Sunday, October 24, 2010

Hati



بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

Rumah dicat baru.
Sengaja memberi nafas baru. Berkali-kali mencari templates yang sesuai,akhirnya saya akur yang saya selesa rumah baru dicat putih keseluruhannya. Lebih tenang.
Keinginan hati,mahukan sedikit warna hijau muda ataupun ‘baby blue’. Tapi, tiada pula yang berkenan di hati. Yang ada, kelihatan berserabut. Dan, mungkin yang ini akan berkekalan. inshaAllah.

Tersentuh.
Saat kali pertama mendengar lagu ini.
Liriknya. Betul-betul terkena pada diri sendiri.



~MENJEJAK BAHAGIA~
.Mohd Erfino Johari.

Saat dirimu sendirian
keseorangan tiada teman
usah kau resah 
jua gelisah
kerna cinta-Nya bersamamu
sentiasa

Perjalanan yang kau lalui
kembara pasti kan menguji
andai kau jatuh
andai kau tersungkur
bangkitlah teruskan langkah mu

Kini bukannya masa untuk berputus asa
janganlah mudah untuk menyerah kalah
tiada waktu untuk kau persia
renungi mimpi cita
terus berlari menjejak bahagia

Roda hidup terus berputar
Saat akan pantas beredar
kau kan tempuh onak dunia mencabar



Ps; saat ini,saya teramat rindukan belaian seorang murabbi.sungguh!saya tak mampu tipu diri sendiri.ada banyak perkara yang buatkan hati saya jadi begini.moga Allah kabulkan hasrat hati saya.ameen,inshaAllah. :”/