Bismillah.
Saya
perasan macam dah lama sangat tak update blog.
Twitter
pun kadang-kadang. Even facebook pun baru ‘teraktif’ sedikit kebelakangan ni.
:D
Nak
kata busy, tidaklah sangat. Ada lagi hamba Allah yang ‘super busy’,tapi setiap
kali saya online nampak je update dari dia. :) Terkadang rasa risau seandainya
masa yang Allah bagi 24 jam sehari tak berkat. Allahu Allah~ moga Allah beri
kekuatan untuk saya ‘fully utilize’ my each seconds. :’)
Minggu
ni saya cuti seminggu. Jadinya pulang ke kampung halaman. *KL kampung ke? :D – midterm break. :D
Alhamdulillah.
Sebelum balik sempat berjaulah bersama akhawats yang disayangi kerana Allah. Kami
bertiga travel dari timur ke selatan
yang mengambil masa 14 jam,hanya di jalanan! Walau mungkin kepenatan, tapi
nikmat berjaulah tu tersangatlah tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Bahagia
dan teramat bahagia. :’) betapa nikmat Allah itu terlalu banyak,tak mampu
dihitung. Fa bi ayyi ala irabbikuma
tukazziban.
Cuma
yang mampu diungkap rasa kesyukuran yang tak terhitung buat DIA. Subhanallahi wa
bi hamdihi.
Sekitar
jaulah IMAN kami;
20
April 2012
Bermula
perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bahru. Bergerak lebih kurang jam 9.15 pagi
dan sampai di Larkin dalam jam 10 malam. :D matlamat utama kami ke Johor adalah untuk
menghadiri walimah akhawat, Kak Huda yang disayangi Allah bersama zaujnya.
Alhamdulillah,
sampai di Larkin, Kak Nabiha menjemput kami sebelum dinner dalam jam 10.30
malam.hee~ Jazakillahu khayr Kak Bie. Rasa terharu amat even baru first time
jumpa, tapi kemesraan dan kelembutan dirinya yang amat terkesan pada diri saya
serta pada ukhti yang berdua itu. She is a friend of Kak Huda, akhawat Johor. Dan
disebabkan dia tak mampu menemani kami atas urusan peribadi, diizinkan buat kami
menggunakan keretanya sepanjang hari kami berada di Johor untuk memudahkan
pergerakan kami ke sana kemari. May Allah bless her always! :’) Ameen ya Rabb!
Kerinduan
saya pada alam kembali menyapa saat ini.
Betapa
permusafiran saya yang jauh itu membuatkan hati saya teramat rindu. Jiwa seakan
terhibur melihat alam yang begitu sabar mentaati Khaliqnya; sampai bila-bila. :’)
melihat dan mentadabbur alam dalam-dalam membuatkan hati bahagia. Subhanallah! Padang
rumput yang segar dan menghijau. Rasa macam nak baring di atas rumput sambil
menikmati keindahan langit biru apatah langit lazuardi saat matahari mula
membenamkan wajahnya. Melemparkan pandangan ke laut biru sepanjang perjalanan
juga buat hati terasa tenang. Sempat juga ternampak sekawan biri-biri yang berjalan
terkedek-kedek di tepi jalan raya. Comelnya! Burung-burung yang berterbangan,
melebarkan sayap ketaatan di dada langit dan terus bertasbih meratib cintanya
pada Yang Maha Esa.
Dan
saya amat yakin kerana ketaatan alam pada Allah ta’ala,berzikir dan bertasbih
yang tidak henti-henti telah member kesan pada hati dan diri saya untuk berasa tenang.
Dan ini juga membuatkan diri berasa malu.
adakah lidah saya tak pernah jemu
berzikir,bertasbih pada-Nya seperti alam? T_T
Subhanallah! Cantikkan?
"Sesungguhnya dalam
penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang
berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah
matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan
pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh
terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang
berakal".
[Al-Baqarah: 164]
Semoga
musafir kami dalam redha dan barakah-Nya. Semoga doa-doa yang dipanjatkan
kepada-Nya di aminkan oleh para malaikat dan diperkenankan oleh Allah jua.
inshaAllah. :’)
Berjalan, melihat alam. :’)
Antara goodies walimah Kak Huda & zauj - dari
Vietnam
Roses are from Vietnam,too!
Dan
setelah merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah ta’ala.
Alhamdulillah
‘ala nikmat.
Allah
sampaikan rasa rindu saya yang tersimpan 2 tahun lamanya. Allah temukan kembali
saya dengan seseorang yang saya cintai dirinya semata-mata kerana Allah swt. Dia
yang menjadi asbab, dengan izin Allah untuk saya jatuh cinta pada tarbiyyah
ini. Jazakillahu khayr katseera, Amirah! Dan saya yakin tiada alasan untuk
menyatakan jarak yang jauh adalah penghalang untuk saya hidup dan bernafas pada
jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Kejauhan itu yang mendekatkan, pada hakikatnya.
Moga Allah terus menguatkan langkahan saya dan juga dia pada jalan ini. Tetap dan
terus tsabat sehingga jasad dikambus tanah. Ameen ya Rabb,inshaAllah!
Dan
buat dirimu yang dicintai Allah, didoakan semoga Allah terus memberi kekuatan buatmu
dalam perjalanan yang panjang dan jauh ini. Kerana diriku yang sekarang ini adalah
antara kekuatan yang pernah ku hirup dari dirimu. InshaAllah, senantiasa ada
doa yang terindah buatmu. :’)
Kullu ma qaddara Allah khair ♥
'The best love story for a muslim is finding another muslim
who makes their
imaan rises,
who makes them want
to gain knowledge
and become more
pious.
What is more
blessed than that?'
Ps; oooh—assignment,presentation,tests
after midterm. Berusaha dengan kuat! ^_^
Alangkah ruginya diriku apabila
cutiku telah berakhir imanku tidak bertambah. -_-
2 heart (s):
kak hajaaaar! ^^
Alhamdulillah.
I like this quote:
'The best love story for a muslim is finding another muslim
who makes their imaan rises,
who makes them want to gain knowledge
and become more pious.
What is more blessed than that?'
and now i 'found and have' him:)
Post a Comment