Monday, January 31, 2011

.booster!.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

"Ya Allah, pinjamkan kami keberanian Umar Al-Khattab,
ketangkasan Khalid Al-Walid,
kecekalan Tariq bin Ziyad,
kegentalan Salahuddin Al-Ayubi dan ketajaman Sultan Muhammad Al-Fateh."

Jadikan kami umat Risalah seperti yang termaktub dalam sejarah. 
Allahu Akbar!


subhanallah..
Bangkitlah ummah, agar Islam berdaulat!

"Kita adalah kaum, yang Allah muliakan dengan Islam.
Bangsa tanpa kemuliaan Islam adalah dalam kehinaan."



Thursday, January 27, 2011

.i really need LOVE!.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum~

Hajar,please.
You still have a long journey to go.*dush.
Semangat banyak,okay.

اعمل ما تحبّ حتى تحبّ ما تعمل

Buat apa yang kau suka, sehingga kau suka apa yang kau buat!
           


Maybe, kadang-kadang kita rasa stress bila seperti dalam keadaan perasaan 'terpaksa' untuk buat something yang kita rasa tak suka? 
Rasa yang begitu menguasai hati dan diri. Allahu Allah.~
So, what I need is MINAT!
"Enthusiasm ignites greatness."
Dan bak kata mira, HE chose you for many reasons for sure, yang mungkin I can’t see it right now. :’)
So, berusahalah.

Okkay nak share these points taken from somewhere.

Kecemerlangan adalah ketaatan kepada Allah swt.
Objektif mulia seorang muslim yang belajar. :)

     Saya mahu cemerlang kerana Allah: Ya! Saya mahu cemerlang kerana Allah, kerana Allah swt berfirman dalam surah al-An‘am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Maka seseorang muslim mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah. Antara kehidupannya ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangannya.
     Saya mahu cemerlang kerana keluarga dan kedua ibu bapa saya: Antara cara saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya ialah dengan menggembirakan mereka. Alangkah besarnya kegembiraan dan kebahagiaan mereka jika saya cemerlang dan berjaya mendapat markah paling tinggi.
     Saya mahu cemerlang kerana diri saya sendiri: Setiap muslim mempunyai matlamat dalam kehidupannya. Jika dia mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi, maka matlamat dan cita-citanya itu tidak akan tercapai melainkan dengan kecemerlangan.
     Saya mahu cemerlang kerana ingin mengembalikan keagungan Islam: Mengembalikan keagungan Islam? Ya! Kerana ingin mengembalikan keagungan Islam. Keagungan Islam dahulu adalah melalui ilmu dan para ulama. Keagungan ini tidak akan datang kembali melainkan melalui para ulama yang benar, beriman dan ikhlas kerana Islam dan umat Islam, ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.

Okay, please take note my dear self!
Semangat,semangat.
Gambatte!

Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH) yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang kamu kerjakan."
[At-Taubah: 105]

What so ever,
kena tahu yang. . .
أساس العلم , محبّة

Asas ilmu adalah mahabbah!
(^^)

Mahabbah itu CINTA! =)
dan saya amat perlukan CINTA itu dengan sangat. :') moga Allah permudahkan.biiznillah.


“Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa anta taj'al hazna idza shi'ta sahla.” 
O Allah, there is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy, if it be Your will.. :')

ps; Amanah yang kian bertambah. so,kena pandai manage masa. Moga dipermudahkan oleh Allah pada setiap urusan. 
pps; hve a test tomorrow. then another 6 tests after holiday! :D


Friday, January 14, 2011

.percaya.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Jum’aah Mubarak everyone!
*jom,perbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w . :)

And it’s already my 2nd week di sini.
Betapa sedang mencuba untuk struggle ‘alone’ when for the certain subjects, all my classmates are boys and me the only girl inside that class. Allahu Allah.~
Moga Allah permudahkan jalan-jalan saya di sini dan dijauhi dari fitnah duniawi.
nau’dzubillahi min zalik.
Moga langkah makin kuat dan tak tersasar dari landasan-Nya.
Moga tidak wujud istilah ‘give up’ mahupun ‘breakdown’ saat langkah baru bermula atau sudah bermula.

Reminder from someone; each step in your life is a learning process. Jadinya, kena terima segala susah payah sebelum nikmat kejayaan itu mampu dicapai.
Even dalam hidup ini takde jalan shortcut untuk berjaya. Semua kena ada usaha. Macam motto sekolah rendah dulu yang simple dan mudah untuk difahami; ‘usaha tangga kejayaan.” ;)

Mengingatkan diri sendiri.
Once dah melangkah untuk menuntut ilmu, niatkan segalanya kerana Allah.
Ikhlas hati dan diri dalam nak mencari ilmu.
Kerana ilmu itu nur Allah dan juga hak mutlak Allah swt dan nur Allah ni never comes to hati yang ‘kotor’.
Ighfir dzunubi.

Quoted from someone;
"I dont know but trying to escape things which seem difficult for us isnt just the way the prophet did."

"The pencil didnt even break when we use it for studying. The screens of our laptop didnt even break down no matter how intense we look at it."

Post this thing sebab nak ingatkan diri sendiri yang bila terdetik dihati dan timbulnya perasaan, kenapalah rasa susah sangat nak faham, nak struggle ilmu2 yang dirasakan sangat baru buat diri.ditambah pula dengan tiadanya classmate perempuan; semuhrim untuk berdiskusi anything yang rasa susah untuk difahami..Allahu Allah.
tapinya, kena kuatkan hati dan yakin pada Allah yang Dia pasti sentiasa ada bersama walau dalam keadaan apa sekalipun.



May Allah give me strength to endure hardship with patience, and to emerge from all the trials and tribulations of this life, with the Iman renewed and my trust in Allah redoubled.
inshaAllah. :")

Dan malam tadi ada sesi curhat with adik roommate..tak sangka dia yang start untuk sharing rasa hati dia.mashaAllah.
“kak hajar, saya suka sangat tengok cara dan pakaian akak. Saya jugak teringin nak pakai macam tu, tapi rasa macam tak yakin.bla.bla.”
Adik,yakinlah. dan kuatkan hati untuk berubah. Lakukannya kerana Allah semata-mata. Dan moga Allah permudahkan langkahanmu,ya!kakak ini turut mendoakan yang terbaik buat kamu.

ps; have to re-schedule back my timetable yang rasa macam tak ikut sangat walau dah masuk minggu ke-2. Macam mana mahu punyai ciri-ciri muslim yang sempurna dan berjaya andai urusan kehidupan berjalan dengan tidak teratur dan diri tak pandai menjaga masa?astaghfirullah.allahumma yassir wala tu’assir.allahumma atmim bikhair!

Sunday, January 9, 2011

.Dosa menghitam hati dicabut iman.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Malam tadi, dengan penuh harapan moga ada peluang untuk online walau sekejap saje.
Alhamdulillah.
Disebabkan petangnya sempat baca satu artikel yang sangaat bermanfaat,inshaALLAH.
Does revive myself sebab kadangkala rasa diri ni tak menghargai sangat masa lapang yang ada.isk.
Dan rasa tersangatlah patut untuk dikongsi pada semua yang jadi readers di blog yang tak seberapa ini.
*Taip cepat-cepat mana yang patut sebab esok ada kelas pagi.yuk, jom baca & hayati! =)

Artikel ini di’copypaste’.
Harap maklum. =)

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya

PENENANG HATI: Masa terluang perlu diisi dengan amal ibadat supaya kekuatan iman bertambah.
Masa luang paling bahaya kerana melemahkan perasaan hingga menjejaskan kesabaran.
TAKUTLAH dengan keselesaan dan ketenangan hidup kerana boleh jadi ia seperti sungai yang tenang, tetapi dalamnya boleh menenggelamkan orang yang leka akibat keindahannya. Begitulah perumpamaan dunia yang disediakan untuk menguji.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“…siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).”
(Al-Mulk : 2)
Tetapi mengapa mesti takut jika seseorang sudah beriman. Bukankah hidup ini awal dan akhirnya, susah dan senang, azab dan nikmatnya sudah ditakdirkan untuk setiap yang bernyawa? Seperti kata Umar Al-Khattab mengenai hakikat ujian: “Aku tak kisah selama ujian itu tidak menjejaskan iman dan agamaku.”
Asalkan ada iman, segala-galanya akan menjadi mudah. Sebaliknya, tanpa iman harta yang banyak tidak akan memuaskan, wanita cantik rasa menjemukan, anak ramai, tetapi kesunyian, kawan dan pengikut taat setia, tetapi dicengkam pengkhianatan.
Maka ia memandang manusia dengan pandangan mencurigakan, mencari musuh dan mengumpul kekuatan untuk melawan. Hidup jadi kusut, konflik bertindih-tindih, apa yang ada di tangan tidak boleh menundukkan hatinya. Nafsu menjadi raja, iman semakin susut ke paras terendah.
Saidina Abu Darda’ pernah berkata: “Antara tanda kefahaman seorang hamba adalah dia mengetahui apakah imannya bertambah atau berkurang.”
Sesungguhnya iman boleh naik dan turun, ia diuji dengan pelbagai masalah kehidupan. Sama seperti ujian kemewahan dan kemiskinan yang disentuh dalam al-Quran.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Katakanlah: jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan kamu usahakan, perniagaan kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah swt dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah swt  mendatangkan keputusan-Nya dan Allah swt tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik.” (at-Taubah : 24)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.”
(al-Baqarah : 155)
Menjadi sifat dan tabiat buruk manusia apabila diuji ingat kepada Tuhan dan jika hilang kesusahannya ia berpaling daripada Tuhan. Hal ini dinyatakan menerusi sindiran al-Quran yang bermaksud:
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang menimpanya. Begitulah orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
(Surah Yunus, ayat 12)
Semestinya ketika musibah berakhir dan berganti dengan keselamatan, seseorang semakin kuat bergantung kepada Allah swt dan berwaspada jika peristiwa itu berulang lagi. Kemudian bertambah kesyukuran dan selalu mengingati jasa Allah swt kepada dirinya.
Apabila dia melihat saudaranya ditimpa musibah, hatinya kembali mengingati bahawa dia pun terdedah kepada musibah itu dan bertambahlah harapannya kepada Tuhan. Begitulah kefahaman iman yang sejati ketika menghadapi ujian.
Selain ujian kehidupan, iman juga boleh dicabar dengan dosa kecil dan besar. Orang melakukan dosa, maka serta-merta berkuranglah imannya. Adakah sesuatu yang boleh menggugat ketenangan hati manusia? Yang menggetarkan hati adalah dosa, yang menghitamkan hati juga dosa, yang menggelapkan pandangan dan mengotori perasaan manusia hanya dosanya.
Seseorang boleh terjejas tumpuan amalnya kerana dosa, lemah azamnya kerana dosa, keruh hubungan dengan sesama manusia kerana dosa. Dan yang paling hebat impak dosa adalah terlempar manusia dari sisi Allah swt dan tercabutnya iman daripada hati.
Untuk itu, penting menjaga iman supaya sentiasa tegak pada paras yang tinggi atau setidak-tidaknya konsisten dan istiqamah begitu mendesak untuk disegerakan melebihi segala-galanya. Seboleh-bolehnya yang menjadi agenda terpenting dalam kehidupan kita adalah bagaimana cara melonjakkan iman dan menyurutkan maksiat.
Saidina Abdullah Masud berkata: “Seorang Muslim tidak akan sampai pada hakikat iman sehingga masa baginya lebih berharga daripada hartanya.” Dia begitu menghargai masa, mengisi dengan perbuatan berfaedah dan sentiasa mengejar sasaran tertentu. Tidak salah apabila seseorang mempunyai impian, asalkan bukan angan-angan kosong.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: “Aku memiliki jiwa yang cekal untuk mendapat segala keinginanku. Dulu, aku ingin berkahwin dengan anak perempuan bapa saudaraku akhirnya aku memilikinya. Lalu aku ingin menjadi Gabenor Madinah, aku ingin menegakkan keadilan dan aku memperolehnya. Kemudian aku ingin menjadi khalifah kaum Muslimin dan aku mendapatkannya. Adapun kini, aku merindukan yang lebih tinggi lagi, sekarang aku merindukan syurga Allah swt.”
Betapa tingginya cita-cita semata-mata mahu memperjuangkan agama Allah swt dalam apa juga bidang diceburi. Alangkah singkatnya masa yang ada, sehingga al-Imam Hasan al-Banna berkata: “Sesungguhnya kewajipan kamu lebih banyak daripada masa yang kamu miliki.”
Bagaimana mungkin seseorang boleh menunda pekerjaan yang baik di sisi Allah swt padahal dia tidak tahu mungkin esok mendapat serangan penyakit atau musibah yang menjejaskan segala sasaran dibinanya.
Masa terluang adalah saat paling berbahaya kerana dosa dan kejahatan itu berpunca daripada masa dan hati yang kosong. Hanya dengan bekerja, beramal dan beribadat seseorang memiliki kekuatan iman, manakala menganggur, malas dan berhibur berlebihan akan melemahkan iman.
Al-Imam Ibnu Al-Qayyim berkata: “Setiap hembusan nafas dan titisan peluh yang keluar di dunia tidak dalam rangka ketaatan kepada Allah swt, maka akan keluar pada hari kiamat dalam keadaan menyesal.”
Abu Bakar al-Siddiq masuk ke sebuah kebun milik sahabat Ansar, bersama sahabatnya beliau duduk menikmati keindahan kebun, buah-buahan sedang ranum menunggu masa untuk dipetik, rantingnya tidak kelihatan disebabkan banyaknya buah, sementara burung bergayutan kegirangan.
Sahabat berasa gembira dengan pemandangan indah itu, tetapi mereka melihat Abu Bakar duduk sendirian sambil menangis teresak-esak. Mereka bertanya hairan: “Wahai Khalifah, apa gerangan yang terjadi pada dirimu? Abu Bakar menjawab: “Saya melihat burung ini, betapa beruntungnya ia, hinggap di sebatang ranting dan memakan buahnya, ia mendatangi sungai yang jernih dan meminum airnya, ia mati tanpa dihisab dan tiada mendapat azab. Oh seandainya aku hidup seperti burung ini, oh…seandainya ibuku tidak melahirkanku.” Akhirnya sahabat yang lain ikut menangis.
Jauhnya pandangan dan sensitifnya perasaan Saidina Abu Bakar, bukti kentalnya iman di dada. Pada saat tidak terduga pun (ketika bersantai) beliau mampu membangkitkan keinsafan dan menyuburkan imannya. Sesuatu yang agak mustahil dilakukan pada zaman ini di mana ramai generasinya dalam terkena bala pun masih sempat bermaksiat.

*sila click untuk full resolution with clear words! ;)

Ya Allah,
kami mohon, hidupkanlah iman di dada kami setiap saat.

ps; duhai iman & hati yang tersayang,kamu sila take note ya!

Friday, January 7, 2011

.never give up!.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk menulis sesuatu di sini.
Minggu pertama.
Homesick ke? Taklah. =)
Sebenarnya, ‘berlagak’ kuat dan sangat okay. T_T
Sambil tersenyum, saya tahu saya harus positif.
inshaAllah, akan mampu bertahan hingga ke akhirnya.
And once saya dah berada di sini, saya sudah tanamkan keyakinan dalam hati bahawa inilah qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan buat saya. Pasti ada hikmah-Nya. :’)

Sedang mencari sesuatu sebenarnya.
Hari pertama,ok. Hari kedua ok. dan masuk hari ketiga. Masih okay lagi.
Masuk hari ke-4, sudah terasa kosong dan semakin kosong.
Kerana apa yang saya cari, tersangat susahlah untuk dijumpai.
Setiap kali berjalan pergi atau pulang dari kuliyyah, ‘mengintai-intai’ seandainya apa yang dicari itu mungkin terselit-selit atau ianya kabur dari pandangan mata saya.
Mungkinlah juga usaha saya tidak seberapa, lalu mengharapkan bulan jatuh ke riba?

Namun, Alhamdulillah, hari ini Allah kabulkan hasrat hati dan doa saya.
Seperti selalunya, berselisih dengan yang muhrim, inshaAllah pasti sekeping senyuman akan diberi.

Smile can change your life… ;)

Begitu jua kepada kedua insan tadi.
Berselisih, tersenyum dan meneruskan langkahan menuju ke destinasi.
Sudah berjalan beberapa langkah ke hadapan dan mula menapaki anak-anak tangga yang banyak itu.
namun, berpatah balik semula sambil berjalan dengan pantasnya untuk ‘mengejar’ mereka tadi.
Sepertinya hati tergerak-tergerak untuk bertanya sesuatu.
Lalu, menepuk bahu si baju biru dengan lembut.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Keduanya si baju hitam dan biru menoleh, sambil tersenyum.
“Hurm, nak tanya. Kat sini ada usrah tak?”
Keduanya berpandangan di antara satu sama lain.
“Ada.”
Keduanya tersenyum lagi.
“mashaAllah, sebenarnya susah sangat nak jumpa orang yang tanya tentang usrah kat sini. Yang offer diri nak join.Alhamdulillah, shukur sangat.sebelum ni join usrah kat mana.bla.bla.bla.”
Mengambil masa beberapa minit dari mereka dan sambil itu hati tak putus-putus mengucap shukur pada Allah. DIA gerakkan hati saya dan kuatkan langkah saya untuk menegur kedua ukhti itu.
Sebelum berpisah, bertukar no phone untuk mudah dihubungi kemudiannya.
“InshaAllah,nanti kami ‘contact’ Hajar, ye.”
Betapa saat itu hati saya terasa meruntun-runtun bahagia.
Allah semakin mudahkan langkahan saya.
Alhamdulillah wa shukur lillah.

Kerana sesungguhnya saya tersangat risau sebenarnya.
Saya risau saya futur. Saya bimbang saya jatuh.
Mungkin ada ketikanya saya ‘dihasut’ dengan suara-suara yang membuatkan saya fikir saya akan kuat tanpa tarbiyyah tanpa usrah.
“Ala,kawan-kawan lain rileks je.Pergi outing,jalan-jalan. Fokus je study tu.Buat apa penat-penat kan otak,badan nak fikir nak pergi usrah.nak join any tarbiyyah program.Dah la hostel nun di puncak bukit.Rajin sangat nak menapak anak tangga untuk ke bawah.Duduk dalam bilik dengan kesejukan yang begitu mencengkam badan sambil tarik comforter lagi best.tido!”
Lagi sangat simple,macam best rileks je.Heh,itu ke yang saya nak?
Tampar pipi berulang kali.

Memetik kata-kata dari Abdul Wahab ‘Azzam:

“Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara yg besar, nescaya kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh”


And nice sharing dari blog seorang ukhti.
Terkesan sungguh dengan kata-kata dari murabbiyahnya yang sungguh menusuk hati;

“hanya satu formula untuk antunna kekal dalam jalan dakwah dan tarbiyah iaitu maintain usrah. Kerana fokus K.I.T.A punya wasilah tarbiyah adalah usrah.

kurangnya tarbiyah samaada dzatiyah atau jamaeiyah, maka terimalah lunturnya hamasaah dan sindrom kefuturan yang berlarutan sehingga kita tersungkur masuk kelembah paya yang busuk itu kembali.nauzubillahi min zalik.”

sungguh,saya tak mahu jadi sedemikian rupa.saya tidak mahu sekadar bersandarkan pakaian taqwa namun hakikatnya jiwa saya kering sekeringnya.
doakan moga Allah permudahkan langkahan saya di sini ya! :')


Dan minggu pertama juga sudah membuatkan saya ‘tersenyum’ di sini.
Menatap buku law yang setebal 600 lebih mukasurat yang bukan sekadar perlu dibaca tapi harus difahami dan dihafal segala akta-akta di dalamnya membuatkan hati sudah berbolak-balik. Mampukah aku?
AllahuAllah.
Allahumma yassir wala tu’assir, Allahumma atmim bikhair!
Yuk,selamat berjuang menempuh semester baru dengan 7 subjects yang tersenyum-senyum menanti di hadapan! ;)




ps; mohon selitkan namaku dalam lewat doa-doa kalian ya :')