Monday, August 23, 2010
When we still have a time...
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
An-Naba’(1-17)
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ
1. Tentang apakah mereka saling bertanya?
عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ
2. Tentang berita yang besar (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasan).
الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ
3. Yang dalam hal itu mereka berselisih.
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
4. Tidak, mereka akan segera mengetahui.
ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
5. Sekali-kali tidak, mereka akan segera mengetahui!
أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا
6. Bukankah Kami jadikan bumi suatu hamparan yang luas.
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا
7. Dan gunung-gunung sebagai pasak?
وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا
8. Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan.
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
9. Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat,
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا
10. Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian penutup,
وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا
11. Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan,
وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا
12. Dan Kami membangun di atas kamu tujuh buah yang kukuh,
وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا
13. Dan Kami jadikan lampu yang menyala terik,
وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا
14. Dan Kami turunkan dari awan air yang melimpah,
لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا
15. Supaya Kami tumbuhkan dengan air itu bijian-bijian dan tumbuh-tumbuhan,
وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا
16. Dan kebun-kebun yang lebat.
إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا
17. Sesungguhnya Hari Keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan.
Terkadang kita terlalu melihat kepada benda atau perkara yang besar jauh dihadapan diri kita sendiri tetapi kita seakan tidak nampak atau terlupa kepada perkara kecil yang hanya berada di depan mata sahaja. Kenapa? sebab mungkin kerana perkara kecil itu terlampau kecil untuk dilihat mata kasar atau mungkin kita terlampau mengambil ringan dan menganggap ianya hanya sekadar perkara yang remeh sahaja,bukan? Tapi, bukankah sedikit-sedikit lama-lama akan jadi bukit? Masalah kecil yang dilihat jika tidak diselesaikan mengikut kemampuan maka akan berkembang menjadi semakin besar sehingga kita tidak mampu lagi untuk menyelesaikannya..dan seperti melakukan dosa-dosa kecil yang akhirnya bila selalu sangat dilakukan boleh bertimbun dan menjadi dosa besar! Astaghfirullah~
Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Dan surah di atas sebagai umpamanya. Ayat yang pendek-pendek dan agak ’straight to the point’. Bermula dengan persoalan dari musuh Islam yang bertanyakan tentang hari akhirat. Kemudian dijawab Allah dengan membawa kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya. Ayat ke-17 memberi jaminan bahawa Hari Akhirat itu pasti dan tiada keraguan padanya.
Maka, selagi ada masa, di bulan Ramadhan yang mulia ini, dah masuk 13 Ramadhan kan?; means dah masuk Fasa ke-2 Ramadhan (fasa pengampunan @ maghfirah-Nya), marilah kita sama-sama memaksimumkan amal sebanyak yang mungkin, yang mampu dilakukan supaya nanti kita tidak kecewa dikemudian hari. Bermula dengan melihat kelemahan diri dan cuba untuk memperbaikinya dari hari ke hari...inshaAllah..*should be dah abis 12 juzu' al-Quraan kan?if target kita nak khatam the entire Qur'an for this month of Ramadhan..
.berusaha! :)
Wallahualam.
Saturday, August 21, 2010
detik hitam, setelah 41 tahun...21 Ogos 1969
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
Tanggal 21hb Ogos..
adakah ia mengingatkan anda tentang sebuah peristiwa yang amat penting terutamanya untuk umat Islam?
adakah ia mengingatkan anda tentang sebuah peristiwa yang amat penting terutamanya untuk umat Islam?
Sesungguhnya, 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?
Genap 41 tahun yang lalu, (21 Ogos 1969), tarikh ini mencatat sejarah hitam bagi umat Islam di mana seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Perbuatannya ini tidak dilakukan secara bersendirian. Dia telah yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis yang mahu melihat Masjid al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.
Dalam peristiwa tersebut, sebahagian besar masjid yang berkah itu mengalami kemusnahan termasuklah peralatan dalaman, dindingnya, Mimbar Salahuddin al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar bin al-Khattab, dan sebahagian serambi. Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.
Kesucian Masjid al-Aqsa sudah jelas melalui surah al-Israk, ayat 1.
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Ianya juga ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis yang sahih:
“Janganlah mempersiapkan diri untuk bermusafir melainkan ke tiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjid Rasul dan Masjid al-aqsa.”
Michael Rohan ketika ditangkap telah berkata secara berterus-terang bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama sebagaimana yang disebut dalam kitab Torah di sisi mereka. Dia juga mengaku telah berjaya dalam misinya yang menurutnya adalah merupakan perintah dari tuhan.
Demikianlah, sekiranya ektremis Yahudi ini meyakini kerja-kerja jenayah itu adalah perintah tuhannya. Maka, adakah umat Islam tidak menganggap tanggungjawab mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa adalah satu tuntutan agama dan tanda seseorang hamba itu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat?
sumber lain ==> Memperingati detik hitam 21 Ogos 1969
Tuesday, August 17, 2010
Put Our Trust in Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
The most important point to remember is that the response to the Du’a may take different forms:
- Either Allah will respond and fulfill the desire of the person who made the Du’a,
- Or He will ward off some evil from him because of the Du’a,
- Or He will make something good easy for him to attain because of it,
- Or He will save it with Him for him on the Day of Resurrection when he will be most in need of it.
Ibn Abbas (r.a) said, the Messenger of Allah (Muhammad s.a.w) said to him while he was riding behind him on the same mount.
“Be mindful of Allah and Allah will protect you. Be mindful of Allah and you will find Him in front of you. If you ask, ask only from Allah, if you seek help, seek help only from Allah. And know that if all the nations were to gather together to benefit you, they will benefit you only with something that Allah has already prescribed for you and if they gather together to harm you, they will harm you only with something that Allah has already prescribed for you. The pens have been lifted and the pages are dry.” (At-Tirmizi)
“Be mindful of Allah and Allah will protect you. Be mindful of Allah and you will find Him in front of you. If you ask, ask only from Allah, if you seek help, seek help only from Allah. And know that if all the nations were to gather together to benefit you, they will benefit you only with something that Allah has already prescribed for you and if they gather together to harm you, they will harm you only with something that Allah has already prescribed for you. The pens have been lifted and the pages are dry.” (At-Tirmizi)
One of the most effective ways of dealing with worries about the future is to recite this du’a which the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) used to recite:
“Allahumma aslih li deeni alladhi huwa ‘ismatu amri, wa aslih li dunyaaya allati fiha ma’aashi, wa aslih li aakhirati allati ilayha ma’aadi, waj’al al-hayaata ziyaadatan li fi kulli khayr, wa’l-mawta raahatan li min kulli sharr “
O Allah, correct my religious commitment which is the foundation of my life, and correct my worldly affairs in which is my livelihood, and grant me good in the Hereafter to which is my return. Make my life a means of accumulating good, and make death a respite for me from
all evil.
[Narrated by Muslim, 2720]
And he said,
And he said,
“Allahumma rahmataka arju fa la takilni ila nafsi tarfata ‘aynin wa aslih li sha’ni kullahu, laa ilaaha illa anta”
O Allah, for Your mercy I hope, so do not abandon me to myself even for a moment. And correct all my affairs. There is no god but You.
[Narrated by Abu Dawood with a sahih isnaad, no. 5090]
If a person utters these du’as, which ask that his spiritual and worldly affairs may be set right or corrected, with proper presence of mind and sincerity of intention, whilst striving to achieve that, Allah will grant him what he has prayed for, hoped for and striven for, and He will turn his worry into joy and happiness.
Sunday, August 8, 2010
Inilah Kota Ramadhan
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
Lebih kurang dua hari Sya’aban akan melabuhkan tirainya..bahang Ramadhan sudah semakin terasa. Kiriman dari seorang teman dengan kata-kata di bawah cukup signifikan~
Nama saya Syaa'ban.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya
iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftar.
Mereka juga akan turut ditemani oleh ketiga-tiga cucu iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan.
Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines.
Hargai mereka & anda akan mendapat pahala yang berlipat kaliganda!
[Ramadhan Kareem]
Dan di bawah ini saya kongsikan sebuah artikel yang di’copypaste’; tulisan Dr ‘Aidh Abdullah Qarni. Moga ada manfaat bersama buat diri kita..~inshaAllah..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Penguasa langit dan bumi beserta semua isinya, Yang meninggikan darjat, mengetahui rahsia dan maksud yang tersimpan di dalam hati, mengetahui semua yang disembunyikan hamba-Nya, membalas kebaikan dengan kebaikan yang jauh lebih banyak lagi, dan membalas keburukan dengan keburukan yang setimpal.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, seorang insan pilihan yang selalu baik dalam semua keadaan, pendiri daulah Islam, dan penghancur daulah berhala. Atasnya dan atas keluarga-nya sebaik-baik doa dan keselamatan.
Ammaba'du....
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. [Iaitu] dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan [lalu ia berbuka], maka [wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya [jika mereka tidak berpuasa] rncmbayar fidyah, [laitu] memberi makan seorang miskin. Barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan, maka itulah yang lebih baik bagi mu. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [Beberapa hari yang ditentukan itu ialah] bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan [permulaan] Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk-petunjuk itu dan pembeda [antara yang hak dan yang batil]. Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir [di negeri tempat tinggalnya] pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan [lalu ia berbukaj, maka [wajiblah baginya berpuasa], sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
[Al-Baqarah 2: 183-185]
WAHAI SEKALIAN ORANG MUKMIN, KETAHUILAH BAHAWA TAMU AGUNG TELAH DATANG, IA DATANG UNTUK MENAUNGI KALIAN DENGAN MEMBAWA KEBERKAHAN YANG TAK TERHINGGA.
Renungilah bagaimana Rasulullah saw — seorang Nabi yang ma 'sum (terjaga dari melakukan kesalahan), yang perbuatan dan kata-katanya menjadi ukuran kebenaran — menyambut tamu agung ini. Sebab, bagindalah suri tauladan terbaik bagi kita.
Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah."
[Al-Ahzab 33:21].
Lailaha illallah. Alangkah beruntungnya siapa pun yang setia mengikuti petunjuk Nabi Muhammad dan menauladani baginda dalam semua segi dari kehidupan ini. Dan alangkah besar kerugian orang yang selalu melafazkan sabdanya tetapi tidak mengikuti kandungan isinya.
Baginda saw menyambut Ramadhan ini dengan sambutan yang sangat luar biasa. Apabila Rasulullah saw melihat hilal (bulan) petanda Ramadhan telah datang, baginda berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jadikanlah bulan ini bulan keamanan dan keimanan, serta kedamaian dan keislaman bagi kami. Sebab, dia adalah bulan kebaikan dan kebenaran. Tuhanku dan Tuhannya adalah satu, iaitu Engkau, ya Allah."
Alangkah indahnya detak-detak tauhid dan belaian-belaian akidah dalam menyambut bulan dengan memperbaharui pernyataan, "Tuhanku dan Tuhannya adalah satu, iaitu Engkau, ya Allah." Padahal pada saat itu orang-orang musyrik menyembah selain Allah SWT. Seolah-olah nabi berkata kepada hilal itu, "Wahai hilal, engkau adalah makhluk seperti juga aku, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah SWT. Engkau tidak dapat mendatangkan mudarat dan tidak juga manfaat, tidak dapat menghidupkan dan tidak pula mematikan, dan tidak dapat mendatangkan rezeki dan mengatur segala sesuatu. Sungguh kesalahan yang amat besar kalau ada orang yang menyembahmu."
Ramadhan adalah kesempatan sangat berharga yang tidak dapat diganti. la adalah peluang emas dalam kehidupan umat Islam, kerana setiap malamnya Allah SWT membebaskan seratus ribu orang dari mereka yang sudah tercatat masuk neraka, dan pada malam terakhirnya Allah membebaskan mereka tanpa batas seperti malam-malam sebelumnya. Adakah rahmat yang lebih besar dari itu semua?
Ibnu 'Abbas ra berkata, "Rasulullah adalah orang yang paling lembut, tapi beliau jauh lebih lembut lagi pada bulan Ramadhan; Pada waktu itu, beliau lebih lembut daripada angin yang bertiup."
Itulah Rasulullah saw, yang tidak pernah menolak orang yang meminta suatu pemberian kepadanya. Sehinggakan pakaian yang sedang dipakainya ia berikan jika diminta. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Bukhari (1277,2093 dan 6036), Sahl ibn Sa'ad bercerita, Rasulullah saw pernah sedang memakai pakaian yang dibuat oleh salah seorang isterinya, lalu seseorang datang meminta pakaian itu dan beliau pun memberikannya.Kalau begitu,petunjuk Rasulullah saw paling penting di bulan Ramadhan yang seharusnya kita contohi adalah sikap lemah Iembut, kedermawanan dan kegemaran memberi. Inilah ajaran dan petunjuknya yang sangat mudah terlihat dalam sejarah Rasulullah saw.
Rasulullah saw yang lembut itu, apabila masuk bulan Ramadhan lebih giat lagi berbuat kebaikan, bersedekah, tersenyum, bersilaturrahim, membebaskan hamba sahaya, memberi dan berkorban.
SETIAP HEMBUSAN NAFAS RASUL ITU ADALAH KEBAIKAN, BEGITU JUGA KATA-KATANYA, KUNJUNGANNYA, SEDEKAHNYA, YANG DILAKUKAN TERANG-TERANGAN ATAU TERSEMBUNYI. DIALAH YANG PALING LEMBUT DAN TIDAK AKAN TERSAINGI OLEH HATIM, BELIAU JUGA PEMBERANI TANPA TERSAINGI OLEH 'ANTARAH, BELIAU SEORANG ORATOR YANG TIDAK MUNGKIN TERTANDINGI OLEH QISS,(iaitu Qiss ibn Saadah, seorang orator jahiliyah yang sangat terkenal) ,TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, ALANGKAH SEMPURNANYA BAGINDA RASUL.
Allah SWT berfirman:
Dan engkau [Muhammad] sungguh memiliki akhlak yang agung.
[al-Qalam 68: 4]
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling-mu.
[Ali Imran 3: 159]
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorangRasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan [keimanan dan keselamatan] bagimu, amat belas kasih lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.
(At-Taubah [9]: 128)
Baginda saw pada bulan ini mengkhususkan hari-harinya untuk membaca Al-Quran. Sebahagian ulama memahami tindakan Rasulullah saw ini, sehingga mereka meninggalkan segala urusan fatwa dan pengajian-pengajian di bulan Ramadhan serta menjauhkan dari orang ramai agar dapat mengkhusyu'kan diri dalam beribadah kepada Allah dengan memanfaatkan bulan yang penuh berkah ini.
Solat dilakukan di tengah-tengah manusia, begitu pula zakat dan haji. Tapi puasa? Engkau dapat saja makan dan minum di balik tembok agar terhindar dari pandangan manusia sehingga mereka mengira bahawa engkau masih berpuasa. Tapi, bagaimanakah dengan Allah? Dia Maha Tahu apa-apa yang engkau perbuat.
Pada saat seseorang berpuasa, ia mengeluarkan bau mulut yang mungkin mengganggu manusia, tapi di sisi Allah SWT ia seperti aroma Misk.
Setiap amalan baik seorang Muslim—kecuali puasa—akan di-balas dengan kebaikan yang setimpal, atau dengan sepuluh sampai 700 kali lipat, bahkan lebih. Adapun puasa, tiada yang mengetahui ganjarannya kecuali Allah SWT. Allah SWT juga menyiapkan pintu khusus bagi orang yang berpuasa untuk masuk syurga-Nya pada hari kiamat kelak, diucapkan kepada mereka itu; Masuklah dan makanlah, Wahai orang yang tidak makan (kerana berpuasa)..makanlah, Wahai orang yang tidak minum (kerana berpuasa)..minumlah, wahai orang-orang yang meninggalkan bersenang-senang dengan isterinya (ketika berpuasa)..bersenang-senanglah.
Orang yang sedang berpuasa adalah kekasih Allah SWT. Abu Sa'id al-Khudri berkata: Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan jauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan."[Riwayat Bukhari (2840) dan Muslim (1153)]. Para ulama salaf memahami pengertian puasa di jalan Allah SWT di sini dengan berperang menghadapi musuh dan menyerahkan seluruh jiwa di jalan Allah SWT. Kerana itulah, 'Abdullah ibn Rawahah ra - sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Katsir, adz-Dzahabi dan ulama-ulama lainnya - ikut dalam perang mu'tah dalam keadaan berpuasa. la tetap gigih di medan perang walaupun sahabat-sahabat-nya telah tumbang (mati syahid) satu persatu, diantaranya Zaid ibn Haritsah dan Jaafar ath-Thayyar. Perut yang kosong dan kerongkong yang kering tidak menghalangi semangatnya untuk meneruskan peperangan. Akhirnya, ia syahid dalam keadaan masih berpuasa. Lihatlah jiwa ini yang bersegera menuju Allah, Tuhan yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri.
Sedangkan kita, apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam? Tidak ada apa-apa, tidak salat malam, tidak berjihad, dan tidak juga membelanjakan harta di jalan-Nya. Sedangkan orang-orang terdahulu yang mengetahui bahawa puasa adalah sekolah ruhiyah dan kehidupan yang abadi di sisi Allah SWT, mereka meninggikan kalimat La ilaha illallah dengan pedang mereka.
Wahai kaum Muslim! Wahai orang-orang yang lahir dan dibesarkan di lingkungan kalimat La ilaha illallah! Ramadhan akan datang sebentar lagi. Kalau dahulu, Ramadhan itu seringkali berlalu begitu saja, sekarang gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Jadikanlah ia sebagai alat untuk membebaskan dirimu dari api neraka dengan cara bertaubat, minta ampun, memperbanyak zikir, tahlil(mengucapkan La ilaha illallah), tasbih, tahmid dan membaca Al-Qur'an. Hidupkanlah rumahmu dengan ayat-ayat Allah yang terang. Jauhkan nyanyian yang membinasakan dan melalaikan kamu dari mengingati Allah SWT.
Sekali lagi gunakanlah kesempatan mendapat pembebasan dari neraka pada bulan ini, serta kesempatan memutihkan wajah pada hari kiamat nanti saat perhitungan dengan Allah yang Maha Esa dan Perkasa. Beruntunglah perut-perut yang lapar dan tenggorok yang kering kerana Allah SWT, sehingga Allah SWT pun membanggakan kalian di hadapan para malaikat-Nya dari atas langit yang tujuh.
Jadikanlah Ramadhan sebagai sarana untuk menghapus dosa-dosamu pada bulan ini. Perbaharui taubatmu pada-Nya.
Thursday, August 5, 2010
Why forgive Others this Ramadan?..
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~
The Prophet Muhammad s.a.w said: Musa, the son of Imran once asked, "Oh my Lord! Who is the most honorable of Your servants? And He replied, the person who forgives even when he is in a position of power" (Baihaqi). Peace and blessings be upon the Prophet.
You know you're right.
You know what I'm referring to - those times when you get into an argument(s) with a family member, friend, boss, employee, coworker, classmate, teacher or whoever. You know your facts are right or that you've been wronged with an insulting remark, sarcastic comment or rudeness.
And so, you choose to hold a grudge. After all, you've got a right to. Nobody should be treated this way. Why should you forgive? You're not the one who started this. You're not the one who doesn't have the facts straight.
True. You may be right. You may be in that position of power mentioned in the Hadith above. But forgiving others, apart from positively affecting our health (less stress) and our minds (one less negative thing to focus on), is a necessary step to closeness to God.
How can we move up the ladder of spiritual development when we hold bitterness and anger towards another person?
While we may have been in the right, is it worth sacrificing our energy on a grudge instead of on growth?
Is there not something strange about asking for God's forgiveness of our sins while withholding our forgiveness from someone who has hurt us?
One of the distinguishing features of Ramadan is forgiveness. The Prophet explained in one Hadith that Ramadan is a month whose beginning is Mercy, whose middle is Forgiveness and whose end is freedom from the Hellfire. This makes it a great time to ask God for His Forgiveness. It's also a wonderful time to open our hearts and cleanse them of grudges and bitterness by forgiving others.
The path to connection to God is always paved with tests and difficulties. Nobody gains spiritual upliftment without having to prove their mettle. This process includes facing all kinds of hardships, including injustice at the hands of others.
If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the hurts of this world are temporary, and we are working towards that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? How will our anger and bitterness change the person who has hurt us?
Let us use these remaining days of forgiveness this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us.
Wallahua'alam~
Subscribe to:
Posts (Atom)



