Salam Alaykk~
Tengok-tengok kalendar, hari ini dah 27 Julai.. Pagi tadi, sempat ber’chatting’ dengan seorang teman yang berada jauh di Mesir..tiba-tiba Farahin tanya kat saya..
“Hajar, kita dah pakai gear berapa ye sekarang ni ye? sekarang ni dah pertengahan bulan Sya’ban kan..” …(ni bukan gear kereta ke, motor ke etc eyh.. ;) )..
Gulp. Saya telan air liur..
“Gear berapa?erm..”..terfikir kembali diri sendiri..memaknakan gear itu sebagai persediaan menyambut Ramadhan Al-Mubarak~adakah masih lagi di gear 1 lagi?atau enjin masih tak panas-panas lagi..Allahu Allah~
Pejam celik,pejam celik rupa-rupanya dah 15 Sya’ban kan?.maknanya, 2 minggu je lagi kita semua bakal bertemu dengan kekasih yang sudah setahun terpisah.. sekejap sungguh masa berlalu..berlari meninggalkan kita semua..Madrasah Ramadhan akan dibuka tak lama lagi. Sudah bersediakah kita?
Engkau datang kepada kami setelah kami selama setahun penuh mengisi hari-hari kami dengan catatan-catatan kebaikan mahu pun keburukan, yang semua catatan itu akan dibacakan nanti kepada kami di hari perhitungan di hadapan Allah SWT.
“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).”
[Al-An'am 6: 94]
Lembaran-lembaran amal kami pada hari kiamat itu akan diperlihatkan dan dibacakan kepada kami. Itulah kitab yang berisi perhitungan, yang Tuhan tidak akan salah dan tidak pula lupa padanya sedikit pun.
“…Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).”
[Al-Isra' 17: 14]
Selamat datang Ramadhan,
duhai kekasih yang datang setiap tahun
Kami menanti kedatanganmu dengan cinta yang berlimpah
padahal cinta yang bukan kepada Tuhan itu dilarang
Maka ampuni dosa kami, Tuhan
lalu tambahkan pula pemberian-Mu yang berlimpah
Jangan hukum kami, kami telah menghukum diri kami sendiri dengan ketidak-tenangan
yang membuat kami bergadang di dalam gelap
Selamat datang Ramadhan...~
2 heart (s):
erm...mahu bersedia segera~rindu Ramadhan...dan mungkin juga PondokCinta akan di shutdown sementara sepanjang ramadhan ni..hehe..
Latest post:Perkara ni tak merisaukankah?
allahumma balighna Ramadhan, ya Allah~!
ps; oh..apa pun,moga Pondok Cinta terus bernafas ya~!selamat menambah amal di bulan sha'ban ini agar terus istiqamah di bulan Ramadahn!
Post a Comment