Salam Alaykk~
Kukutip bait indah penuh makna dari Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni..~namun ku harapkan ianya bukan sekadar ingatan semata-mata…biarlah ianya mampu dihadamkan dengan pengertian..~
Engkau datang, wahai Ramadhan, untuk berkata kepada mata kami,
"Puasalah engkau dari pandangan yang diharamkan, sebelum Tuhan yang Maha Mengetahui menjadi murka lalu engkau dicampakkan-Nya ke dalam api yang berkobar. Maka berpuasalah dari memandang yang haram dan titiskanlah air mata dalam bayang-bayang gelap di kesunyian malam.
"Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada lidah kami,
"Puasalah engkau dari menggunjing dan mengadu domba, dari berkata-kata kotor dan tidak layak, dan dari mengucapkan perkataan yang sia-sia."
Lidahmu, jangan sekalipun kau gunakan untuk menyebut-nyebut kekurangan orang lain.
Semua yang ada padamu adalah kekurangan sedangkan semua orang juga memiliki lidah sehingga dapat melihatnya, Matamu, jika melihat suatu cela pada orang lain. Katakan kepadanya, "Orang lain juga punya mata yang dapat melihat celaku."
Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada tangan kami,
"Berpuasalah engkau wahai tangan yang pernah menumpahkan darah dan membunuh jiwa yang tidak bersalah, yang pernah menghancurkan rumah, membunuh orang tua dan wanita.
Berpuasalah, engkau dari memukul dan membunuh orang lain, dan dari mencuri dan berbuat curang.
Berpuasalah engkau dari menerima wang suapan sebelum datang hari kiamat, hari yang tidak berguna lagi permohonan ampun dari orang-orang yang zalim, bagi mereka itu laknat dan tempat kembali yang jelek.
Pada hari itu, Allah menutup mulut-mulut mereka sehingga yang berbicara adalah tangan-tangan mereka, dan disaksikan oleh kaki-kaki mereka tentang apa-apa yang mereka perbuat."
Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada kaki kami,
"Berpuasalah engkau dari berjalan ke tempat yang haram, dari melangkah kepada jalan kesia-siaan, penyesalan dan kesesatan, dan pergi ke tempat-tempat yang dimurkai Tuhan pemilik kerajaan langit dan bumi ini, iaitu jalan-jalan yang hina lagi keji.
Berpuasalah engkau, wahai kaki."
Dan Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada perut kami,
"Berpuasalah dari memakan makanan yang haram, dan dari memakan riba kerana tubuh yang diberi makan dengan makanan yang haram, nerakalah yang lebih utama baginya.
Puasalah engkau dari makanan yang diperoleh dari hasil menipu dan memperdaya orang lain sebelum engkau bertemu Allah SWT yang mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan tertutup.
Dalam sebuah hadith dari Abu Hurairah disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Allah SWT berfirman, 'Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa kerana puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya. Ia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana-Ku.'"
Baginda saw juga bersabda, "Puasa adalah perisai. Maka apabila salah seorang diantara kamu sedang berpuasa, janganlah in berkata-kata kotor dan bersuara kasar.. Jika seseorang mencacinya hendaklah ia menjawab, 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa, (dua kali).
Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada minyak miski."
ps; Ahlan ya Ramadhan~! Let us pray that we come out of Ramadan with our faith recharged, gaining strength in our faith, commitment and relationship with ALLAH swt..ameen allahumma ameen~
2 heart (s):
salam
semoga ramadhan kali ini lebih bermakna :)
wasalam..
shukran jazilan..
ameenn,inshaAllah~ :)
Post a Comment