu akan mencintai-Nya jika kamu
mengenal-Nya. Semakin tinggi darjat pengenalanmu terhadap
Tuhan, semakin tinggi pula darjatmu dan semakin
terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia sesungguhnya
lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri.
Kerana itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah
adalah orang yang paling mengenal-Nya. Al-'Uqayli berujar,
'Barangsiapa mengenal Tuhan, ia pasti mencintai-Nya; dan
barangsiapa mengetahui hakikat dunia, ia pasti menjauhinya.' "
[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]
”Wahai manusia, kamu semua adalah FUQARA’ (orang yang selalu berharap) kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.”
(Al-Fathir, 15)
ps; dia sedang membina mampu dalam menerusi liku-liku kehidupannya.
Monday, November 8, 2010
sampai hujung nyawa
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
Alhamdulillah, today is a 1st of Dzul-Hijjah. (^^)
As Muslims, we should make use of the first 10 days of Dzul-Hijjah and maximize in doing good deeds.
So, saya nak kongsikan dengan kalian semua video ini. Semoga saya, kamu dan kamu diberi kekuatan yang sama dari sisi Allah dengan usaha yang kita lakukan. inshaAllah.
MashaAllah.
Meleleh air mata bila dengar talk by Brother Nouman Ali Khan ini.
Tersentuh dan amat tersentuh.
“his talks never failed to attract me.”
Suka dengar talk by him kerana sumbernya sentiasa datangnya dari al-Quran.
Dan mampu membuatkan al-Quran terasa dekat dengan hati dan diri.
Al-Quran itu kan, milik kita, sebahagian dari kita. cinta kita. biar kita semua tahu semuanya tentangnya.
Sesibuk mana pun hidupmu, cubalah berdamping dengan al-Quran seketika setiap hari.
Satu perkara,’jealous’ dengan mereka yang pandai dalam Bahasa Arab ni.hukk~
Rasa macam rugi pulak,dulu-dulu time sekolah bila form 4 after PMR dapat tawaran pergi sekolah asrama yang ada subjek Bahasa Arab Tinggi,TOLAK. Sampai Ustazah H yang mahu sangat diri masuk ke sana merajuk sebab tak mahu ke sekolah itu. ‘Takut’ kononnya. Aish.
Fikir, cukuplah since form 1 until form 3 dah ambil Bahasa Arab Komunikasi. Sangat tak matang.
*okay,my dear self. dush.tak perlu nak fikir lagi dah.
ENOUGH. past is already past.
Surah Al-Isra', Ayat 23-25.
nanti, refer tafsir ya! :)


Diri yang share this post with others ni kena tambah usaha buat kebaikan sebanyaknya pada parent.
Takut-takut kalau jadi ini [2 : 44] ataupun yang ini [61 : 2-3].
Astaghfirullah. Na'uzubillah.
Ya Allah, may I do what I advice to others.
Bila dengar talk ni, diri sedar
banyak lagi rasanya hak-hak mereka yang saya tak tunaikan, buat tak endah.isk.astaghfirullah.
Macam mana ni??
Punya angan-angan nak masuk Syurga.
Belum jadi anak yang baik ni!
Prophet s.a.w said,
"For any Muslim who has two Muslim parents and who goes to them every morning obeying their requests, Allah opens two doors to heaven. If he has one parent Allah opens one door to heaven for him. If he displeases either of them, Allah will not be pleased with him until that parent of his is pleased with him. Someone asked: Even when they are unjust to him?
"For any Muslim who has two Muslim parents and who goes to them every morning obeying their requests, Allah opens two doors to heaven. If he has one parent Allah opens one door to heaven for him. If he displeases either of them, Allah will not be pleased with him until that parent of his is pleased with him. Someone asked: Even when they are unjust to him?
He answered: EVEN IF THEY ARE UNJUST."
[Bukhari]
[Bukhari]
MashaAllah. May Allah swt forgive our sins and make us better Muslim. Ameen,inshaAllah. :”)
That’s why anak yang soleh dan solehah senang-senang sahaja masuk Syurga dengan tiket keredhaan ibu dan ayah. Memang nampak susah. Tapi berusahalah duhai diri. Syurga tu bukannya free. Benda yang susah nak dapat, yang indah dan penuh kenikmatan itu pasti usahanya perlu berganda-ganda.
*Ingatlah kembali kisah Al-Qamah. Tidak pun kisah si Tanggang.
Ya Allah, please take care of my beloved parent and please keep them in Jannah.
Rabbi hamhuma kama rabbayani saghira.
:") ♥
Hamraa’: I hope Allah s.aw makes these ten days a source of peace and blessings for me, you, our families, and the entire ummah. Ameen!
Sunday, November 7, 2010
untuk kamu.
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
Hembusan angin yang bertiup lembut ‘mengganguku’ lewat malam ini
Saat ku memandang ke dada langit yang gelap pekat,
pandanganku terpaut pada sebutir bintang berkelipan
yang jauhnya beribu batu untukku gapai
Dan sungguh,
Aku mengharapkan dikaulah bintang yang satu itu. :”)
Kerana aqidah ini yang menyatukan kita,
benar terasa ikatan hati-hati ini, meski dalam kejauhan jarak.
Saat ini dan selama-lamanya,
aku mau tetap mensyukuri ukhuwah yang dikurniakan Allah ini.
click
Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara
Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman
Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih
Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir
Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku
Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali
Sahabat...
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara
Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman
Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih
Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir
Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku
Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali
Sahabat...
I may not be your favourite COLOUR.
But hopefully you will need me somewhere to complete your picture!
But hopefully you will need me somewhere to complete your picture!
:") ♥
Sungguh,
Aku rindu dan sayang kamu fillah!
Moga kamu jadi sahibah saya di Syurga kelak.
Ameen.
Dan moga dirimu mampu merasakan yang catatan ini ku tujukan buat kamu!
Mungkin
hanya ini kesempatan yang kumiliki untuk ku luahkan buat kamu.
Siapa tahu? Hanya DIA yang MAHA ESA.
00:05
7/11/10
Hillpark, Malaysia
1 hari je lagi tinggal!
Ps; moga doaku dalam tiap lewat solat-solatku dimakbulkan oleh-Mu,ya Rabbul Izzati.ameen allahumma ameen.
Friday, November 5, 2010
Ruhul Jadeed! (^^)
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
Reminder for myself.
[Quoted]
"Jangan risau sangat apa yang orang lain kata.
Kalau kita nak berubah
Maka kita yang berubah
Kalau kita benar-benar nak berubah
Kita akan berubah tanpa menghiraukan apa yang orang lain kata
Dan kita perlu kuat
sebab
Apabila kita nak berubah, selalu orang permainkan kita,
tak percaya dengan kita
Tapi,
Kalau kita kuat, dan teruskan dengan perubahan, inshaAllah
Daripada suka mempermainkan kita,
mereka akan tukar jadi hormat
sebab mereka kagum dengan semangat dan istiqamah kita
Mereka hormat prinsip kita
Bila sudah sampai peringkat itu
InshaAllah lebih mudah
Teruskan semangat ruhul jadid~!"
Roh yang baru. Semangat yang baru. Itu yang amat diperlukan.
*
*
“Bagaimana mahu istiqamah?”
Sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.
[HR Bukhari dan Muslim]
*
Keinginan untuk istiqamah perlu didasari dengan memahami hakikat amalan yang paling Allah cinta;
iaitu pada amalan yang istiqamah meskipun ianya sedikit.
Sungguh,
Syurga itu untuk orang-orang yang sentiasa memperbaiki diri.
Istiqamah,harus dibina dengan dalaman yang kuat,bukannya dengan luaran.
Kerana hubungan horizontal yang luas perlu ditampung dengan hubungan vertikal yang teramat tinggi.
J
Ps; Zulhijjah semakin mendekat. Ramadhan semakin menjauh.
Subscribe to:
Posts (Atom)

