Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

.kunci hati.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Tengok-tengok kalendar, hari ni  dah masuk 3 Sya’ban. Maknanya, tak sampai sebulan je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Dan hakikatnya, saya semakin belajar rindu akan Ramadhan. Hanya Allah yang tahu perasaan ini.

Saya teringat akan cerita seorang ukhti ini yang buat saya rasa ‘jealous’,huhu. Time dia kecik-kecik dulu (and until now) selalu nak lumba dengan adik dia, siapa yang dapat habiskan tadarus 30 juzu’ Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Dan dia cakap, normally dia selalu ‘kalah’ sebab adik dia biasanya dapat khatam 2 kali. mashaAllah! Terharu saya dengar cerita dia. Nak katanya kat sini, bukan berlumba-lumba without feeling anything pun time tadarus nak khatam satu Al-Qur’an tu. Dan bukan semata-mata nak tengok siapa yang lebih ‘teror’. Tetapi, betapa obsess-nya mereka pada Al-Quran. Sebab bila dah besar sedikit, semakin berusaha untuk menghayati tiap bait ayat-ayat cinta-Nya itu. Ya Allah, betapa rindunya mereka untuk berlumba-lumba menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan. :’)

Saya dapat merasakan bahawa obsess itu bukan sahaja tatkala Ramadhan menjelma, tetapi for the whole year! Sepanjang hayat mahu hidup di bawah bayangan Al-Qur’an. Allah, indahnya nikmat bila hidup di bawah bayangan Al-Qur’an kerana seolah-olah Allah sedang berbicara dengan kita.

Bak kata Syed Qutb dalam Muqaddimah Fi Zhilalil Qur’an;
‘Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.’
.
.
.
‘Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam alwujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri.’

Subhanallah! Begitu hebat Al-Qur’an yang menunjukkan kesinambungan alam dan manusia. Namun, manusia menetapkan hukum sendiri yang menyebab kekucar-kaciran di dunia ini hingga meletakkannya dalam keadaan yang sangat rugi! Dan Islam sebenarnya telah mengembalikan manusia kepada Allah, tetapi kehancuran Islam  membuatkan manusia melakukan tindakan yang tidak patut mereka lakukan, dan tersasar daripada jalan asal.



Belum terlambat untuk saya, kamu, kamu dan kamu untuk berusaha menghidupkan al-Qur’an setiap hari sepanjang tahun dan bukan sekadar hanya tatkala Ramadhan menjelma.
Step by step dan moga Allah memberi kekuatan demi kekuatan buat kita semua.
Fastabiqul khairat, jom! (^_^)

Saya ada hadiah nak bagi. :)

.hajarulhamraa.
3 Sya’ban 1432H

Monday, August 30, 2010

Yosh, Fasa Terakhir~!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~



Alhamdulillah, shukur kerana kita semua masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan kaki di fasa ke-3 atau fasa terakhir Ramadhan ini. Fasa yang dikatakan untuk kita berpeluang bertemu dengan satu malam yang lebih baik dari dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadr..Namun, sempatkah diri kita ini untuk sampai ke penghujungnya, yakni yang benar-benar terakhir.. 30 Ramadhan?dan apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang ini lagi? Menikmati halawah Ramadhan bagi tahun 1432 H..Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan..



Walau Ramadhan sudah semakin ke akhirnya, namun sempat lagi nak kejar. Jangan putus asa. Jangan lemah semangat. Mantapkan keazaman, kuatkan fizikal~ Muhasabah diri kembali. Waktu untuk menilai keimanan dan kekuatan diri sendiri. Latihan di madrasah tarbiyyah untuk menundukkan nafsu. Kalau kita kalah dalam keadaan kita tanpa sebarang dugaan atau bisikan syaitan, di situ kita menilai diri kita yang sebenar. Kekuatan yang dibina daripada Ramadhan ini akan memberikan perubahan besar dalam diri kita.

Di fasa terakhir ini, tatkala diri dinilai kembali, adakah segala target yang kita ingin capai untuk Ramadhan tahun ini,1431H  telah tercapai.. ? beribadah dengan bersungguh-sungguh yang bukan sahaja di bulan ini tapi untuk di bawa ke 11 bulan berikutnya? menghabiskan setiap juzu’ al-Quran? Dan tak lupa kepada hablu minannas setelah hablu minallah..atau sekarang ini hati kita dan diri kita masih lagi sejuk membeku tanpa ada sebarang perubahan di dalam diri kerana merasakan usia kita masih lagi panjang dan mampu untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya..astaghfirullah..’aku takut kalau-kalau aku termasuk di dalam golongan yang rugi itu!’

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ 
(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Sungguh aku bimbang..namun,berilah kami kekuatan ya Rabbul Izzati untuk kami terus beribadah dan menghidupkan saat-saat terakhir Ramadhan ini dan merebut Piala Taqwa itu..! tapi bukan sekadar bicara kosong..untuk memenangi Piala Taqwa itu, kena hidupkan malam dan siang dengan ibadah…

Ramadhan is the month of feeding not eating 
~Sheikh Muhammad Alshareef~

saya tidak mahu menyentuh panjang mengenai keistimewaan malam Lailatul Qadr kerana pelbagai sumber boleh diperolehi dengan cara yang mudah.,inshaAllah..Cuma sekadar ingin berkongsi dengan semua doa yang dianjurkan oleh Rasullullah
setelah menjelangnya 10 Ramadhan yang terakhir…

أَللّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنّيْ
(Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku)

[HR Tirmidzi no.3513, Ibnu Majah no.3850]


Why do we make this du`a’ during the last 10 nights? Para scholars mengatakan jikalau doa ini dijawab oleh Allah, inshaAllah segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah tatkala menjelangnya Hari Kemudian itu nanti..biiznillah..Ramadan is the month of mercy and forgiveness, so how successful will we be if we not only have our sins forgiven but also have them completely erased!

Selamat menempuh Fasa Terakhir ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan~! Moga diterima segala amalan dan diampunkan segala kekhilafan..carilah DIA di hatimu..jangan terus merugi…yosh~!

'Pelari yang berjaya pasti meningkatkan kualiti pecutannya di separuh akhir trek..lebih2 lagi bila menghampiri garisan penamat..selamat berlari sepenuh jiwa untuk Ramadhan yg berbaki Hajar! '
[F.W]





Fast your entire lifetime.
Make death your ‘Eid!
Life itself is a fast for the righteous.
Their fast is from all forbidden lusts.
When death comes to them their fast has ended.
At that time they find the new moon of ‘Eid.


ps; bagi mereka yang membaca cerpen Hatiku Milikmu, bahagian yang seterusnya akan disambung di kesempatan masa yang lain..inshaAllah.. :)



Tuesday, August 24, 2010

Fasa Kedua...

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykk~

Okay,saya tak ada idea..so, artikel ini di 'copy paste' dari : ISMA Mesir



Sudah berlalu hari-hari yang disebutkan Rasululullah sebagai permulaan bulan Ramadhan  yang dijanjikan rahmat oleh Allah swt. Masa yang berlalu dirasakan sangat sekejap apatah lagi bagi mereka yang masih  leka. Ambillah masa sejenak untuk merenung kembali diri, adakah kita menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin? atau adakah kita masih lalai daripada merebut peluang keemasan tersebut.

Sebelum memasuki Ramadhan, semangat kita  berkobar-kobar untuk mendekatkan diri kepada Allah dan merebut segala tawaran yang disediakan Allah kepada kita. Segala perancangan dilakukan dengan sangat teliti agar setiap saat tidak dibazirkan. Alhamdulillah, permulaan niat yang baik, insya Allah mendapat pahala di sisiNya.

Setelah seminggu lebih berlalu ,marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Adakah segala perancangan berjalan lancar? Adakah semangat seperti itu masih membara dalam diri  ataupun sebenarnya semangat itu sebenarnya sudah terpadam tanpa disedari.  Ataupun, kita sentiasa berlumba-lumba membuat amal ibadat tetapi kita seolah-olah tidak merasai diri semakin dekat kepada Allah.

Setelah memasuki madrasah tarbiyah ini,  kita sepatutnya merasai  kemanisan  peningkatan iman dalam diri. Jika  mulut masih lagi basah bercakap benda-benda  yang  tidak berfaedah, telinga asyik mendengar umpatan dan lagu-lagu yang melalaikan, mata tidak lekang daripada melihat benda yang tidak sepatutnya, gelak katawa melebihi tangisan penyesalan, masa senggang diisi  dengan  menonton cerita, pendek kata, diri  masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda perubahan yang positif, ini bermakna ada sesuatu  yang tidak kena dengan diri kita.



Setelah ‘post-mortem’ dibuat, ternyata bahawa hati dan jiwa masih lagi sakit. Hari-hari dalam bulan Ramadhan yang berlalu  tidak memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa kita disebabkan kelalaian diri kita sendiri  yang tidak bersungguh-sungguh menggunakan Ramadhan untuk merawat segala penyakit hati dan membiarkan diri menjadi hamba kepada nafsu . 

Terangkanlah  kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya..
[Al-Furqan :43] 

Rupa-rupanya diri ini masih lagi dijajah oleh nafsu sendiri tanpa disedari.

Berkata salah seorang tabi’in : Musuh diri ada tiga : dunia, syaitan dan nafsu. Maka perangilah dunia dengan zuhud di dalamnya, dan perangilah syaitan dengan menentangnya, dan perangilah nafsu dengan mujahadah dengannya. Berperang dengan nafsu merupakan salah satu daripada jihad yang amat sukar dilaksanakan. Namun demikian,  Allah yang  Maha Penyayang tidak akan membiarkan hambaNya berperang  tanpa mengajar selok-belok peperangan. Firman Allah, 

“Dan bagi orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami…” 
[Al-‘Ankabut:69]

Justeru, Allah telah menghadiahkan  Ramadhan sebagai latihan dan persiapan diri menghadapi peperangan nafsu dalam bulan-bulan seterusnya. Tambahan pula, Ramadhan memudahkan kita lebih fokus menundukkan nafsu dengan berpuasa dan kita lebih  mengenali tabiat nafsu ini  kerana salah satu musuh kita, iaitu syaitan telah diikat oleh Allah. Kita juga berpeluang menghapuskan segala dosa dan  mengaut  segala limpahan pahala demi menampung dosa-dosa terdahulu. Selain itu, puasa yang difardhukan juga adalah untuk menjadikan kita hamba yang bertakwa.



Sesungguhnya ini merupakan peluang yang datang sekali dalam setahun iaitu peluang yang dirasakan seorang hamba benar-benar bersama dengan Tuhan yang menciptakannya.

Kita seolah-olah seperti  anak kecil dalam pelukan manja seorang ayah. Segala permintaan kita akan ditunaikan dengan izinNya dan pelbagai ganjaran disediakan sebagai galakan  kepada kita untuk terus berjuang  di medan pertempuran ini. Betapa kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya. Semua ini diberi supaya kita semakin dekat kepadaNya.

Sedarlah wahai diri, Allah masih lagi menawarkan kepada kita nikmat-nikmatNya yang tidak terhigga walaupun  kita sering mengundang kemurkaanNya tanpa sedikit pun kita rasa bersalah dan malu.

“ Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku,maka (jawablah),bahawasanya  Aku adalah dekat.Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka sentiasa berada dalam kebenaran “ 
[Al-Baqarah :186] 

Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Terdapat juga sesetengah  insan yang bersungguh-sungguh memperbanyak amal ibadat dalam bulan ini tetapi seolah-olah tidak dapat merasai kemanisan iman. Ini juga penyakit hati yang patut dirawat. Cuba lihat semula diri kita, adakah amal ibadat yang kita lakukan disertakan sekali dengan niat ikhlas kerana Allah?

“Barangsiapa  mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya”
[Al-Kahfi :110]





Dalam ayat ini jelas menunjukkan syarat penerimaan amalan adalah amalan yang saleh beserta niat yang ikhlas kerana Allah. Menurut Amr Khaled dalam buku islah qulub, kebanyakan orang  kuat agama  yang futur adalah disebabkan oleh  terlupa bersertakan niat ikhlas dalam amal ibadatnya yang banyak.

Setiap hari kita melakukan amal ibadat yang banyak sehingga  merasakan ibadat itu seperti rutin harian. Inilah kesilapan yang selalu kita lakukan, menganggap sudah menjadi kebiasaan  dalam bulan Ramadhan untuk mempertingkat amal ibadat. Kita berlumba-lumba beribadat tanpa mengambil kira amalan ini diterima ataupun tidak. Apa yang penting, segala yang telah dirancang mesti dilaksanakan sehingga terlupa objektif utama  ibadat adalah mendekatkan diri kita  kepada Allah.

Justeru, kita hendaklah  sentiasa mentajdid niat dalam apa jua amalan yang kita lakukan supaya apa yang kita buat ini adalah kerana Allah, bukan kerana kebiasaan. Yang paling penting segala  amalan ibadat dalam bulan ramadhan ini diterima Allah dan terasa kemanisan beribadat kepadaNya. Barulah kita mampu istiqamah dalam bulan-bulan seterusnya kerana keseronokan kita beribadat kepada Allah paling didambakan melebihi mengharapkan ganjaran pahala.

Natijah ramadhan ini bergantung kepada tahap kesungguhan diri kita sendiri untuk mendekatkan diri kepada Allah, melepaskan diri daripada cengkaman nafsu  dan membersihkan diri daripada segala kekotoran. Jalan sudah terbentang, cuma kita yang menentukan diri kita hendak menjadi orang yang beruntung ataupun orang yang rugi.

Dan Allah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasikan dan ketakwaannya.sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” 
[As-Syams : 8-10]

Jika hari-hari yang sudah berlalu kita  dalam keadaan terleka, maka insaflah dan mohonlah keampunan daripada  Allah. Kita masih belum terlambat. Ruang untuk kita membaiki diri masih terbuka. Allah melihat segala ibadat yang kita lakukan siang dan malam. Jadikanlah Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita perbanyak amal ibadat.

“ Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan  atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” 
[Ali Imran : 135-136]

Firman Allah ini menyejukkan hati insan yang baru terjaga daripada lena. Memberi semangat baru kepada kita untuk terus berusaha menghapuskan dosa-dosa dan mengikis saki-baki  karat  jahiliyyah yang masih terlekat dalam diri. Serta memperbaik mutu amalan kita supaya diterima Allah.

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi. Pertingkatkanlah  usaha supaya kita bebas daripada kekuasaan nafsu. Ini disebabkan oleh, kita yang sepatutnya menguasai nafsu ini. Jadilah  seorang yang merdeka jasad, akal dan ruh dan seorang hamba yang sangat patuh kepada penciptanya.

Semoga ramadhan kali ini dapat menyembuhkan jiwa-jiwa yang sakit dan keluarnya kita daripada madrasah ramadhan ini seperti bayi yang baru lahir, suci daripada segala dosa. Janganlah kita tergolong dalam orang yang disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad saw, melepas dan rugilah bagi orang yang didatangi  ramadhan tetapi tidak  diampunkan dosanya.

Hai jiwa yang tenang.kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu” 
[Al-Fajr:27-30]





Semoga acuan ramadhan kali ini dapat membentuk diri dengan pembentukan rabbaniyyan bukan setakat pembentukkan ramadhaniyyan.Selamat bermujahadah! 

Wallahualam

Monday, August 23, 2010

When we still have a time...

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykk~

An-Naba’(1-17)

عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ
1. Tentang apakah mereka saling bertanya?

عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ
2. Tentang berita yang besar (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasan).

الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ
3. Yang dalam hal itu mereka berselisih.

كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
4. Tidak, mereka akan segera mengetahui.

ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
5. Sekali-kali tidak, mereka akan segera mengetahui!

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا
6. Bukankah Kami jadikan bumi suatu hamparan yang luas.

وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا
7. Dan gunung-gunung sebagai pasak?

وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا
8. Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan.

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
9. Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat,

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا
10. Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian penutup,

وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا
11. Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan,

وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا
12. Dan Kami membangun di atas kamu tujuh buah yang kukuh,

وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا
13. Dan Kami jadikan lampu yang menyala terik,

وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا
14. Dan Kami turunkan dari awan air yang melimpah,

لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا
15. Supaya Kami tumbuhkan dengan air itu bijian-bijian dan tumbuh-tumbuhan,

وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا
16. Dan kebun-kebun yang lebat.

إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا
17. Sesungguhnya Hari Keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan.




Terkadang kita terlalu melihat kepada benda atau perkara yang besar jauh dihadapan diri kita sendiri tetapi kita seakan tidak nampak atau terlupa kepada perkara kecil yang hanya berada di depan mata sahaja. Kenapa? sebab mungkin kerana perkara kecil itu terlampau kecil untuk dilihat mata kasar atau mungkin kita terlampau mengambil ringan dan menganggap ianya hanya sekadar perkara yang remeh sahaja,bukan? Tapi, bukankah sedikit-sedikit lama-lama akan jadi bukit? Masalah kecil yang dilihat jika tidak diselesaikan mengikut kemampuan maka akan berkembang menjadi semakin besar sehingga kita tidak mampu lagi untuk menyelesaikannya..dan seperti melakukan dosa-dosa kecil yang akhirnya bila selalu sangat dilakukan boleh bertimbun dan menjadi dosa besar! Astaghfirullah~

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Dan surah di atas sebagai umpamanya. Ayat yang pendek-pendek dan agak ’straight to the point’. Bermula dengan persoalan dari musuh Islam yang bertanyakan tentang hari akhirat. Kemudian dijawab Allah dengan membawa kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya. Ayat ke-17 memberi jaminan bahawa Hari Akhirat itu pasti dan tiada keraguan padanya.

Maka, selagi ada masa, di bulan Ramadhan yang mulia ini, dah masuk 13 Ramadhan kan?; means dah masuk Fasa ke-2 Ramadhan (fasa pengampunan @ maghfirah-Nya), marilah kita sama-sama memaksimumkan amal sebanyak yang mungkin, yang mampu dilakukan supaya nanti kita tidak kecewa dikemudian hari. Bermula dengan melihat kelemahan diri dan cuba untuk memperbaikinya dari hari ke hari...inshaAllah..*should be dah abis 12 juzu' al-Quraan kan?if target kita nak khatam the entire Qur'an for this month of Ramadhan..
.berusaha! :)

Wallahualam.





Sunday, August 8, 2010

Inilah Kota Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam Alaykk~

Lebih kurang dua hari Sya’aban akan melabuhkan tirainya..bahang Ramadhan sudah semakin terasa. Kiriman dari seorang teman dengan kata-kata di bawah cukup signifikan~

Nama saya Syaa'ban.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya
iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftar.
Mereka juga akan turut ditemani oleh ketiga-tiga cucu iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan.
Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines.
Hargai mereka & anda akan mendapat pahala yang berlipat kaliganda!
[Ramadhan Kareem]


Dan di bawah ini saya kongsikan sebuah artikel yang di’copypaste’; tulisan Dr ‘Aidh Abdullah Qarni. Moga ada manfaat bersama buat diri kita..~inshaAllah..


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Penguasa langit dan bumi beserta semua isinya, Yang meninggikan darjat, mengetahui rahsia dan maksud yang tersimpan di dalam hati, mengetahui semua yang disembunyikan hamba-Nya, membalas kebaikan dengan kebaikan yang jauh lebih banyak lagi, dan membalas keburukan dengan keburukan yang setimpal.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, seorang insan pilihan yang selalu baik dalam semua keadaan, pendiri daulah Islam, dan penghancur daulah berhala. Atasnya dan atas keluarga-nya sebaik-baik doa dan keselamatan.
Ammaba'du....
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. [Iaitu] dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan [lalu ia berbuka], maka [wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya [jika mereka tidak berpuasa] rncmbayar fidyah, [laitu] memberi makan seorang miskin. Barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan, maka itulah yang lebih baik bagi mu. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [Beberapa hari yang ditentukan itu ialah] bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan [permulaan] Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk-petunjuk itu dan pembeda [antara yang hak dan yang batil]. Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir [di negeri tempat tinggalnya] pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan [lalu ia berbukaj, maka [wajiblah baginya berpuasa], sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
[Al-Baqarah 2: 183-185]

WAHAI SEKALIAN ORANG MUKMIN, KETAHUILAH BAHAWA TAMU AGUNG TELAH DATANG, IA DATANG UNTUK MENAUNGI KALIAN DENGAN MEMBAWA KEBERKAHAN YANG TAK TERHINGGA.

Renungilah bagaimana Rasulullah saw — seorang Nabi yang ma 'sum (terjaga dari melakukan kesalahan), yang perbuatan dan kata-katanya menjadi ukuran kebenaran — menyambut tamu agung ini. Sebab, bagindalah suri tauladan terbaik bagi kita.

Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah."
[Al-Ahzab  33:21].

 Lailaha illallah. Alangkah beruntungnya siapa pun yang setia mengikuti petunjuk Nabi Muhammad dan menauladani baginda dalam semua segi dari kehidupan ini. Dan alangkah besar kerugian orang yang selalu melafazkan sabdanya tetapi tidak mengikuti kandungan isinya.
Baginda saw menyambut Ramadhan ini dengan sambutan yang sangat luar biasa. Apabila Rasulullah saw melihat hilal (bulan) petanda Ramadhan telah datang, baginda berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jadikanlah bulan ini bulan keamanan dan keimanan, serta kedamaian dan keislaman bagi kami. Sebab, dia adalah bulan kebaikan dan kebenaran. Tuhanku dan Tuhannya adalah satu, iaitu Engkau, ya Allah."
Alangkah indahnya detak-detak tauhid dan belaian-belaian akidah dalam menyambut bulan dengan memperbaharui pernyataan, "Tuhanku dan Tuhannya adalah satu, iaitu Engkau, ya Allah." Padahal pada saat itu orang-orang musyrik menyembah selain Allah SWT. Seolah-olah nabi berkata kepada hilal itu, "Wahai hilal, engkau adalah makhluk seperti juga aku, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah SWT. Engkau tidak dapat mendatangkan mudarat dan tidak juga manfaat, tidak dapat menghidupkan dan tidak pula mematikan, dan tidak dapat mendatangkan rezeki dan mengatur segala sesuatu. Sungguh kesalahan yang amat besar kalau ada orang yang menyembahmu."

Ramadhan adalah kesempatan sangat berharga yang tidak dapat diganti. la adalah peluang emas dalam kehidupan umat Islam, kerana setiap malamnya Allah SWT membebaskan seratus ribu orang dari mereka yang sudah tercatat masuk neraka, dan pada malam terakhirnya Allah membebaskan mereka tanpa batas seperti malam-malam sebelumnya. Adakah rahmat yang lebih besar dari itu semua?

Ibnu 'Abbas ra berkata, "Rasulullah adalah orang yang paling lembut, tapi beliau jauh lebih lembut lagi pada bulan Ramadhan; Pada waktu itu, beliau lebih lembut daripada angin yang bertiup." 

Itulah Rasulullah saw, yang tidak pernah menolak orang yang meminta suatu pemberian kepadanya. Sehinggakan pakaian yang sedang dipakainya ia berikan jika diminta. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Bukhari (1277,2093 dan 6036), Sahl ibn Sa'ad bercerita, Rasulullah saw pernah sedang memakai pakaian yang dibuat oleh salah seorang isterinya, lalu seseorang datang meminta pakaian itu dan beliau pun memberikannya.Kalau begitu,petunjuk Rasulullah saw paling penting di bulan Ramadhan yang seharusnya kita contohi adalah sikap lemah Iembut, kedermawanan dan kegemaran memberi. Inilah ajaran dan petunjuknya yang sangat mudah terlihat dalam sejarah Rasulullah saw.
Rasulullah saw yang lembut itu, apabila masuk bulan Ramadhan lebih giat lagi berbuat kebaikan, bersedekah, tersenyum, bersilaturrahim, membebaskan hamba sahaya, memberi dan berkorban.
SETIAP HEMBUSAN NAFAS RASUL ITU ADALAH KEBAIKAN, BEGITU JUGA KATA-KATANYA, KUNJUNGANNYA, SEDEKAHNYA, YANG DILAKUKAN TERANG-TERANGAN ATAU TERSEMBUNYI. DIALAH YANG PALING LEMBUT DAN TIDAK AKAN TERSAINGI OLEH HATIM, BELIAU JUGA PEMBERANI TANPA TERSAINGI OLEH 'ANTARAH, BELIAU SEORANG ORATOR YANG TIDAK MUNGKIN TERTANDINGI OLEH QISS,(iaitu Qiss ibn Saadah, seorang orator jahiliyah yang sangat terkenal) ,TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, ALANGKAH SEMPURNANYA BAGINDA RASUL.
Allah SWT berfirman:
Dan engkau [Muhammad] sungguh memiliki akhlak yang agung.
[al-Qalam 68: 4]

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling-mu.
[Ali Imran 3: 159]

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorangRasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan [keimanan dan keselamatan] bagimu, amat belas kasih lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.
(At-Taubah [9]: 128)

Baginda saw pada bulan ini mengkhususkan hari-harinya untuk membaca Al-Quran. Sebahagian ulama memahami tindakan Rasulullah saw ini, sehingga mereka meninggalkan segala urusan fatwa dan pengajian-pengajian di bulan Ramadhan serta menjauhkan dari orang ramai agar dapat mengkhusyu'kan diri dalam beribadah kepada Allah dengan memanfaatkan bulan yang penuh berkah ini.
Solat dilakukan di tengah-tengah manusia, begitu pula zakat dan haji. Tapi puasa? Engkau dapat saja makan dan minum di balik tembok agar terhindar dari pandangan manusia sehingga mereka mengira bahawa engkau masih berpuasa. Tapi, bagaimanakah dengan Allah? Dia Maha Tahu apa-apa yang engkau perbuat.
Pada saat seseorang berpuasa, ia mengeluarkan bau mulut yang mungkin mengganggu manusia, tapi di sisi Allah SWT ia seperti aroma Misk.
Setiap amalan baik seorang Muslim—kecuali puasa—akan di-balas dengan kebaikan yang setimpal, atau dengan sepuluh sampai 700 kali lipat, bahkan lebih. Adapun puasa, tiada yang mengetahui ganjarannya kecuali Allah SWT. Allah SWT juga menyiapkan pintu khusus bagi orang yang berpuasa untuk masuk syurga-Nya pada hari kiamat kelak, diucapkan kepada mereka itu; Masuklah dan makanlah, Wahai orang yang tidak makan (kerana berpuasa)..makanlah, Wahai orang yang tidak minum (kerana berpuasa)..minumlah, wahai orang-orang yang meninggalkan bersenang-senang dengan isterinya (ketika berpuasa)..bersenang-senanglah.
Orang yang sedang berpuasa adalah kekasih Allah SWT. Abu Sa'id al-Khudri berkata: Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan jauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan."[Riwayat Bukhari (2840) dan Muslim (1153)]. Para ulama salaf memahami pengertian puasa di jalan Allah SWT di sini dengan berperang menghadapi musuh dan menyerahkan seluruh jiwa di jalan Allah SWT. Kerana itulah, 'Abdullah ibn Rawahah ra - sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Katsir, adz-Dzahabi dan ulama-ulama lainnya - ikut dalam perang mu'tah dalam keadaan berpuasa. la tetap gigih di medan perang walaupun sahabat-sahabat-nya telah tumbang (mati syahid) satu persatu, diantaranya Zaid ibn Haritsah dan Jaafar ath-Thayyar. Perut yang kosong dan kerongkong yang kering tidak menghalangi semangatnya untuk meneruskan peperangan. Akhirnya, ia syahid dalam keadaan masih berpuasa. Lihatlah jiwa ini yang bersegera menuju Allah, Tuhan yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri.
Sedangkan kita, apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam? Tidak ada apa-apa, tidak salat malam, tidak berjihad, dan tidak juga membelanjakan harta di jalan-Nya. Sedangkan orang-orang terdahulu yang mengetahui bahawa puasa adalah sekolah ruhiyah dan kehidupan yang abadi di sisi Allah SWT, mereka meninggikan kalimat La ilaha illallah dengan pedang mereka.
Wahai kaum Muslim! Wahai orang-orang yang lahir dan dibesarkan di lingkungan kalimat La ilaha illallah! Ramadhan akan datang sebentar lagi. Kalau dahulu, Ramadhan itu seringkali berlalu begitu saja, sekarang gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Jadikanlah ia sebagai alat untuk membebaskan dirimu dari api neraka dengan cara bertaubat, minta ampun, memperbanyak zikir, tahlil(mengucapkan La ilaha illallah), tasbih, tahmid dan membaca Al-Qur'an. Hidupkanlah rumahmu dengan ayat-ayat Allah yang terang. Jauhkan nyanyian yang membinasakan dan melalaikan kamu dari mengingati Allah SWT.
Sekali lagi gunakanlah kesempatan mendapat pembebasan dari neraka pada bulan ini, serta kesempatan memutihkan wajah pada hari kiamat nanti saat perhitungan dengan Allah yang Maha Esa dan Perkasa. Beruntunglah perut-perut yang lapar dan tenggorok yang kering kerana Allah SWT, sehingga Allah SWT pun membanggakan kalian di hadapan para malaikat-Nya dari atas langit yang tujuh.
Jadikanlah Ramadhan sebagai sarana untuk menghapus dosa-dosamu pada bulan ini. Perbaharui taubatmu pada-Nya.


Enhanced by Zemanta

Thursday, August 5, 2010

Why forgive Others this Ramadan?..

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykk~


The Prophet Muhammad s.a.w said: Musa, the son of Imran once asked, "Oh my Lord! Who is the most honorable of Your servants? And He replied, the person who forgives even when he is in a position of power" (Baihaqi). Peace and blessings be upon the Prophet. 

You know you're right. 

You know what I'm referring to - those times when you get into an argument(s) with a family member, friend, boss, employee, coworker, classmate, teacher or whoever. You know your facts are right or that you've been wronged with an insulting remark, sarcastic comment or rudeness. 

And so, you choose to hold a grudge. After all, you've got a right to. Nobody should be treated this way. Why should you forgive? You're not the one who started this. You're not the one who doesn't have the facts straight. 

True. You may be right. You may be in that position of power mentioned in the Hadith above. But forgiving others, apart from positively affecting our health (less stress) and our minds (one less negative thing to focus on), is a necessary step to closeness to God. 

How can we move up the ladder of spiritual development when we hold bitterness and anger towards another person? 

While we may have been in the right, is it worth sacrificing our energy on a grudge instead of on growth? 

Is there not something strange about asking for God's forgiveness of our sins while withholding our forgiveness from someone who has hurt us? 

One of the distinguishing features of Ramadan is forgiveness. The Prophet explained in one Hadith that Ramadan is a month whose beginning is Mercy, whose middle is Forgiveness and whose end is freedom from the Hellfire. This makes it a great time to ask God for His Forgiveness. It's also a wonderful time to open our hearts and cleanse them of grudges and bitterness by forgiving others. 



The path to connection to God is always paved with tests and difficulties. Nobody gains spiritual upliftment without having to prove their mettle. This process includes facing all kinds of hardships, including injustice at the hands of others. 

If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the hurts of this world are temporary, and we are working towards that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? How will our anger and bitterness change the person who has hurt us? 

Let us use these remaining days of forgiveness this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us. 


Wallahua'alam~



Lilypie Angel and Memorial tickers