Sunday, July 24, 2011

.nafi-'an li ghairih.

Bismillah.

*Jadilah anda seorang yang memanfaatkan dirinya untuk orang lain.



Adikku,
Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri
Terasalah oleh kita bahawa kehidupan ini begitu sempit dan pendek
Hanya bermula dengan kelahiran kita, dan berakhir dengan kematian
Berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi, dan kemudian kembali ke bumi lagi.
.
Tetapi adikku,
Jika hidup kita untuk aqidah dan untuk orang lain
Maka terasalah hidup ini begitu luas dan panjang
Ia lahir bersama kemanusiaan, dan tidak akan mati
Walau setelah ruh terlepas dari jasad ini, walau berpisah dengan bumi.
.
Kita akan merasa bahagia dan puas!
Hakikat umur kita berlipat ganda jauh melebihi jumlah angkanya
Walaupun pada hitungan tahun, usia kita kecil sahaja
Itulah kebahagiaan hakiki
Bukan kebahagiaan fantasi.
.
Dalam kehidupan seperti itu
Tergambarlah keuntungan yang kita peroleh sejak awal kelahiran kita
Dari hari ke hari
Dari masa ke masa
Dan seluruh umur kita
Keuntungan itu terasa dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita.
.
Terasa betul bahawa hidup ini
Bukan sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita
Bukan sekadar berapa banyak jumlah angka umur kita
Tapi hidup ini diukur dan dinilai dari kepuasan rohani yang dapat kita rasakan!
.
Inilah kenyataan yang dinamakan Realiti.
Bukan seperti imaginasinya kaum yang materialistik itu
Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka perkatakan.
.
(petikan surat As-Syahid Syed Qutb dari dalam penjara, kepada adiknya, Hamidah Qutb)

Ps; semakin terhidu aroma Ramadhan yang mencengkam rasa. subhanallah! Allahumma balighna Ramadhan..

.heartcanvas53.
23 Sya’ban 1432H

Monday, July 18, 2011

.mencari.

Bismillah.


Apa khabar iman? :)

14 hari lagi.
Preparation,how?
Sudah bersedia untuk bertemu sang kekasih hati yang terpisah setahun lalu?
Subhanallah! ~351 hari yang sudah berlalu pergi.
Andai dihitung,adalah satu jangka masa yang sangat panjang.
Allahu Allah. Refleksi iman dan hati.

Selagi ada masa, saat ini, tika ini.
Bangkitlah duhai diri!
Jangan hanya termenung menopang dagu hatta menyesal akan kelemahan diri,
namun pergerakan masih terbiar kaku dan sepi.

Jom top up amal secara istiqomah. inshaAllah.
Takut-takut andai tak bergerak saat ini juga, akan terpancit dipertengahan jalan.
Lalu mengangkat tangan pada 10 yang terakhir kerana sudah tak berdaya.
Mahukah wahai diri?

Bak kata Khalifah Umar Al-Khattab yang pernah berpesan kepada anaknya :

“Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.

Buat sekarang untuk capai segala target dan maintain!
Himmah dan hamasah perlu kuat dan yakinlah kamu mampu.

Wa fi anfusikum, a fala tubsirun ?
(pada diri kamu, tidakkah kamu melihat?)


.hajarulhamraa.
16 Sya’ban 1432H

Saturday, July 9, 2011

.lagu dihati.

Bismillah.

Pandangannya dilemparkan ke dada langit lazuardi 
yang baru menguning di ufuk timur 

Lalu hati bertanya pada iman
Apakah engkau masih belum bersedia? 
Kekeliruan apakah yang sedang bermaharajalela?

Hati 
kemana hilangnya ruhi?
Kosong, sunyi
Tiada balasan 
Dan terbiar sepi

wa lirobbika fasbir
dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah

Teruslah berlari duhai diri
Jangan biarkan langkahanmu terhenti
Dibelantara manusiawi
Demi syahadah yang engkau imani!





ps; mencari diri dalam samar yang tak pasti. AllahuAllah.

.hajarulhamraa.
6 Sya'ban 1432H/6:45pm

.sebentar cuma.

Bismillah.

Bermalam-malam mendongak ke langit mencari bintang
Entah bintang aurora kah?
Namun hati akan tetap dan terus tersenyum
Kerana hanya gerhana.
Bukan terbenamnya matahari.
Dan kerana Allah, maka bersabarlah.

'Jihad itu seperti tiada apa-apa lagi yang bisa dikorbankan'
*hatta jiwa, harta, rasa bahagia dan kesenangan.

“Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama…”
[Al-Hadid 22:78]

Untukmu muslimah! :’)


Ps; memikirkan sesuatu yang menyesakkan jiwa adalah amat melelahkan.
Mari berfikir untuk ummat!

.hajarulhamraa.
6 Sya’ban 1432H

Thursday, July 7, 2011

.merajut mimpi.

Everything happens for a reason, and I believe the reason is for one’s good sake. Whether one likes it or not, there’s nothing can be done to stop Him.

Sometimes in our life, we’re left with no option but we have to move on. It’s no point hoping for something which has obviously faded and is about to disappear completely from our life. We may pray for the betterment of something we used to have but it actually takes two to tango in this real world.

Ya Allah,
when I lose hope because my plans have come to nothing...
THEN help me remember that,
Your Love is always greater than my disappointments & YOUR PLAN for my life are always better then my dreams...~




Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam) dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan Al Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.
*doa yang dianjurkan oleh kekasih-Mu, Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, yang sahih menurut Al-Albani.



ps: O' Allah, give me strength to go through this rough moment. Never let me down and never leave me abandoned.

.hajarulhamraa.
5 Sya’ban 1432H

Tuesday, July 5, 2011

.kunci hati.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Tengok-tengok kalendar, hari ni  dah masuk 3 Sya’ban. Maknanya, tak sampai sebulan je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Dan hakikatnya, saya semakin belajar rindu akan Ramadhan. Hanya Allah yang tahu perasaan ini.

Saya teringat akan cerita seorang ukhti ini yang buat saya rasa ‘jealous’,huhu. Time dia kecik-kecik dulu (and until now) selalu nak lumba dengan adik dia, siapa yang dapat habiskan tadarus 30 juzu’ Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Dan dia cakap, normally dia selalu ‘kalah’ sebab adik dia biasanya dapat khatam 2 kali. mashaAllah! Terharu saya dengar cerita dia. Nak katanya kat sini, bukan berlumba-lumba without feeling anything pun time tadarus nak khatam satu Al-Qur’an tu. Dan bukan semata-mata nak tengok siapa yang lebih ‘teror’. Tetapi, betapa obsess-nya mereka pada Al-Quran. Sebab bila dah besar sedikit, semakin berusaha untuk menghayati tiap bait ayat-ayat cinta-Nya itu. Ya Allah, betapa rindunya mereka untuk berlumba-lumba menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan. :’)

Saya dapat merasakan bahawa obsess itu bukan sahaja tatkala Ramadhan menjelma, tetapi for the whole year! Sepanjang hayat mahu hidup di bawah bayangan Al-Qur’an. Allah, indahnya nikmat bila hidup di bawah bayangan Al-Qur’an kerana seolah-olah Allah sedang berbicara dengan kita.

Bak kata Syed Qutb dalam Muqaddimah Fi Zhilalil Qur’an;
‘Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.’
.
.
.
‘Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam alwujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri.’

Subhanallah! Begitu hebat Al-Qur’an yang menunjukkan kesinambungan alam dan manusia. Namun, manusia menetapkan hukum sendiri yang menyebab kekucar-kaciran di dunia ini hingga meletakkannya dalam keadaan yang sangat rugi! Dan Islam sebenarnya telah mengembalikan manusia kepada Allah, tetapi kehancuran Islam  membuatkan manusia melakukan tindakan yang tidak patut mereka lakukan, dan tersasar daripada jalan asal.



Belum terlambat untuk saya, kamu, kamu dan kamu untuk berusaha menghidupkan al-Qur’an setiap hari sepanjang tahun dan bukan sekadar hanya tatkala Ramadhan menjelma.
Step by step dan moga Allah memberi kekuatan demi kekuatan buat kita semua.
Fastabiqul khairat, jom! (^_^)

Saya ada hadiah nak bagi. :)

.hajarulhamraa.
3 Sya’ban 1432H

Friday, July 1, 2011

.find a solution.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

" Seek guidance from Allah, and HE will guide you."

Saat ini aku berfikir bahawa muhasabah TERBESAR buat diriku adalah iman & amal!
Bersungguh-sungguh benarkah aku untuk berada pada jalan ini dan sejauh manakah iman dan amal mampu dilakukan secara istiqamah, berterusan sehingga melayakkan diri untuk mendapat syurga Allah yang best sangat tu.
Atau aku hanya sekadar cakap-cakap kosong sahaja yang menjadi pemanis mulut untuk menampakkan segalanya indah belaka.(astaghfirullah!)

[Monolog dalaman.]
Kau beria-ia menyuruh orang solat fardhu. Tapi kau sendiri tak menjaga punctuality waktu solat tu. Dengar azan pun dok relaks lagi.
Kau beria-ia menyuruh orang bangkit Qiyam sebagai kekuatan dalaman dan hati. Tapi rawatib kau sendiri pun tak terjaga. Dhuha pun tidak kau peduli. Bahkan Qiyam kau pun dah macam jadi ritual je, have no feelings dalam nak bertemu dengan-Nya.
Kau beria-ia menyuruh orang mengikuti cara hidup islam yang sebenar-benarnya. Tapi sedangkan Al-Quran dan Sunnah Nabi yang sepatutnya menjadi panduan hidup kau pun jarang kau ikuti. Nak mentadabbur dan tilawah at least sejuzuk sehari, apatah lagi.
Kau beria-ia menyuruh orang untuk puasa sunat Isnin & Khamis, tapi puasa wajib di bulan Ramadhan pun kau tak mampu untuk mengekang hawa nafsumu apatah lagi menambah imanmu.
Kau beria-ia cakap kau cinta pada Nabi Muhammad S.A.W. Tapi lafaz selawat pun jarang sekali berirama di bibir mulutmu.
Kau beria-ia menyuruh orang menjadi baik. Namun, kau sendiri pun tak dekatkan diri sangat dengan Allah, dengan solat kau yang tak fokus dan asyik ingat dunia sahaja, macam mana tu?
Seringkah kau basahkan lidah dan bibirmu dengan zikrullah wa astaghfirullah?
Sudahkah jahiliyyah yang masih bersarang di dalam diri dan mungkin sedang bernanah dihati telah kau bersihkan?
Atau engkau langsung tidak menyedari jahiliyyah apa yang ada pada dirimu? Movie (korea, mat saleh), lagu-lagu yang melalaikan, games, TV, komik, internet etc.

And the list goes on…

Lalu, bekalan apakah yang kau bawa dalam kau mengaku diri kau adalah da’ie ilallah? Hidup matimu kerana Allah!
Dengan benteng pertahanan bagaimanakah yang mampu kau bina andai diterjah dugaan yang mencabar iman dan taqwamu? Mampukah engkau bertahan?
Andai kau tidak punya jawapan, hentikanlah mimpi-mimpimu itu untuk menjadi penegak kalimah la ilaha illallah!
Kerana orang yang tidak membawa bekalan akan mudah meninggalkan da’wah, lemah, menyerah, futur, tidak tegar bahkan mungkin barisan akan terancam gara-gara kesilapan ini. CAUTION!

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa bila dikatakan kepada kamu
"Berangkatlah(untuk berperang) di jalan Allah",
kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan akhirat?
Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sendikit

Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang),
nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,
dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.
Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu
(At Taubah: 38-39)


"Tegakkan daulah islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak di bumi kamu"
[Syeikh Mustafa Masyhur]

Nak katanya, andai kita sendiri tak mampu untuk menjadi khalifah buat diri sendiri, mengawal hawa nafsu yang banyak dan pelbagai serta begitu meliar di dalam hati dan diri, tidak membawa diri mengenal Allahu Rabbi, masih lagi mencintai dunia dari akhirat dan membiarkan masa yang teramat berharga itu berlalu sia-sia sahaja, jangan mengharaplah impian untuk daulah Islam itu tertegak menjadi kenyataan.

Renggangkanlah dirimu dengan dunia dan ikatlah hatimu dengan akhirat!

Dan sesungguhnya da’wah itu ditegakkan atas kemahuan yang kuat dan dipikul oleh orang-orang yang memiliki kemahuan kuat, bukan di atas sikap sambil lewa dan didokong oleh orang-orang yang hanya menyukai keringanan. Tak mahu bersusah payah malah kurang keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah. 


"Kita bisa belajar untuk melakukan lompatan. syahadat telah mengubahnya, merevolusi kehidupan preman jadi pahlawan, dari penjahat jadi ahlul jadid, dari pembuat onar jadi pendekar."
[petikan dari buku: New Quantum Tarbiyah]

                                                            
“Awak, sekarang ni awak fikirkan diri awak sendiri melebihi dari ummat ke?
Atau awak sedang fikirkan ummat melebihi diri awak sendiri?”



If we are not the solution,
we are the problems!


‘Super Saiya’ sungguh terkesan di jiwa!
[Da’ie. Kita ke?]

*Aku menulis ini bukan kerana aku sudah bagus. Jalanku masih panjang terbentang dan terlalu banyak lopak-lopak yang bertakung yang perlu diratakan. Namun, moga-moga dengan ini mampu menjadi muhasabah buat iman di dalam hati.

.hajarulhamraa.
29 Rejab 1432H