Monday, August 23, 2010
When we still have a time...
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
An-Naba’(1-17)
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ
1. Tentang apakah mereka saling bertanya?
عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ
2. Tentang berita yang besar (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasan).
الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ
3. Yang dalam hal itu mereka berselisih.
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
4. Tidak, mereka akan segera mengetahui.
ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
5. Sekali-kali tidak, mereka akan segera mengetahui!
أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا
6. Bukankah Kami jadikan bumi suatu hamparan yang luas.
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا
7. Dan gunung-gunung sebagai pasak?
وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا
8. Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan.
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
9. Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat,
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا
10. Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian penutup,
وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا
11. Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan,
وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا
12. Dan Kami membangun di atas kamu tujuh buah yang kukuh,
وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا
13. Dan Kami jadikan lampu yang menyala terik,
وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا
14. Dan Kami turunkan dari awan air yang melimpah,
لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا
15. Supaya Kami tumbuhkan dengan air itu bijian-bijian dan tumbuh-tumbuhan,
وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا
16. Dan kebun-kebun yang lebat.
إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا
17. Sesungguhnya Hari Keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan.
Terkadang kita terlalu melihat kepada benda atau perkara yang besar jauh dihadapan diri kita sendiri tetapi kita seakan tidak nampak atau terlupa kepada perkara kecil yang hanya berada di depan mata sahaja. Kenapa? sebab mungkin kerana perkara kecil itu terlampau kecil untuk dilihat mata kasar atau mungkin kita terlampau mengambil ringan dan menganggap ianya hanya sekadar perkara yang remeh sahaja,bukan? Tapi, bukankah sedikit-sedikit lama-lama akan jadi bukit? Masalah kecil yang dilihat jika tidak diselesaikan mengikut kemampuan maka akan berkembang menjadi semakin besar sehingga kita tidak mampu lagi untuk menyelesaikannya..dan seperti melakukan dosa-dosa kecil yang akhirnya bila selalu sangat dilakukan boleh bertimbun dan menjadi dosa besar! Astaghfirullah~
Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Dan surah di atas sebagai umpamanya. Ayat yang pendek-pendek dan agak ’straight to the point’. Bermula dengan persoalan dari musuh Islam yang bertanyakan tentang hari akhirat. Kemudian dijawab Allah dengan membawa kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya. Ayat ke-17 memberi jaminan bahawa Hari Akhirat itu pasti dan tiada keraguan padanya.
Maka, selagi ada masa, di bulan Ramadhan yang mulia ini, dah masuk 13 Ramadhan kan?; means dah masuk Fasa ke-2 Ramadhan (fasa pengampunan @ maghfirah-Nya), marilah kita sama-sama memaksimumkan amal sebanyak yang mungkin, yang mampu dilakukan supaya nanti kita tidak kecewa dikemudian hari. Bermula dengan melihat kelemahan diri dan cuba untuk memperbaikinya dari hari ke hari...inshaAllah..*should be dah abis 12 juzu' al-Quraan kan?if target kita nak khatam the entire Qur'an for this month of Ramadhan..
.berusaha! :)
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 heart (s):
Post a Comment