Berkorban untuk saudara. itulah ithar..ertinya mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan kita…bahkan, kita akan melebihkan diri orang lain lebih daripada diri kita sendiri. tapi macam mana? ukhuwah islamiah itulah jawapannya.~ al muslim akhul muslim..
Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohon nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.
Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang. “Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?” tanya daun hijau. “Aku hampir tidak mendapatkan dedaun untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?” kata ulat kecil.
Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat yang lapar. Tidak lama berselang ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Moral
Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama kita memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau. Tuhan akan memberkati dan memelihara kita.
Bagi 'daun hijau', berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang dilakukannya. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai 'daun hijau'. Suatu hari nanti, ia akan kering dan luruh jua.
Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian, kita akan meninggal dunia. Oleh itu, isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik. Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda.
2 heart (s):
Salam tuan rumah,
Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya:”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”
waalaikumussalam mak bonda~
shukran atas perkongsian hadis.. :)
Tatkala kita memberikan barang yang paling kita sayangi pun, Allah s.w.t. akan balasinya juga dengan barang yang orang paling sayangi kepada kita. wallahua'lam~
Post a Comment