Saturday, December 4, 2010
DI - P1- SH
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~
*MAAF entry panjang! ;)
Ada something nak share with others.
Mungkin post ini agak lambat dari jangkaan masa yang sepatutnya.
Berkali-kali menulis. Dah separuh jalan, berhenti. Allahu Allah.~moga kali ini, Allah lapangkan dada dan dipermudahkan untuk menulis hingga ke akhirnya!inshaAllah. :)
Last week,
Allah beri kelapangan buat diri untuk join daurah intensif di WAMY dengan adik-adik yang akan fly ke Australia dan New Zealand,next year. Thanks kak syu for the invitation. :)
Actually, daurah ni in 5 days. Jumaat – Rabu (26/11 – 1/12) dan surely kena bermalam kat sana.
Tapi, dapat join hari sbtu and ahad je sebab the next days ada komitmen lain.so,termiss 3hari yang berharga? Redha.
Sebenarnya ada halangan sikit time nak pergi sana. Parents risau bab bermalam-malam ni.
Ye lah zaman sekarang ni, macam-macam perkara yang berlaku.especially, anak dara lagi.newspapers pun selalu keluar berita yang hot2!huk~
Dan bila hati sangatlah ‘meronta-ronta’ nak pergi program tu tapi terhalang dah rasa macam emotional breakdown..Then, cuba pasrahkan segalanya and redha.mungkin takde rezeki nak ke sana.
Pagi Jumaat text kak syu cakap tak jadi join.(karang kalau parents tak redha, ilmu pun susah nak hadam dalam hati kita kan?)
Kak Syu reply dan sebolehnya dia harap sangat diri dapat join program ni,yang ada pembinaan diri.Kak Syu cakap try tanye parents if datang without bermalam okay tak? then,try slow talk with them after subuh sabtu before pergi hari tu.banyak guna psikologi kot. :’).
Alhamdulillah.
Dah usaha pastinya kena tawakal.
pertolongan Allah itu ada kat mana-mana kan? :")
Lastly, parents bagi keizinan untuk pergi.walau nampak macam jauh je KL-Serdang,tapi berusaha spenuh hati untuk yakinkan both.all praise belongs to Allah sebab ada malaikat-Nya yang jaga saya sepanjang perjalanan pergi balik sampai malam tuh.
*teringat kata-kata Kak Aisyah pagi tu before start sharing about Syahadatul Haq.
“Allah izinkan kita kumpul sama-sama kat sini untuk sharing sesuatu yang bermanfaat atas redhaa-Nya juga.
Kerana andai kita mahukan kebaikan dalam diri kita dan kita sentiasa berusaha menginsafi diri daripada melakukan dosa, itu tandanya Allah berkehendakkan kebaikan dalam diri hamba tu. Dan pastinya pertolongan DIA akan tiba..”
Antara perkara yang disentuh semasa daurah tersebut(dalam 2 hari tu) adalah mengenai Syahadatul Haq, Ghazwul Fikr dan Sayonara Jahiliyyah.plus ada share sikit pasal hadis 40.
Syahadatul Haq
Pernah dengar about syahadatul haq?maybe ada yang pernah and ada yang tak kan.direct translation adalah PENYAKSIAN KEBENARAN. Bila dah tahu apa sebenarnya syahadatul haq tu, mesti ada yang rasa ‘terbeban’ kan?kerana muslimnya diri kita bukan sekadar cukup melafazkan kalimah syahadah pada setiap 5 waktu solat fardhu yang kita laksanakan. Mengaku beriman (6 rukun iman + 5 rukun islam) dan sekadar bercakap kosong adalah tidak cukup.
Okay kita lihat point yang dinyatakan oleh Syeikh Abul Al-A’la al-Maududiyy:
“Syahadah Al-Haq”
bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji.
Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Dengan kata lain mereka perlu menjelaskan ke seluruh alam, kebenaran yang bakal memimpin mereka menggunakan jalan yang lurus, cara yang betul dan amalan yang berkekalan.
Jadinya, bila kita sudah bertemu jalan yang benar, sepatutnya kita punya rasa tanggungjawab untuk menyampaikan kalimah hak ini kepada orang lain; orang yang masih belum mendapat sinar-Nya agar kita semua menjadi orang yang beruntung.
Dengan kata lain, kita bukan sekadar menjadi muslim komited yang hanya baik untuk sendiri, nafsiy-nafsiy and rasa macam nak masuk syurga Allah yang indah tu sorang-sorang je. Tidak sama sekali!
Takkanlah kita nak rasa dengan senang hati melangkah masuk syurga dan biarkan je orang lain masuk neraka kan?
*tapi pastinya Allah akan tanya, ‘kenapa kau tak beritahu kebenaran yang kau tahu kat orang lain?’.
dah cukup hujah nak jawab dengan Allah?hurk.sebab if kita tak laksanakan, actually kita dah tempah akibat buruk dan surely rugi dunia akhirat!Astaghfirullah~
Nanti bila kat akhirat kelak,kalau ada orang bukan Islam yang berhujah dengan Allah dan menyatakan bahawa dia memang tak tahu about Islam disebabkan takde orang explain dekat dia,how?
Tup-tup dia tuding jari kat kita dan salahkan diri kita sebab buat tak tahu dan tak berusaha nak explain dekat dia tentang Islam,apa kita nak jawab?Allahu Allah~.na’uzubillah.
*scary bila fikirkan about this.
Tampak sungguh tugas kita sebenarnya sangatlah banyak!
“….Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.”
[Al-BAqarah 2:140]
Maknanya, walau kita mengucap 2 kalimah after each prayers(fardhu), itu tak bermakna kita dah laksanakan Syahadatul Haq kita.kerana ianya hanya sekadar lafaz pada lisan dan tidak dizahirkan pada perbuatan!
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu..”
[Al-Baqarah 2:143]
Dalam ayat ni, Allah state yang umat Islam ni adalah ‘ummatan wasatho’ = ummat pertengahan.
Means.kita umat islam ini adalah merupakan perantara between Rasulullah s.a.w dan manusia keseluruhannya(an-nas) dalam menyampaikan kalimah haq(kalimah Allah) di muka bumi ini.
Ummatan wasatho inilah yang menjadi saksi kepada an-nas tentang kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
Okay,macam ni.
Sebagai insan yang mengaku Muslim dan kita merasai kita punya tanggungjwab yang perlu dilaksanakan, kita adalah saksi kepada manusia yang lain tentang keindahan dan kesempurnaan islam. =)
We have to show and make ‘them’ believe yang islam itu adalah agama yang all about a life full of tranquility, with His blessings.jalan hidup yang membawa kebahagiaan dunia akhirat.
Namun, sesungguhnya ‘beban berat’ syahadatul haq ini hanya mampu dirasai oleh mereka yang melaksanakannya (*dengan amal soleh + akhlak yang mulia).without amalan, ilmu yang ada hanyalah sekadar menjadi ucapan dan tulisan yang kering.herk(!) *gedebush.terpukul. keep improving urself!
Singkapilah ia sebagai sebuah keseronokan, agar dunia menjadi saksi.kelak tiada alasan diberi!
Frankly,saya tak pernah tahu pun in detail what is syahadatul haq before ni.sekadar pernah terbaca kat blog,and time tu macam takde perasaan sangat kot.*astaghfirullah.
Tapi bila dengar sharing with Kak Ai hari tu,dah macam rasa satu bongkah batu yang besar menghempap diri.apapun, sangat bersyukur bila Allah beri peluang buat diri untuk realize makna di sebalik syahadatul haq,tuntutan yang besar ni..
So, siapa nak sahut cabaran SYAHADATUL HAQ ni?
Apapun, kita semua kena berusaha untuk menyahut cabaran ni kerana ia adalah tuntutan buat semua.
Mungkinlah sekarang dikalangan kita masih belum punyai kekuatan nak mengajak (berDAKWAH) dengan mereka yang belum diberi sinar oleh-Nya lagi. Tapi,kita boleh berusaha dengan seikhlasnya untuk memperbaiki diri dan mana tahu ia boleh menjadi asbab orang disekeliling kita dapat merasai tempiasnya. Ini dakwah jugak kan? :)
inshaAllah, next entry saya share about Ghazwul Fikr and Sayonara Jahiliyyah sebab rasa ni macam dah tulis terlalu panjang.huu~
***
mashaAllah. Sangat rindu suasana kat WAMY!
Bila ikatan ukhuwah adalah atas dasar akidah yang sama, kita pasti terasa kelainannya.
Walau baru kali pertama bertemu,namun indahnya sukar digambarkan.
dengan penuh harapan,
moga ada pertemuan yang seterusnya dan dalam keadaan yang lebih baik
dan moga Allah permudahkan langkahan-langkahan saya pada jalan ini.
Mohon doanya dengan sangat-sangat.
Ps; jazakillahu khayr kak fadie,pillow talk about ISK. =')
can’t wait for this coming Tues untuk join DO. =)
ps; click link SH
Saturday, November 20, 2010
.ama zilna.
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~
Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need
In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you
Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are
In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold
In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you
Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are
My heart is Allah’s
My soul is Allah’s
My wealth is Allah’s
~Benammi~
Friday, November 19, 2010
.Nota Jumaat.
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~
Petikan Kitab Riyadus Saliheen
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah ta'ala berfirman: Tidak akan ada balasan bagi hamba-Ku yang mu'min di sisi -Ku, di waktu Aku mengambil-mematikan kekasihnya dari dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapatkan syurga."
(Bukhari)
Dari Aisyah r.ha, bahawasanya ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w perihal penyakit ta'un, lalu baginda memberitahunya bahawa, "Sesungguhnya ta'un itu adalah sebagai siksaan yang dikirimkan oleh Allah ta'ala kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, tetapi juga sebagai kerahmatan yang dijadikan Allah kepada kaum mu'minin. Maka tidak seorang pun hamba-Nya yang tertimpa oleh ta'un, kemudian menetap di negerinya sambil bersabar dan mengharapkan keredhaan Allah serta mengetahui pula bahawa ta'un itu tidak akan mengenainya kecuali kerana telah ditetapkan Allah untuknya, kecuali ia akan memperoleh seperti pahala orang yang mati syahid."
(Bukhari)
Dari Anas r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah ta'ala berfirman: Jikalau Aku memberi cubaan kpd hambaKu dgn melenyapkan kedua matanya (menjadi buta), kemudian ia bersabar, maka untuknya akan Ku beri ganti syurga kerana kehilangan keduanya yakni kedua matanya itu."
(Bukhari)
"Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[Al-Baqarah 2:286]
MashaAllah, baca petikan dari kitab Riyadus Saliheen ni membuatkan hati berbunga-bunga + air mata bergenang-genang. :”)
Dan paling penting jangan sesekali biarkan diri mempersoalkan takdir yang Allah telah tentukan buat diri kita. Fahamilah makna SABAR yang sebenarnya. Muhasabah diri selalu, moga di situ bertemu dengan kekuatan yang dicari agar meresap ke seluruh denyut nadi.
Alhamdulillah, hari ni dah masuk 13 Zulhijjah 1431H.
Dan ini juga bermakna 1431H bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.
*macam-macam perkara tengah fikir sekarang ni.hukk~moga Allah permudahkan segalanya.aameen.
Eid Mubarak,everyone!
Moga dapat diteladani wanita solehah di sebalik 2 rijal; Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam kisah pengorbanan yang kita hayati,iaitu Siti Hajar.
Kumpulkan sepenuhnya ketabahan Hajar r.a dalam segenap ruang hatimu,wahai diri! :')
Jom, bersama-sama membaharui janji dengan Allah untuk terus istiqamah di jalan-Nya, melaksanakan titah perintah-Nya, mengembangkan agama-Nya dan mempertahankan serta mendaulatkan syariat-Nya.
inshaAllah.usaha2 untuk jadi orang yang HEBAT. :")
*ikhlaskan hati dan diri untuk semua orang!
Aku tinggalkan video ini dalam menghayati erti sebuah PENGORBANAN.
Pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan, dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk mencapai matlamat..TIDAK ADA PERJUANGAN DI DUNIA INI, KECUALI HARUS DISERTAI DENGAN PENGORBANAN. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempit pengorbanan, karena sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah..
(petikan Risalah ta'alim, Imam as-Syahid Hassan al-Banna)
Ps; menulis à bertindak! dan aku semakin belajar sesuatu dari kehidupan ini. tak layak berkata letih, penat etc.*dush
dan aku makin rindu 'jalan' itu.so, sila baiki hati dan diri.
Sunday, November 14, 2010
.conteng.
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~
Time hujan, sejuk-sejuk macam ni hati rasa syahdu.
Tiba-tiba, saya rasa macam nak beritahu dia yang saya selalu doakan dia. Pernah sampai satu ketika, air mata saya rasa meleleh bila teringat kat dia dalam doa saya. Subhanallah. Indahnya tautan ukhuwah kerana Allah ini. :”)
Tapi, much more better saya tak bagitahu dia, sebab inshaAllah doa lebih makbul. Rasa macam tengah senyum dan sengih mahu tergelak bila tulis post ni. Sebab, tulis ‘rahsia hati’ kat sini.*hehe. Anyway, takpe lah. Saya simpan doa saya ni sorang-sorang. Rahsia hati saya. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu. Cepat atau lambat,moga dikabulkan Allah swt doa saya buat dia. Aameen. :”)

Dan buat mereka yang dipilih menjadi tetamu Allah swt tahun ini, moga pulang dengan memiliki haji yang mabrur. Tonton rancangan ‘Lambaian Ka’abah’ dah buat air mata bergenang. Bilakah peluang akan tiba untuk diri sendiri? Untuk Allah izinkan jadi tetamu DIA suatu ketika nanti. Allahu Allah.
“Aku datang, Ya Allah memenuhi panggilan-Mu, Aku datang Ya Allah, Aku datang.
Tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang. Sesungguhnya segala puji dan kesenangan hanyalah untuk-Mu dan kekuasaan-Mu.
Tiada sekutu bagi-Mu.”
Melihat gambar Ka’bah terasa rindu untuk menjejakkan kaki di situ. :"/
Semoga Allah beri kelapangan dan kemampuan buat diri untuk sampai ke sana suatu ketika nanti.Ameen. ♥
Semoga Allah beri kelapangan dan kemampuan buat diri untuk sampai ke sana suatu ketika nanti.Ameen. ♥
Ps; Ada chance 2 hari lagi before ‘Eid Adha. Please, jom hidupkan bersama-sama 10 hari awal dalam Dzulhijjah ini kerana ia adalah hari-hari paling afdhal di dunia. Boleh baca SINI untuk extra info. Dan maybe kita takde peluang lagi nak berjumpa di tahun akan datang?
Saturday, November 13, 2010
.laut.
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~
"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "
[Ar-Rahmaan:19-21]
mashaAllah,saya terlalu rindukan laut, bagaikan terngiang-ngiang bunyi ombak membelah pantai. Rasa nak hirup puas-puas udara kat situ. kerana teramat sukakan pantai, sampai Kak A pernah cakap, “nanti adik buatlah rumah kat tepi pantai ye.” ;)
Ada sumber ketenangan di situ tatkala mentadabbur alam ciptaan Allah swt Yang Maha Esa ini. Subhanallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

