Salam Alaykk~
Semoga berada dalam keampunan Allah swt.
Sedikit perkongsian untuk manfaat diri kita semua.
Senario 1:~ Ghairah membeli buku fikrah
Dahulu semasa tahun 80an, kami ghairah membeli buku-buku fikrah walaupun harganya mahal, menggunakan elaun yg kecil pada masa itu untuk membeli buku-buku fikrah. Ada sahabat yang baru dapat fikrah mengatakan rasa hatinya pada masa itu,
`Ana nak allocate dlm 20% elaun ana utk beli buku2 fikrah. Dulu ana jahil. beli walkman, kasut baru dan baju berjenama.'
Senario 2:~ Ghairah merakam penyampaian
Dahulunya juga pada akhir 80an dan 90an kami ghairah merakam bahan2 penyampaian. Jika tidak rakam pun, kami tekun menyalin penyampaian word by word. Kami rakam guna kaset, walaupun harganya mahal. Then kita salin semula dalam bentuk kertas kerja. Dengan itu ilmu dan bahan berharga itu dapat diwarisi oleh generasi kemudian seperti yang ada pada hari ini. Zaman ini lebih mudah kerana adanya teknologi rakaman yang canggih seperti mp3.
Senario 3:~ Bahan bacaan yg muktabar.
Dulu kita cukup menjaga keaslian fikrah. Kita tidak membaca buku sembarangan. Ada sahabat pada peringkat awal tarbiyah langsung tidak membaca surat khabar selama dua tahun utk elak dari kecelaruan fikrah. Kita tidak boleh biarkan surat khabar yang membentuk fikrah kita. Hari ini pula kita terdedah kepada macam-macam bahan. Kita juga perlu pastikan bahan yang kita baca hanya yang dikarang oleh ulamak yang mu'tabar. Bahan hari ini banyak, namun kita tidak dapatnya dalam bentuk talaqqi daripada murabbi. Justeru itu bahan yang kita baca itu `dry'.
Ketiga-tiga senario di atas merupakan perkara yang perlu generasi baru perlu hidupkan agar fikrah kita sentiasa terjaga keasliannya. Semoga semangat menambahkan ilmu tidak hilang pada generasi baru kita.
Berikut dikongsi bersama pesanan Prof. Dr. Abd. Karim Zaidan mengenai amalan dan bahan-bahan bacaan yang perlu dibaca, dikaji dan diteliti kita semua pada masa kini:
- Iman yang mendalam dalam hati, hubungan yang kuat dengan Allah melalui zikir yang berterusan, tilawah al Qur'an, solat malam, dan puasa sunat seperti tiga hari sebulan.
- Pengkajian Tafsir seperli Tafsir Ibnu Katsir atau ringkasannya (mukhtasar), Fi Zilaal oleh Sayyid Qutb.
- Pengkajian hadith seperti hadith 40 an-Nawawiyyah.
- Pengkajian fiqih seperti Fiqh as Sunnah oleh Sayyid Sabiq kerana seorang muslim hendaklah mengetahui deen Islam dan perundangannya. Supaya dengan itu, apabila individu itu memperkatakan sesuatu tentang Islam, perkataannya tidak lari dari ilmu Islam.
- Pengkajian sirah seperti Sirah an Nabawiyyah oleh Abul Hassan an Nadawiyy dan Imtaa'a al Asma' Sirah al Makriziyy dalam bahasa Arab.
- Pengkajian rasail oleh Imam al Banna seperti Mu'tamar Khomis(ke Lima), Risalah at Ta'alim, Usul 'Isyrin, dsb.
- Pengkajian beberapa buku dari al Maududi seperti Mabaadi' Islam (Asas-asas Islam), Syihaadatul Haqq (Penyaksian ke atas Kebenaran) dsb.
- Pengkajian buku oleh an Nadawiyy seperti Madza Khasaril 'Alam bi Inhitotil Muslimin (Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Muslimin).
- Pengkajian buku oleh Sayyid Qutb seperti Mustaqbal Lihadza ad Deen (Masa Depan Islam), dsb.
Jadikan slogan kita dalam hal ini seperti dalam sebuah hadith:
"Manistawaa yaumahu fahuwa maghbun"
"Sesiapa yang dua harinya bersamaan (umpamanya tiada peningkatan di antara hari ini dan semalam), maka dia termasuk dalam golongan yang rugi."
1 heart (s):
Assalamualaikum..
Shukran hajar,cari anda share this very good article!..may Allah reward u with Jannah..
Take care!
-KM-
Post a Comment