Saturday, August 21, 2010

detik hitam, setelah 41 tahun...21 Ogos 1969


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Tanggal 21hb Ogos..
adakah ia mengingatkan anda tentang sebuah peristiwa yang amat penting terutamanya untuk umat Islam?
Sesungguhnya, 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Genap 41 tahun yang lalu, (21 Ogos 1969), tarikh ini mencatat sejarah hitam bagi umat Islam di mana  seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Perbuatannya ini tidak dilakukan secara bersendirian. Dia telah yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis yang mahu melihat Masjid al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.

Dalam peristiwa tersebut, sebahagian besar masjid yang berkah itu mengalami kemusnahan termasuklah peralatan dalaman, dindingnya, Mimbar Salahuddin al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar bin al-Khattab, dan sebahagian serambi. Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Kesucian Masjid al-Aqsa sudah jelas melalui surah al-Israk, ayat 1.
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ianya juga ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis yang sahih: 
“Janganlah mempersiapkan diri untuk bermusafir melainkan ke tiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjid Rasul dan Masjid al-aqsa.”

Michael Rohan ketika ditangkap telah berkata secara berterus-terang bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama sebagaimana yang disebut dalam kitab Torah di sisi mereka. Dia juga mengaku telah berjaya dalam misinya yang menurutnya adalah merupakan perintah dari tuhan.

Demikianlah, sekiranya ektremis Yahudi ini meyakini kerja-kerja jenayah itu adalah perintah tuhannya. Maka, adakah umat Islam tidak menganggap tanggungjawab mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa adalah satu tuntutan agama dan tanda seseorang hamba itu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat?






0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers