بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
Alhamdulillah, shukur kerana kita semua masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan kaki di fasa ke-3 atau fasa terakhir Ramadhan ini. Fasa yang dikatakan untuk kita berpeluang bertemu dengan satu malam yang lebih baik dari dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadr..Namun, sempatkah diri kita ini untuk sampai ke penghujungnya, yakni yang benar-benar terakhir.. 30 Ramadhan?dan apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang ini lagi? Menikmati halawah Ramadhan bagi tahun 1432 H..Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan..
Walau Ramadhan sudah semakin ke akhirnya, namun sempat lagi nak kejar. Jangan putus asa. Jangan lemah semangat. Mantapkan keazaman, kuatkan fizikal~ Muhasabah diri kembali. Waktu untuk menilai keimanan dan kekuatan diri sendiri. Latihan di madrasah tarbiyyah untuk menundukkan nafsu. Kalau kita kalah dalam keadaan kita tanpa sebarang dugaan atau bisikan syaitan, di situ kita menilai diri kita yang sebenar. Kekuatan yang dibina daripada Ramadhan ini akan memberikan perubahan besar dalam diri kita.
Di fasa terakhir ini, tatkala diri dinilai kembali, adakah segala target yang kita ingin capai untuk Ramadhan tahun ini,1431H telah tercapai.. ? beribadah dengan bersungguh-sungguh yang bukan sahaja di bulan ini tapi untuk di bawa ke 11 bulan berikutnya? menghabiskan setiap juzu’ al-Quran? Dan tak lupa kepada hablu minannas setelah hablu minallah..atau sekarang ini hati kita dan diri kita masih lagi sejuk membeku tanpa ada sebarang perubahan di dalam diri kerana merasakan usia kita masih lagi panjang dan mampu untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya..astaghfirullah..’aku takut kalau-kalau aku termasuk di dalam golongan yang rugi itu!’
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “
(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Sungguh aku bimbang..namun,berilah kami kekuatan ya Rabbul Izzati untuk kami terus beribadah dan menghidupkan saat-saat terakhir Ramadhan ini dan merebut Piala Taqwa itu..! tapi bukan sekadar bicara kosong..untuk memenangi Piala Taqwa itu, kena hidupkan malam dan siang dengan ibadah…
Ramadhan is the month of feeding not eating
~Sheikh Muhammad Alshareef~
saya tidak mahu menyentuh panjang mengenai keistimewaan malam Lailatul Qadr kerana pelbagai sumber boleh diperolehi dengan cara yang mudah.,inshaAllah..Cuma sekadar ingin berkongsi dengan semua doa yang dianjurkan oleh Rasullullah ﷺ setelah menjelangnya 10 Ramadhan yang terakhir…
أَللّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنّيْ
(Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku)
[HR Tirmidzi no.3513, Ibnu Majah no.3850]
Why do we make this du`a’ during the last 10 nights? Para scholars mengatakan jikalau doa ini dijawab oleh Allah, inshaAllah segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah tatkala menjelangnya Hari Kemudian itu nanti..biiznillah..Ramadan is the month of mercy and forgiveness, so how successful will we be if we not only have our sins forgiven but also have them completely erased!
Selamat menempuh Fasa Terakhir ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan~! Moga diterima segala amalan dan diampunkan segala kekhilafan..carilah DIA di hatimu..jangan terus merugi…yosh~!
'Pelari yang berjaya pasti meningkatkan kualiti pecutannya di separuh akhir trek..lebih2 lagi bila menghampiri garisan penamat..selamat berlari sepenuh jiwa untuk Ramadhan yg berbaki Hajar! '
[F.W]
Fast your entire lifetime.
Make death your ‘Eid!
Life itself is a fast for the righteous.
Their fast is from all forbidden lusts.
When death comes to them their fast has ended.
At that time they find the new moon of ‘Eid.
ps; bagi mereka yang membaca cerpen Hatiku Milikmu, bahagian yang seterusnya akan disambung di kesempatan masa yang lain..inshaAllah.. :)
0 heart (s):
Post a Comment