Friday, March 5, 2010

5 March 2010..Sanah Helwah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Subhanallah...hari ini dah bertambah lagi setahun usia saya..Alhamdulillah~Alhamdulillah~Alhamdulillah...ALLAH masih sudi mengizinkan hamba-Nya yang faqir lagi hina ini terus menghirup udara di bumi-Nya yang subur ini..Bila difikirkan kembali, sudah dua dekad lebih usia saya telah berlalu..satu jangka masa yang agak panjang..Hampir 1/3 dari umur ummat Muhammad saw.. renungan sejenak buat diri, apa yg sudah saya lakukan sepanjang hidup ini? ke manakah usia saya telah dihabiskan? apa sumbangan saya terhadap Islam? ya Allah, terlalu sedikit..betapa kerdilnya diri ini..

Bila umur meningkat; bertambah, bermakna detik kematian itu semakin hampir...sudah bersediakah saya? Nikmat umur merupakan modal yang penting dalam menambahkan ketaatan kepada Allah.. manusia yang rugi ialah mereka yang bertambah umurnya tetapi tiada bertambah pula baktinya pada Tuhan dan juga agamanya, dan betapa sangat beruntungnya pada mereka yang memanfaatkan pertambahan umurnya dengan sentiasa mencari peluang untuk mencari keredhaan Tuhannya dengan berbakti kepada masyarakat..amar ma'ruf nahi mungkar..

Syukran,ya RabbulIzzati!Masih punya kesempatan menghirup udara-Mu dalam usaha meraih redha dan maghfirah-Mu,ya Allah..Moga baki usìa yang tersisa ini adalah yang TERBAIK daripada yang telah ditinggalkan..möga hati yang baru ini mampu membawa iman & amal seiring..memperbaiki segala kelemahan hati mahupun diri..



Dikesempatan ini, saya nak rakamkan special thanks to:

ALLAH swt:
Syukran Ya Allah atas segala nikmatMu. Begitu banyak dan begitu indah.. Sehingga saya terlupa akan kebesaran-Mu dek kelemahan akal dan hati saya.. Astagfirullahal'Azim.. Di kala ini, saya mohon keampunan yang tak terhingga pada-Nya yang tercinta...ya Rabb.. Ampunkan dosa-dosaku..Pelihara lah daku dari fitnah dunia dan azab di akhirat kelak..Kuatkan hatiku ini,ya Allah.. Yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani..

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabat baginda sekaliannya..

Terima kasih ya Allah di atas nikmat usia yang telah Engkau berikan..
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan...

Terima kasih juga untuk setiap cubaan, dugaan yang Engkau turunkan..
serta musibah yang menimpa diri di atas kelalaian diri ini sebgai hamba..

Terima kasih untuk segala ilmu,bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.. Terima kasih juga di atas nikmat akal, kesihatan mahupun tubuh badan yang terlalu sempurna ini..

Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…

Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu Engkau tetap menerima diri ini walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku leka..
Aku silap dan khilaf menafsir makna di atas setiap kurniaan dan dugaan.

Namun begitu besarnya kasih-Mu….

Engkau tetap melindungiku walaupun di atas apa yang terjadi adalah kelemahan hatiku sendiri...
Nafsu yang sering mengatasi iman..
Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit...

Di hadapan-Mu, dipinggir syahdu rasa pilu ini, aku merayu, menangis di atas kelelahan hati yang kadangkala tak tertanggung..
Aku lemah, ya Allah..terlalu lemah kadangkala..


Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu?
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah…
namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah..
Adakalanya aku kurang kesabaran..

Ada masanya aku keimananku goyah...
Ada masanya aku terikut bisikan syaitan...

Namun dengan limpah kasih sayang-Mu,
Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan...

Engkau masih sudi memurahkan rezeki-Mu terhadapku..

Engkau masih mempermudahkan segala urusanku..

Ya Allah.. Aku berlindung atas kekuasaan-Mu..

Pelihara diri dan hatiku ini..
Agar ia mampu membesar dengan baik..
Aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman…

Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim...

Aku ingin terus mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu.
Agar beroleh ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.


Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini..

pimpinanlah hati hamba-Mu ini agar sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.. Aku harap masih belum terlambat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat pada-Mu..

Ampuni dosa-dosaku..serta segala keterlanjuranku..

Janganlah Engkau mencabut nyawaku tatkala aku basah berlumuran noda..
Sebagai hamba-Mu yang hina dina ini,
Kasihanilah diri ini,ya Rabb..
Bantulah daku..
Dalam menempuh jalan rasul-rasulMu..
Dalam usaha mencari Jannah-Mu..
Aku takkan mungkin mencapai sempurna,
tapi kasihanilah aku
Bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Sirat-Mu nanti dengan tenang dan mudah tanpa cela...

Ya Allah.. satu-satunya Illah yang berhak..

Yang merancang segala aturan dunia ini..
Permudahkanlah segala urusanku..

Jadikan aku seorang insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi..

Kurniakan aku seorang teman,sahabat..
Yang dengannya, aku sering teringat akan Mu, ya RabbulIzzati..


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar…
Allahu Akbar!..
peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini.. Ameen Ya Rabbal-Alameen.

Ya Allah..aku mohon dengan penuh pengharapan..
Dari-Mu aku datang..
dan kepada-Mu jualah aku pasti akan kembali..

Indahnya bila hidup ini dengan penuh harapan. Menganalisa,menilai pencapaian hidup, masih banyak target hidup saya yang masih tertangguh, belum mampu dicapai serta belum tercapai lagi...apakah saya masih mampu serta punya kesempatan untuk menggapai matlamat hidup ini?

Special thanks also buat ibuku,ibuku,ibuku dan ayahku..
Segala doa daripada semua yang sudi mendoakan, saya dedikasikan buat kedua-dua insan mulia ini..Hanya Firdaus-Mu selayak-layak tempat buat mereka,Ya Allah...Bertapa besar pengorbanan yang telah mereka usahakan.. Thank you very much~ Ya Allah, Peliharalah mereka dari azab dan siksaMu.. Tempatkan mereka di tempat orang2 yang beriman..
Buat kedua orang kakak saya(hanya itu adik beradik yang saya miliki) guru-guru, sahabat-sahabat, teman-teman, kenalan-kenalan, seteru-seteru(kalaupun ada,mohon dijauhkan) juga buat alam semesta...
Terima kasih..

Buat yang sudi mendoakan, semoga ada malaikat-malaikat yang juga mendoakan kalian...

Buat semua yang sudi mengirimkan ucapan SELAMAT HARI LAHIR, HAPPY BIRTHDAY, SANAH HELWAH, EID MILAAD SAEED etc yang masih membawa maksud yang sama..di facebook,email,message etc, thank a lots!! Jazakallahu khairan kathira di atas semua ucapan apatah lagi du'aa dan harapan..sangat bermakna buat saya dalam meneruskan hidup di dunia yang penuh cabaran ini. Thanks for the care and love.. Wish you all da best!!! May Allah reward all of you with Jannah...Uhibbukum fillah..sesungguhnya, sangaat terharu..
http://emo.huhiho.com



p/s: sesungguhnya, menitis airmata saya untuk Hari Lahir ditahun 2010 ini..Subhanallah, terlalu banyak nikmat, mahupun perkara yang tak disangka-sangka terjadi serta dapat
saya miliki...ya Allah..sungguh Maha Pemurah diri-Mu..mereka yang hampir dengan diri saya mengetahui apa yang saya rasakan..saya teramat sayangkan mereka kerana ALLAH..moga tautan kasih ini mampu membimbing diri ini bersama-sama kalian dalam mencari haruman syurga-Mu..

Mudah benar airmata saya mengalir pada hari ini...Hajar,kamu kuatkan??


Saturday, February 27, 2010

Tangisan Yang Menggoncangkan Arasy...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Jika harta yang hilang dari diri seseorang,
maka tiada apa pun yang hilang..

Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang,
maka ada sesuatu yang hilang..

Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang,
maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang..



"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

~Ramai-ramai kita salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W~

Friday, February 26, 2010

Last words of our Beloved Prophet SAW...♥

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~


Suddenly, there was a person, he said salaam.

"May I come in?" he asked.


But Fatimah R.A did not allow him enter the room.


"I'm sorry, my father is ill.." said Fatimah
R.A turned her body back and closed the door.

She went back to her father who had opened his eyes and asked Fatimah
R.A, "Who was he, my daughter?"

"I don't know, my father. It was the first time for me to see him,"..Fatimah R.A said gently.


Then, Rasulullah(s.a.w) looked at his daughter with trembled look, as if he wanted to reminisce about every part of her daughter's face.


"Know one thing! He is who erases the temporary pleasure; he is who separates the companionship in the world. He is the death angel," said Rasulullah s.a.w.


Fatimah R.A bore the bomb of her cry. The death angel came toward him,..But Rasulullah s.a.w asked why Jibril did not come along with him..


Then, Jibril was called. Jibril was ready in the sky to welcome the soul of Habibullah and the leader of the earth.


"O Jibril, explain me about my rights in front of ALLAH?"


Rasulullah s.a.w asked with a weakest voice.


"The doors of sky have opened, the angels are waiting for your soul."


"All jannah open widely waiting for you," Jibril said..


But, in fact, all this did not make Rasulullah s.a.w relieved, his eyes were still full of worry..
"You are not happy to hear this news?" asked Jibril.


"Tell me about the destiny of my people in future?"


"Don't worry, O Rasul ALLAH s.a.w. I heard ALLAH tell me: 'I make jannat haram for every one, except the people of Muhammad s.a.w who are inside it," Jibril said.


It became closer and closer, the time for Malaekat Izrail to do his work. Slowly, Rasulullah's s.a.w soul was pulled.


It was seemed that the body of Rasulullah s.a.w was full of sweat; the nerves of his neck became tight.


"Jibril, how painful this sakaratul maut is!" Rasulullah s.a.w uttered a groan slowly.


Fatimah R.A closed her eyes, Ali R.A sat beside her bowed deeply and Jibril turned his face back.


"Am I repugnant to you that you turn your face back o Jibril?" Rasulul
lah s.a.w asked the Deliverer of Wahyu.

"Who is the one who could see the Habibullah in his condition of sakaratul maut," Jibril said..

Not for a while, Rasulullah s.a..w uttered a groan because of unbearable pain.

"O ALLAH, how great is this sakaratul maut."



"Give me all these pains, don't give it to my people."


The body of Rasulullah s.a.w became cold, his feet and chest did not move anymore....

His lips vibrated as if he wanted to say something, Ali R.A took his ear close to Rasulullah s.a.w.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - take care of the solaht and take care the weak people among you."

Outside the room, there were cries shouted each other, sahabah held each other.

Fatimah R.A closed her face with her hands and, again, Ali R.A took his ear close to Rasulullah's s.a.w mouth which became bluish.

"Ummatii, ummatii, ummatii.. - My people, my people, my people."

And the life of the noble man ended.

Could we love each other like him? Allahumma salli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

How deep is Rasulullah's s.a.w love to us...

Saturday, February 20, 2010

Doa Senang Hati~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~


Sebenarnya ayat ni untuk ingatan kita bersama .....ayat ini adalah barisan doa rintihan Baginda Rasulullah Muhammad SAW kekasih Allah...ketika baginda berada di kebun milik Uqbah bin Rabiah selepas dihina dimaki dicaci dilontar batu oleh penduduk Taif....


"Ya Allah kepadaMU aku mengadu kelemahanku ,kurangnya kesanggupanku dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia.Wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Engkaulah pelindung bagi silemah dan Engkaulah jualah pelindungku kepada siapakah diriku hendak Engkau serahkan ?Jika Engkau tidak murka kepadaku maka itu semua tidak ku hiraukan kerana sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku .Aku berlindung pada sinar wajahMU yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akhirat dari murka Mu yang hendak Engkau turunkan kepadaku.Hanya Engkaulah yang berhak menegur dan mempersalahkan diriku hingga Engkau berkenan .Sungguh tiada daya dan kekuatan apapun selain atas perkenanMu-"


Begitulah rintihan baginda kepada Allah....kerna sedihnya akan sikap penduduk Makkah dan Taif ....baginda mengharap sokongan...kehilangan Khadijah yg menyokong baginda dengan penuh kasih sayang berkorban harta diketika baginda dimusuhi amat2 memberi kesan...begitu jua kehilangan pamannya Abi Talib(walaupun riwayatnya Abi Talib meninggal dunia zahirnya tidak mengucap syahadah...hanya Allah yang Maha Mengetahui..


Allah menyambut rintihan itu dengan terjadinya israk dan mikraj...diketemukan baginda dengan para rasul terdahulu bagi memujuk hati betapa dugaan dan ujian yang hebat jua di tempuh oleh para nabi dan rasul terdahulu....


Friday, February 19, 2010

Marathon Muhammad Ahmad Zahid

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

SUBHANALLAH! sangaat teruja saya pada hari ini...menonton rancangan Semanis Kurma di TV9..Berkorban Demi Permata Hati..ALLAH telah murahkan rezeki buat adik Muhammad Ahmad Zahid di usia yang muda untuk pergi menyahut panggilan Allah-mengunjungi Baitullah Al-Haram..

Jadi saya meng'google' mencari info mengenai adik Muhammad Ahmad Zahid yang boleh dikongsi bersama...~..Generasi Al-Quran...

Muhammad bukanlah dilahirkan terus sebagai seorang hafiz Quran. Beliau melalui 'marathon' yang panjang dan menuntut banyak pengorbanan. Ahmad Zahid Zainal Abidin dan Siti Khadijah Fadzil bercerita tentang kelahiran al-hafiz ini.

KEMENANGAN terkini Muhammad apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori bacaan terbaik pada Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12, September lalu.

JIKA selama ini kanak-kanak sering ditegur kerana berbuat bising ketika berada di dalam atau pekarangan masjid, surau, musolla dan mana-mana rumah ibadat, kehadiran adik Muhammad Ahmad Zahid, 13, sebaliknya disambut bagaikan menatang minyak yang penuh.

Bukan saja orang dewasa, sebaliknya kanak-kanak juga tersenyum lebar tatkala melihat kelibatnya dan berdebar-debar saat menunggu beliau berdiri di depan mikrofon. Almaklumlah, suara anak muda berkulit putih gebu ini kini lunak berkumandang di saluran TV9 setiap kali masuk waktu Zohor dan Asar. Muhammad juga dapat ditemui dalam program Mari Bertarannum di saluran yang sama pada setiap Isnin hingga Rabu mulai pukul 6.30 petang.

"Bacaannya amat mempesonakan," begitu lapor sebuah akhbar tempatan di Dubai ketika Muhammad menyertai musabaqah hafazan al-Quran 30 juzuk di Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir pada 20 September 2008. Muhammad menjuarai kategori bacaan terbaik pada acara itu.

Malah, sebelum mewakili Malaysia ke sana, Muhammad merakam 'resume' yang cukup membanggakan apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berumur 10 tahun.

Setahun sebelum itu, Muhammad terlebih dulu menghafaz kitab hadis Matan Al-Arbain himpunan Al-Imam Al-Nawawi, Matan Tuhfatul Atfal dalam bidang tajwid, 60 kaedah fiqh, syarah Matan Al-Ajrumiyah dalam nahu dan beberapa kitab saraf dalam bahasa Arab.

Tidak bersekolah di sekolah kerajaan, Muhammad sebaliknya dihantar mengikuti pengajian di sekolah agama swasta seperti Institut Al-Quran Kuala Lumpur Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Muassasah Darul Furqan Bangsar, Maahad Tahfiz Al-Azhariyyah Shah Alam dan pengajian secara intensif serta individu dengan Allahyarham Syeikh Hussain dari Myanmar di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, penswastaan pendidikan Muhammad tidak menandakan beliau terputus daripada dunia 'normal' masyarakat di sekeliling. Anak sulong daripada lima adik-beradik ini mempelajari ilmu akademik dengan menghadiri kelas tuisyen bersama Kumon. Selain itu, Muhammad juga mahir berenang, memiliki tali pinggang hitam (Dan pertama) dalam taekwon-do, menganggotai kelab ilmu astronomi dan kelab komputer.

Nah, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Muhammad dapat melakukan kesemuanya? Semasa ditemui di rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, Muhammad baru saja pulang daripada sesi rakaman program Mari Bertarannum di Shah Alam.

"Kami keluarga marathon, sentiasa berkejar ke sana ke mari. Memang tidak ada masa lapang. Tetapi kami lakukan kesemuanya bersama-sama," kongsi ibu Muhammad, Dr. Siti Khadijah Fadzil, 41, yang merupakan seorang doktor gigi di Klinik Pergigian Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Bermula dengan solat Subuh berjemaah, jika musim bersekolah, Muhammad dan tiga lagi adiknya, Siti Aminah, 12, Ismail, 8, dan Fatimah, 7, dihantar ke sekolah Darul Hikmah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

"Anak-anak ke sekolah dari 8 pagi hingga 5 petang, jadi sama seperti waktu kerja. Balik ke rumah, kami berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid berdekatan. Kami masuk tidur awal. Paling lewat pukul 10 malam. Muhammad dan adik-adik dihantar berenang, belajar taekwon-do dan menyertai kelab-kelab lain pada hujung minggu," kata bapa Muhammad, Ahmad Zahid Zainal Abidin, 41.


KELUARGA MARATHON. Dari kiri (barisan belakang): Muhammad, 13, Abdullah, 1, Ahmad Zahid, 41, Siti Khadijah, 41 dan Siti Aminah, 12. (Barisan depan): Ismail, 8, dan Fatimah, 7.


Penasihat undang-undang KLCC ini juga berkata Muhammad mengamalkan mengulang hafazan sekurang-kurangnya lima juzuk setiap hari.

"Dalam masa enam hari, Muhammad dapat mengkhatam keseluruhan al-Quran. Maksudnya dalam masa sebulan, dia khatam al-Quran lima kali," tambah Ahmad Zahid.

Muhammad, akui Siti Khadijah, umpama anugerah yang tidak ternilai.

"Muhammad sudah dapat mengaji di depan khalayak dengan tenang semasa berumur enam tahun. Pendek kata setiap kali berada di depan khalayak, dia memang tidak ada masalah gugup, takut dan sebagainya. Sebaliknya, kami (ibu bapa) yang risaukan keadaan dia. Seperti dia memang dilahirkan untuk semua ini ," katanya.

Keupayaan anak sulong daripada lima adik-beradik itu berdepan dengan audien berskala besar dan para juri dengan tenang bukanlah terjadi secara spontan.

"Kami mencari peluang untuk membiasakan Muhammad dengan orang ramai. Kami hantar surat kepada jawatankuasa masjid dan surau, meminta kebenaran agar Muhammad dibolehkan mengaji al-Quran di masjid berkenaan sebelum Solat Jumaat dimulakan. Jadi kami ada strategi, membiasakan Muhammad dengan audien berskala kecil sehinggalah besar. Ia dijadikan sebagai satu bentuk latihan kepadanya," jelas Ahmad Zahid.

Siti Khadijah menambah, keputusan membentuk Muhammad sebegini sebenarnya berpunca daripada memikirkan nasib anak-anak mereka pada masa depan.


KIRI: TIDAK ketinggalan dengan kemajuan dunia ICT, Muhammad dibenarkan melayari Internet, namun dengan pengawasan yang berterusan.


"Dulu, keadaan tidak mencabar seperti sekarang. Anak-anak boleh dibiarkan buat aktiviti apa pun. Mereka juga tidak mempunyai pilihan sebanyak sekarang. Jadi kami fikir kena kuatkan diri mereka dengan agama terlebih dulu sebelum mendedahkan mereka kepada perkara lain," katanya.

Dengan empat orang adik berada di belakang setiap langkah Muhammad, Ahmad Zahid menjelaskan empat lagi anaknya akan dibentuk menggunakan 'acuan' yang sama.

"Memanglah kosnya lebih tinggi kerana semuanya pun swasta. Tetapi niat kami bukanlah hendak melahirkan seorang ikon, yang kemudiannya lebih takut membuat silap di hadapan audien berbanding keikhlasannya sendiri membaca al-Quran," jelas Ahmad Zahid.

sumber: http://www.kosmo.com.my/



Suka dengar pesanan adik2 Muhammad kat rancangan Semanis Kurma tadi..;
Aminah(13tahun)- Hormatilah ibubapa...kalau kita menderhakai ibubapa kita,suatu hari nanti anak-anak kita akan menderhakai kita pula..
Ismail(9tahun)-Jangan tinggalkan solat, spend masa dengan perkara-perkara yang berfaedah..
Fatimah(8tahun)-Jangan lakukan perkara-perkara yang tak elok..

p/s: Sesungguhnya Allah menilai apa yang hamba Dia usahakan dalam menghasilkan benih yang terbaik...inshaALLAH~ Menghafaz Al-Quran merupakan salah satu langkah dalam mengembalikan kegemilangan umat Islam.


Lilypie Angel and Memorial tickers