Saturday, October 30, 2010

Kembalilah duhai diri..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~



Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi


Duhai diri,
Pilihlah, menangis kerana menyesali khilaf diri, bangun dengan hakikat ketakwaan pada-Nya, atau terus terbaring di tanah gersang yang basah dengan air mata penyesalan dan putus asa.

Walau banyak sekali dikau tersungkur, bangunlah dengan keyakinan kepada-Nya. Teruslah menggilap mutiara iman itu dengan amal soleh dan menifestasi dari hakikat perhambaan manusia.

‘Kerana kau terpaku pada bentuk, maka kau tak menyedari makna. Bila kau bijak, ambillah mutiara dari cengkerangnya’
~Jalaluddin Rumi~


*Ya ALLAH, aku pohon pada-Mu, Ya ALLAH
aku terasa kekosongan saat ini Ya ALLAH
moga kau kuatkan ikatan pergantungan aku kepada-Mu Ya ALLAH
moga kau beri peluang padaku untuk mendekatkan diri ku kepada-Mu

Ps; lirik lagu ‘Air Mata Keinsafan’ – Nazrey Johani, Album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr

Friday, October 29, 2010

Qasidah Dalam Ba'

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

I hope and pray this reaches you in the best of health and iman on this blessed Friday. 

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Terjumpa kata-kata yang memujuk hati di hari Jumaat yang penuh barakah.

  



 Kuangkatkan tangan menadah pada-Mu dalam setiap dugaan
Dan di dalam setiap bala' kutemui kebaikan-Mu jua.

Engkau Penentu dan Penjamin dalam kesunyianku
Memungkinkan harapan menjadi keperluan

Harapanku dalam-Mu sudah satu ketetapan,
Wahai Allah, lindungi daku
Dari musuh mengkhianati, dari kawan menyalah erti

Dari percubaan demi percubaan, jika bukan Engkau siapakah yang melepaskanku
Dari pinggang hingga ke dada terkunci aku, pada permulaan

Tanpa kekuatan diriku, tanpa kira bicara
Hanya berbekal kefakiran di hadapan Engkau Mulia Raya

Wahai Pelindung bagi faqir apabila Engkau panggil
Bantu aku wahai Tuan bila hatiku serasa hilang ditawan

Harapku pada-Mu—untungku, modalku, segalanya
Untungku hanya putusku dari makhluk kejadian

Wahai Pembantu walau dari apa jua yang telah aku lakukan
Masih mahu Engkau memandu, memaafkan

Hanya sifat-Mu yang dipegangi, rahmat-Mu mencurahi
Walau terpesong aku, dan diriku berantakan

Selawat dan salam keturunan Bani Hashim itu, kerana dari mereka Nabi Pilihan
Mendatangi hati pengikutnya semasa dalam kesusahan.


~Shaykh Abu Madyan Shu'ayb~


*dipetik daripada Rangkaian Sastera Sufi,
diterjemah, disunting dan disusun Dr Baharudin Ahmad
terbitan ISTAC IIUM Kuala Lumpur


Ps; Allahu musta'an. Allah-lah Sebaik-baik Pembantu.
Sedang berusaha untuk istiqamah dalam membaca Surah al Kahfi padasetiap hari Jumaat.: http://quran.com/18 :)

Tuesday, October 26, 2010

wannajihin.walfaizin.~

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

Apa khabar iman hari ini? :”)
Anyway,sekarang ni dah start musim orang ‘berperang’.heh. EXAM.
Okay,sekadar nak berkongsi video ini dan sedikit du’aa buat bekalan kekuatan.inshaAllah.


اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla
Meaning: "O Allah! There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will."



For those yang nak exam, bittaufiq wannajah.
Moga beroleh kejayaan yang diimpikan. Tapi,ingat. Allah tak pandang pada hasilnya. Allah pandang pada usahanya. So,do your very BEST.and let Allah do the rest. Rezeki nak berjaya dengan cemerlang tu semua HAK ALLAH.
WANNAJIHIN.WALFAIZIN to everyone!

Ps; Selamat menjalani peperiksaan. Rabbi yassir wala tu'assir. InshaAllah, doa saya sentiasa ada untuk kalian, semua. :")



Sunday, October 24, 2010

Hati



بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

Rumah dicat baru.
Sengaja memberi nafas baru. Berkali-kali mencari templates yang sesuai,akhirnya saya akur yang saya selesa rumah baru dicat putih keseluruhannya. Lebih tenang.
Keinginan hati,mahukan sedikit warna hijau muda ataupun ‘baby blue’. Tapi, tiada pula yang berkenan di hati. Yang ada, kelihatan berserabut. Dan, mungkin yang ini akan berkekalan. inshaAllah.

Tersentuh.
Saat kali pertama mendengar lagu ini.
Liriknya. Betul-betul terkena pada diri sendiri.



~MENJEJAK BAHAGIA~
.Mohd Erfino Johari.

Saat dirimu sendirian
keseorangan tiada teman
usah kau resah 
jua gelisah
kerna cinta-Nya bersamamu
sentiasa

Perjalanan yang kau lalui
kembara pasti kan menguji
andai kau jatuh
andai kau tersungkur
bangkitlah teruskan langkah mu

Kini bukannya masa untuk berputus asa
janganlah mudah untuk menyerah kalah
tiada waktu untuk kau persia
renungi mimpi cita
terus berlari menjejak bahagia

Roda hidup terus berputar
Saat akan pantas beredar
kau kan tempuh onak dunia mencabar



Ps; saat ini,saya teramat rindukan belaian seorang murabbi.sungguh!saya tak mampu tipu diri sendiri.ada banyak perkara yang buatkan hati saya jadi begini.moga Allah kabulkan hasrat hati saya.ameen,inshaAllah. :”/

Wednesday, October 13, 2010

Dream

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

Just a simple note from me, after a month never update my blog. :)


No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.




~credit to coffecrum~

Towards my dream! :”)