Saturday, April 10, 2010

Selamat Berjuang~Fil Imtihan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Subhanallah..sebulan lebih saya meninggalkan blog yang usang ini..terbiar sepi tanpa diisi..Dan sesungguhnya bukan sengaja meninggalkan blog ini daripada diisi..tetapi ada perkara yang lebih diutamakan untuk mengisi..dan yang paling utama laptop kesayangan saya yang sudah berjasa kepada tuannya selama hampir 6 tahun itu, sudah tidak mampu mencurahkan baktinya kepada tuannya ini lagi....jadi,buat sementara waktu, blog ini hanya akan di'update' sekali sekala sebelum memiliki laptop yang baru!MyEm0.Com

Bagaimanapun,diharap moga kalian semua masih segar dalam pemeliharaan Allah dan senantiasa dalam mood mengejar redha-NYA dalam pelbagai tuntutan di sana..
Syukur! Allah masih sudi meminjamkan usia buat hamba-Nya yang dhaif dan hina ini..dan juga Allah bagi saya golden chance to update blog...walaupun dalam keadaan yang saya rasa amat mustahil untuk saya update blog dengan kesibukan untuk persediaan yang sangat hampir...




By the way, I hope I have idea to write and deliver what is hidden from bottom of my heart...

Imtihan dunia dan akhirat merupakan satu medan bagi menguji sejauh mana bekalan kita mampu melepasi markah
LULUS dan CEMERLANG ataupun GAGAL

Jikalau exam di dunia ni, ada second chance for those yang kurang bernasib baik..maksud saya yang perlu mengulangi semula(repeat) paper atau subjek yang 'fail'..
TAPI, imtihan akhirat...jawapannya ada dua sahaja dan jikalau 'fail', dan amalan tidak exceed tahap untuk TIMBANG AMAL..AMALAN TIDAK CUKUP!....maka NERAKA adalah tempatNya..Astaghfirullah...

Dan kini musim study week sudah bermula..Struggle. Setiap masa berharga. Ada yang sudah rimas duduk di hostel, study di library..dan mungkin jua mengambil peluang pulang ke rumah parents dalam mencari mood yang 'baru' untuk menelaah..

Lecture notes semakin menjadi terlalu lusuh lantaran ditatap sekerapnya, walaupun kadangkala fokus selalu menjadi tanda tanya. Semakin diselak kitab - kitab itu, semakin terasa inferior ; betapa jahilnya diri - selalu berharap untuk berinovasi namun pemilikan ilmu asas belum pun cecah ke paras sepatutnya. Semakin diselak helaian nota-nota itu, semakin banyak yang diketahui, tetapi semakin banyak juga yang tidak diketahui. Semakin banyak yang dihafal, semakin banyak yang dilupa...

Infact, yang demikian itu hanyalah cebisan yang terlalu kecil daripada setitis ilmu daripada kesuluruhan ilmu Allah swt; Ilmu-Nya yang apabila dijadikan seluruh lautan sebagai dakwat untuk menulis segala ilmu-Nya, nescaya akan kering lautan itu sebelum ilmu - ilmu itu sempat ditulis. Subhanallah.

Pedoman terpenting : Usaha,
DON'T EASILY GIVE UP! Ubat bagi lupa adalah dengan selalu mengulangi apa yang telah dipelajari. Pengulangan pula memerlukan 'teknik tertentu'. Setelah berusaha, bertawakkal..jangan pula dilupa pada doa.. Allah is the only one who determines one to answer correctly in the exam...

Namun, telah ditatap, telah diulang berkali-kali, selayaknya diri ini sudah patut mengingatinya. RUPANYA KU TERLUPA TENTANG ITU.....MALAHAN SEPERTI 'BUAT-BUAT LUPA'...

Maksiat yang diri ini pernah lakukan.... Apa yang telah dilakukan dengan anggota yang
7 itu? Mataku, telingaku, mulutku, perutku, tanganku, kakiku dan anggota kemaluanku. Lazimnya, inilah punca. Punca hijab daripada Hidayah. Ilmu adalah Nur Allah, dan Nur Allah tidak akan menyinari hati orang yang melakukan maksiat..

Telah dinukilkan di dalam sebuah syair Imam Asy Syafi'i Rahimahullah;

"Aku mengadu kepada Waqi' akan betapa buruknya hafalanku, maka beliau menyuruhku untuk meninggalkan maksiat. Dan beliau jua mengatakan kepadaku bahawa Ilmu itu adalah Nur, dan Nur Allah tidak akan datang kepada orang yang melakukan maksiat.."

Diterangkan dalam syair tersebut betapa Imam Syafii yang merasakan hafalan beliau sangat lemah, lantas beliau mengadukan hal tersebut kepada gurunya Imam Waqi'. ..Kemudian, Imam Waqi' memintanya meninggalkan maksiat...

Marilah kita muhasabah diri kita. Jangan maksiat menjejaskan ingatan kita terhadap ilmu Allah. Apa yang kita sedang pelajari adalah ilmu milik Allah, jika diabaikan tatacaranya, bagaimana mampu untuk kita mengingatinya?
*peringatan buat diri yang seringkali lalai dan leka...

::Doa Ketika Mendapat Ilmu::

Ya Allah Ya Tuhan kami,

tambahkanlah bagi kami dan janganlah Engkau kurangi,

muliakanlah kami dan janganlah Engkau hinakan kami,

berilah kami dan janganlah Engkau halang-halangi kami,

pilihlah kami dan janganlah Engkau biarkan kami,

redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.

Ameen..

*Menurut At-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibacakan oleh Nabi sebaik sahaja menerima wahyu. Para pelajar digalakkan membaca doa ini agar dikurniakan keberkatan menyebabkan segala yang dipelajari terus tersemat dalam minda dan tidak diserang 'virus' lupa.



p/s: All The Best! Moga dipermudahkan urusan oleh Allah swt~

Lilypie Angel and Memorial tickers