Sunday, November 27, 2011

.kembara hamba mencari cinta-Nya.

Bismillah.

‘Apa azam tahun baru awak ye?’

Antara kiriman SMS yang diterima oleh dirinya semalam dan hari ini. :)
Hanya mampu tersenyum kerana bagi dirinya setiap hari adalah ‘tahun baru’ yang mana azamnya perlu diperbaharui setiap waktu!
Alhamdulillah ‘ala kullihal.
Allah masih sayangkan dirinya. Masih mengizinkan dirinya untuk terus melangkah, menghela nafas di bumi-Nya yang cukup luas ini.
Sudahkah dirinya menjadi manusia yang benar-benar bersyukur di atas segala kenikmatan yang diberi?
Allahu Allah.~
Refleksi  iman dan hati.

Pagi tadi before nak selak-selak buku untuk study, sempat dengar talk by Pakcik Tawfique.
Subhanallah. Best jiddan! Tak percaya? Dengarlah. :’)
Very nice and great lecturer.

"What have you done today to love Allah?"


Bersyukurlah. Bersyukurlah.

Hakikatnya,
Manusia hanya mampu menghitung tahun yang telah ditinggalkannya.
Namun tak mampu untuk menghitung baki tahun yang masih ada.
Semoga baki yang masih ada menjadi lebih baik dari yang ditinggalkan. 
InshaAllah.
Ameen allahumma ameen.

1433 Hijrah. 
Bukan sekadar pada angka yang berubah dan bertambah. 
Namun sejauh mana telah dibawa pergi pada waktu yang telah berlalu.
Muhasabah diri,jom!



.heartcanvas53_vita.
1 Muharram 1433H

Wednesday, October 19, 2011

.mari bekerja!.

Bismillah.


Medan amal itu sesungguhnya jauh lebih payah dari medan bicara.

Bercakaplah berdas-das, namun andai amal adalah zero, fikir-fikirkanlah.
Dan kerana amanah yang tergalas dibahu itu adalah sangat besar!
Maka, runtunkanlah hati dan jiwamu untuk bekerja dan bertindak dengan lebih matang demi redha dari-Nya.

*Moga Allah ampunkan segala ketelanjuran diri kita di atas kelemahan kita sebagai seorang hamba.



.heartcanvas53.
02:18AM
21 Zulkaedah 1432H

Saturday, October 1, 2011

.purpose to live.

Bismillah.


Terasa berbeza bila dah masuk ‘new sem’.  Dah terasa matang berada di sini,inshaAllah.
Kalau dulu, bila orang tanya, ‘kenapa jauh sangat tukar.360° tuh.’
Saya akui. Tak mudah. Sangat sukar. Banyak sangat perkara baru yang saya kena belajar. Esp untuk subject accounting yang langsung sebelum ni nak katanya ‘tiada dalam kamus hidup’.uhu.  
Dan jawapan saya paling ringkas dan padat (selepas ditarbiyah,inshaAllah), ‘Allah sudah mentakdirkan diri saya di sini.Siapalah saya untuk menidakkan ketetapannya.’ Yang mengetahui hakikat disebaliknya, jazakumullah atas kata-kata perangsang dan semangat.
Qada’ dan qadar Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya, bukan? Sebaik-baik perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah buat hamba-Nya. Subhanallah! Dan kerana itu juga saya teramat bersyukur,kerana itu antara pemula turning point saya dalam kehidupan. Mendidik dan melatih diri menjadi insan yang amat kuat dalam menghadapi ujian kehidupan. Belajar memaknai kehidupan ini bertuhankan Allah.

Islam gave me a purpose to live!

Bukan sekadar menjadi abid (mengabdikan diri kepada Allah,dengan beribadah kepada-Nya), namun menjadi khalifah, yakni memimpin diri dan juga yang berada disekitar dirimu.
Saat saya merasakan ketidakmampuan diri, hakikatnya Allah lebih mengetahui keadaan diri hamba-Nya.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Sekurang-kurangnya kejayaan mendapat pointer yang amat baik untuk semester lepas, walau tidak secemerlang mana, telah membuka minda dan hati saya. Terasa amat bersyukur. Allah memujuk hati dan diri saya dengan ayat-ayat-Nya yang indah, yang nak katanya agak sukar menerima kenyataan pada mulanya. Sesungguhnya, kekuatan kita hanya daripada Allah!

Meletakkan kebergantungan hidup sepenuhnya kepada Allah, (dan masih belajar dan terus belajar) adalah perkara terindah yang saya belajar dalam kehidupan ini. Tarbiyyah daripada Allah dan kerana Allah, mendidik hati ini untuk berusaha menjadi hamba yang sebenar-benar hamba. Bagaimana saya mampu menidakkan perkara yang satu ini.

"…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali Imran: 8)

3 minggu.
Re-charge kembali semangat study setelah bercuti ‘summer’ yang panjang; 4 bulan! Hee.
Dan my current study soundtrack, Irfan Makki’s new album. Nak katanya, semua best! (saya kata best sebab lirik yang menyentuh hati.)

Just nak share antara lirik yang best.

I’m So Sorry
If my time would end today would I be ready to go?
And leave all the things I’ve worked so hard for
And all my friends and everyone I’ve known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality

I’m so sorry, if only I had just one last chance
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past, oh
I lived my life in the fast lane, I only lived for today
And never, never really thought about anyone else
It was all about me, myself and I
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality, oh

And now, now that it’s over
I wonder if anyone will remember me
If I had the chance to turn back the hands of time
There are so many things that I would change
I’d live my life, every single breath… for You

I’m so sorry, so sorry
Please forgive me


Okay, assignments sudah tersusun minta disiapkan.
Selamat bermujahadah, hati dan diri!

Allah akan uji hamba-hambaNya, selayaknya. please have faith,mydearself.

.heartcanvas53.
3 Zulkaedah 1432H

Thursday, September 29, 2011

.sabar yang indah.

Bismillah.

Lama tak menulis.sebulan.mencari mood.(mungkin?)
Ketuk jari tangan. Sebab terasa idea menulis seolah-olah ‘lumpuh’.uh.
Dan.
Sudah 3 minggu di sini, semester baru sudah bermula. keadaan class masih tidak stabil. Jadual sentiasa di’updates’ yang baru. Terkejar-kejar ke sana ke mari. Namun, assignments sudah mula tersenyum-senyum untuk disiapkan.
Dan sesungguhnya, terasa tahap kesabaran dan keimanan dihati benar-benar teruji tatkala berlaku beberapa kejadian tak diingini di rumah baru.Allahu Allah. mengucap panjang rasanya. Menyedari betapa lemahnya diri kerana ujian itu hanyalah sekecil cuma.
Namun, masih berusaha tersenyum dan mengucapkan syukur tatkala bangun dinihari. Allah masih memanjangkan usia untuk bangkit dan mengabdikan diri kepada-Nya dan keadaan di sekeliling masih dalam lindungan-Nya walau terkadang terasa betapa tidak lenanya diri saat mata menutup kelopaknya kerana memfokuskan akan keadaan rumah yang insecure. Tidak putus-putus berdoa memohon pada-Nya agar keselamatan seisi ahli rumah sentiasa dalam lindungan-Nya dan semoga kejadian sebelum itu tidak berulang kembali.ameen.

Allah akan menguji orang mukmin sehingga dia bjalan d atas muka bumi tanpa secalit dosa,sumtimes this is exaggerating but I know and always want to believe nobodys concern more than Him
*jzkk eru! :’)

Hakikatnya. Ada perkara yang lebih besar sedang bermain-main di dalam fikiran dan hatinya.
Itu yang lebih merungsingkan bagi dirinya.
Oh Allah, I’m waiting for the call…
Namun,saat rasa dihati dijawab oleh Allah melalui bicara-bicara para muwajiih seminggu yang lalu, dia cuba mengukir senyuman terindah di dalam hatinya. Hadapi realiti kehidupan ini dengan redha.
Walau terkadang dia terasa seolah-olah hilang rasa PERCAYA itu! Astaghfirullah.
Kerana CINTA itu takkan hadir sebelum PERCAYA.
Percayalah duhai hati!

'Don't follow your heart, follow the way of Allah, so that Allah may purify your heart'
           
Dan sehingga saat ini, dia mengharapkan akan dikurniakan terus menerus rasa fasobrun jameel itu.
Bertabahlah dan yakin bahawa perancangan Allah itu yang terbaik.
*Nanti boleh nikmati pelangi indah itu,bersama-sama mereka! :’)

Bersabarlah kerana Allah.



.heartcanvas53.
1 Zulkaedah 1432H

Tuesday, August 23, 2011

.selagi ada masa.

Bismillah.

Menjadilah hamba yang sentiasa bersyukur terutamanya tatkala Allah masih memanjangkan hayat kita hingga ke saat ini.
7hari yang terakhir.
Masa yang berbaki moga mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya agar tidak menjadi orang yang rugi teramat sangat.

‘If any Muslim comes out of Ramadhan without gaining forgiveness and goodness, he is a real loser!’

Astaghfirullah. Naudzubillahi min zhalik.
Moga kita yang masih bernafas sehingga kini, akan terus memanfaatkan baki-baki terakhir Ramadhan yang semakin bergerak pergi meninggalkan kita.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
“..Ya Tuhan kami, terimalah amal dari kami.
Sungguh Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”
[2:127]


**Amat berharap dapat meluahkan tentang itu sebelum terlewat.
kerana mungkin ini adalah peluang terakhir yang tiada di lain kali.
dan kerana Allah jua.

Bersihkan hati-hati kami dari segala dosa ya Allah.



.heartcanvas53.
23 Ramadhan 1432H
Lilypie Angel and Memorial tickers