Salam Alaykk~
Semalam, selepas solat Isyak, saya menapak berjalan ke pasaraya berhampiran untuk membeli sedikit barang keperluan. Tatkala sedang memilih barang-barang yang diperlukan, tiba-tiba saya terdengar perbualan di antara seorang ibu dengan anak lelakinya. Saya anggarkan budak lelaki itu di dalam lingkungan 11-12 tahun.
“Fiq, dah solat isyak ke belum? Ibu tak nampak pun Fiq pergi surau tadi?”
“Dah,bu. Fiq tak turun tadi sebab dah lewat. Sakit perut. Fiq solat kat bilik je.”
“Bagus anak ibu ni. Alhamdulillah. Fiq tau kan. tak elok lewat-lewatkan solat ni. Allah marah.”
“erm..tapi kadang-kadang Fiq nampak bu ada gak lewat time solat isyak.”
Uhu, time tu saya cakap dalam hati..”Oh,budak ni. Pandai menjawab pulak dia.” ;)
“Eh, ibu solat lewat sekali dengan tahajjud..kul 3-4 pagi, ibu bangunlah..ibu solat time tu, senang sekaligus terus. Lagipun, bukan selalu ibu buat macam tu.”
Gulp. Saya telan air liur sambil menanti apa yang si adik kecil,Fiq tu akan jawab (dan berpura-pura memilih barang)
“Tapi bu, dibuatnya kita tak sempat nak jumpa waktu tahajud tu cam mane?maksud Fiq, Allah panggil malaikat maut amik nyawa ibu time tu?tak sempat solat isyak, tak jumpe tahajjud. Fiq tak doakan bu meninggal cepat. Cuma nak tanye je. ”
Subhanallah..saya pandang sekali imbas muka si Fiq tu. (Pandang lama-lama karang terperasan pulak diorang). Terkedu saya. Kecil-kecil lagi dah berfikir sebegitu. Matang.
“Alah, kita niat baikkan. Nak bangun tahajjudkan..mesti bangun punya.”
“Tapi bu, kalau tak sempat. Nanti bu nak jawab apa kat Allah nanti?”
“Jawab je lah tak sempat. “
“Ibu..apa ni?Fiq sayang kat ibu tau sebab ustazah cakap seksa orang lewatkan solat ni sakit sangat.”
Terkejut saya dengan jawapan ibu Fiq itu. Mudah benar jawapannya. “Jawab je lah tak sempat.” Apakah? Tanpa menunggu lama, saya pun terus mengangkat kaki, melangkah meninggalkan mereka berdua dan terus mengambil 1-2 lagi barang yang diperlukan sambil menuju ke kaunter pembayaran. Hari sudah semakin lewat, hamper melewati jam 10.
Di pasaraya itu, membuatkan saya berfikir sesuatu. Adakah semudah itu untuk kita menjawab segala pertanyaan yang bakal disoal kelak; di alam nan satu itu? Alam yang kekal abadi. Allahu rabbi. Saya tiada hak untuk menilai dirinya. Niat untuk mengerjakan solat tahajjud itu bagus, Alhamdulillah. Cuma jawapan yang terakhir itu membuatkan saya terkesima dan dia menasihati anaknya untuk solat di awal waktu, sedangkan dirinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[As-Saff 61:2]
Saya tiada kekuatan untuk berkata sesuatu kepada makcik itu. Sungguh,tidak berdaya. Selemah-lemahnya, saya hanya mampu berdoa moga hatinya disinari hidayah dari Allah. Ameen.
Ps; Peringatan yang cukup bermakna buat diri. Dibulan Sya'ban ini, mari kita bersama-sama perkemaskan diri, pertingkatkan amal . Dan memohon keampunan sebanyaknya dari Allah kerana kita hamba fakir. Moga-moga kita termasuk dalam golongan hamba yang mendapat anugerah keampunan, kerahmatan dan syurga yang berkekalan. “Allahumma ballighna Ramadhan. Ameen!”
1 heart (s):
salam hajar.
yes,selemah-lemahnya adalah kita doakan untuk aunty tu kan..nak interrupt takut-takut disalah ertikan pula ye.
anyway,jadikan apa yang kita lihat dan dengar sebagai pengajaran yang terbaik buat diri sendiri..
Post a Comment