Monday, July 2, 2012

.jika terakhir buatku.


Bismillah.

30 Jun 2012; 10 Sya’ban 1433H
Terukir memori yang tak mampu dilupai. Diuji oleh-Nya saat fatrah imtihan.
Tiada siapa pun yang mampu melawan qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan buat diri kita,kan?
Allahu Allah..tersentaknya hati dan diri dengan apa yang terjadi.

Tak pernah terbayang dek diri akan musibah yang menimpa. Terjatuh, terseret bersama Khansa’ untuk beberapa meter.
Tak terbayang jua andai itu adalah saat terakhir buat nafas terhela di bumi Allah ini.
Apakah diri sudah cukup bersedia untuk bertemu Allah andai saat itu benar-benar yang terakhir di dalam hidupnya? Allah.. T____T

Terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh dirinya
Bahkan terlalu sedikit bekalan amalannya untuk dipersembahkan buat Sang Khalik
Bagaimana dia mahu menghadap Tuhannya dalam keadaan sebegitu rupa.
Ighfir dzunubi ya Ghafur.
Ada peringatan dari Allah buat diri pada hakikat yang tak terzahir. Terasa betapa kerdilnya diri.

Tika ini, terkadang tangannya terasa mengeletar
Kakinya berjalan tidak terlalu stabil
Bahkan hatinya terasa berdebar-debar dan jantungnya berdegup laju
seperti mahu terkeluar dari treknya
Mungkin jua masih tersentak atas apa yang telah terjadi


Namun, dia berasa terlalu AMAT bersyukur pada-Nya.
Alhamdulillah wa shukur lillah sambil mengucap panjang.
Denyut nadinya masih sudi dipinjamkan oleh-Nya buat dirinya yang sering alpa.
Allah masih mahukan dirinya meneruskan perjalanan kehidupan 
sambil terus menggilap mutiara iman dan mempertingkat segala amalan.
Mencari mardhatillah,dengan mendamba keikhlasan
Moga ikhlas mampu memeluk jiwanya sebagai seorang hamba.

Ketika Ukhti K berbicara dengan dirinya malam tadi,
“Allah,jelesnya saya sebab akak diuji Allah saat ini.Musibah yang terjadi ni moga-moga menjadi kafarah dosa buat akak.Dan tak lama lagi pun dah nak masuk Ramadhan.mesti Allah tengah clearkan segala dosa akak. Allah loves u so much…”
Allah,dan saat itu air matanya laju mengalir hiba.
Tiada kata yang terlafaz.

Sungguh,
‘Pengalaman’ hari semalam adalah peringatan dan tarbiyyah dari-Nya yang terlalu terkesan di hatinya.
Dan manik-manik jernih terus jatuh melaju keluar dari kelopak matanya yang tertutup.
Allahumma, izinkan lah dirinya untuk mengulangi segala janji-janji yang baru. Menjadi hamba yang Engkau redha.

Nota hati 1 :
Jazakumullahu khayran katseera buat semua yang mengirimkan doa dari kejauhan apatah lagi yang terdekat di sini. Walau jauh dari family saat ini, hati tak terasa kejauhan kerana punya akhawats yang super chomel, membantu itu ini! Moga Allah merahmati kalian. Dan yang terpenting, ada Allah tempat untuk bergantung segala harapan. :’)
 *rasa terharu sangat dengan Kak Z.walau penat dengan bebanan kerja yang tergalas, masih punya masa menjaga dan melayan diri ini.
“akak, moga Allah merahmati akak senantiasa hendaknya.uhibbuki fillah!”

Nota hati 2 :
"When you fall ill and your whole body cries with pain, recall Ayoob [alayhi salaam] who was more ill than you."
Moga tabah hati tak berbelah bagi!



.Kahfee.
12 Sya’ban 1433H

Tuesday, June 12, 2012

.emo bukan nemo.


Bismillah.

“tak rasa ke diorang selfish kot. At least diskus lah dulu.”
Diam membungkam diri.
Tarik nafas dalam-dalam.lepas.

Siapa kata tak terasa.
Cuma tak mahu membiarkan emosi lebih mempengaruhi.
Be professional!
*kata dah jadi orang yang telah ditarbiyyah.hewwh.

La taghdab bukan?
Hadis 16,Rasulullah remind kita untuk sabar.sabar dan terus sabar untuk beberapa kali.
*aih,kata dah hadam. -_-‘

“takyah lah emo-emo sangat. Kita okkay je.”
Menangis dalam hati. Memohon kekuatan dari Ilahi.
Dan belajar, terus belajar untuk menjadi sang penyabar. Fasabrun jameelah!
Awak, tak comel lah bila marah-marah ni. Lagi stress.

“ahsantum wa ahsantum li anfusikum”

That’s life.

And Allah already mention to us in Qur’an.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat;
 dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah : 45)

*highlight – sabar tu perkara pokok.dan pastinya kena berserah diri pada Allah ta’ala dengan sepenuh hati.

Sungguhlah, salamatus sadr masih lagi terkadang terasa berat.
Kau masih tidak mengambil ibrah dari kisah Thaif,haa?
Ighfir dzunubi ya Ghafur.

*sambung study balik!

nota hati 1: Counting days toward Ramadhan kareem. :’) moga Allah sampaikan hingga saat itu. *pipi basah.

nota hati 2: 
nangis.hati,sila struggle!
.Kahfee.
22 Rejab 1433H




Monday, June 11, 2012

.randomly.


Bismillah.

I.
10:15 AM
Masuk kelas.
“Hajaaaar.”
Eh kenapa?hati pun tertanya-tanya.kelas tak start lagi?
“Hajar,kitorang semua tunggu hajar.then, baru suruh miss start mengajar.”
Apakah?
Haa.rasa terharu tak? :D even dekat group kelas di FB juga mereka sangat sweet.



Tapi ada perkara yang lebih besar yang sedang saya fikirkan.
Tarbiyyah.
Aiyyyark!rasa macam kena kungfu panda sebijik sebab sudah hampir 4bulan bersama mereka,namun fasa DF entah ke mana.Allahu Allah. T__T
Dan hakikatnya setiap daripada mereka punya logam yang haybat.
Teringat balik hadis logam yang entah berapa kali dihadam lumat oleh hati dan minda.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

*Dah kena ada planning untuk next sem.

II.
Madam H : You all tak risau ke tinggal lagi seminggu nak final exam?
We          :  What? *gelak.kami rasa dah nak semput ni madam.kelas,assignments,tests dah jadi  
                 macam tauhu sumbat,bak kata Miss A.
Me          : Madam,hajar rasa rama-rama macam dah terbang laju-laju dalam perut.
Madam H : haa? Hajar,peribahasa baru ke? :D

Saya rasa saya suka sangat counting days sekarang.nak pergi berperang.
Rasa macam dah sesak nafas je.berdebar.tapi ada masa rasa cool.risau. -_-‘
“Hajar,jom dapat 4flat sama-sama sem ni.”

Lagi rasa nak pengsan sebab progress usaha belum sampai lagi 80% sedangkan exam tak sampai dua minggu pun lagi. Bukankah Allah menilai pada usaha kita? Allahu musta’an!
“C’mmon lah hajar.Fight!”

Tapi hati rasa terharu bila Madam M(lecturer sem lepas) message pagi tadi,
“…Hajar,dah ready nak exam? Do your very best,ok!”

Bergenang-genang air mata.Rasa tersenyum lebar dalam kelas.
Patutlah sebelum ni teringat mereka pernah berkata,”Ala,hajar kan student kesayangan madam.” *dan diri pun tergelak.sukar untuk ditafsirkan perasaan mereka.Allah.
Biarlah.

Untuk awak yang saya text,mengadu manja itu ini,jazakillahu khayr untuk kata-kata semangat.. :') <3

#Perlu dose extra rajin, tidak mudah putus asa atau mudah bermalas-malas.
Rabbuna yuqawwiy ya Allah.

III.
Dan semalam,berbulatan gembira bersama kakak-kakak dan adik-adik, saya rasa ditampar-tampar ketika tadabbur surah 22 ayat 31-46 itu. Nangis.

Muhasabah.

Aqidah tu macam pokok,tahu? Pendek kata,andai akar pokok itu baik,inshaAllah buah yang terhasil juga baik. :')

.Kahfee.
21 Rejab 1433H

Saturday, June 9, 2012

.rindu?.


Memandang ke langit gelap pekat tanpa bintang utara
Menarik nafas dalam-dalam dengan lafaz shukur Alhamdulillah

Walau kita terpisah jauh berbatu bata. *erk.
Aku tahu kita masih berpijak di bumi yang sama.
Beratapkan langit yang satu

Ya Allah,rindunya!
Serasanya ada air mata yang mencurah

Biarlah rindu kita bertaut dalam doa
Moga bertemu lagi di syurga andai bukan di dunia yang fana.

Friday, May 4, 2012

.hujung minggu.


Bismillah.

Counting hours.

Perasaan yang sama setiap kali ada program untuk adik-adik yang dikasihi Allah. Terasa seperti banyaknya rama-rama yang berterbangan di dalam perut.(baca: butterfly in my stomach)



Masa berlalu, diri semakin dewasa. Dan semakin berusaha untuk mematangkannya pada jalan ini. 
Jalan yang telah Allah pilih buat diri ini berada. Alhamdulillah ‘ala nikmat. 
Betapa iman itu terasa indah saat ianya berada di dalam hati. Rasa seperti mahu bersujud lama-lama.Sungguh, rahmat Allah mengatasi kemurkaannya. Bersyukur dan terus bersyukur.

Doa dipanjatkan moga hati merasa cinta terhadap iman dan benci akan kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan. Allahumma, sentuhlah tiap hati yang bakal berkumpul di taman Syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Amen ya Rabb!

.khansaa’.
Kahfee_Kota Bharu

The cleanest hearts produce the brightest souls, working the greatest deeds,
raising them to the peak of Jannah.

Lilypie Angel and Memorial tickers