Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

.soften your hearts.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Dalam kita melangkah
Terkadang di uji dgn ujian yang terasa berat hingga kita terduduk & menangis
Peritnya terasa
Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yangg tersasar dari keikhlasan
Semoga kita tabah & ditetapkan iman


Saat bertafakurnya kita, renungilah ayat ini.

“Wahai Tuhan Yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” 
(Ali Imran : 26)


.hajarulhamraa.
26 Rejab 1432H

Friday, May 27, 2011

.perjalanan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku. Hidup adalah perjuangan.
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati kelazatan susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak. Ia adalah membela hak; orang merdeka mana tidak membela haknya? Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah. Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin boleh berkata ‘TIDAK’ dan ‘YA’, apabila anda mahu dengan pandangan yang tajam.”

Oh, nak share.*suke lirik lagu ni. =')


Saturday, May 21, 2011

.3:139, check niat.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Bila hati dah mula faham akan tarbiyyah, kadang-kadang terbit dalam hati kita perasaan kecewa dengan keadaan sekeliling kita yang langsung  tak seperti yang kita impikan.(mungkin?)

Perlukah wujud perasaan sebegitu. Hati bertanya kembali.

Contohlah, kita pergi program (daurah,rehlah,mukhayyam etc) dan berjumpa dengan akhawat-akhawat yang bukan semukim dengan kita yang nak katanya sangat mantaplah. Dan membuatkan semangat pun meluap-luaplah nak membentuk diri seperti mereka. Mahu melaju dan berdiri sebaris dengan mereka bila sampai waktu dan ketikanya. Namun, bila kita kembali ke dunia realiti, tempat yang kita berada sekarang ini, terasa, “Argh.beratnya beban yang aku kena bawa. Why tak ada akhawat yang nak hebat,yang tak lesu ,yang serius time usrah. Kenapa diorang  tak rasa pun nak melaju dalam tarbiyyah ini, kenapa keadaan kat sini langsung tak membantu,membantut adalah. Kenapa tak ada orang nak push aku buat apa bla.bla.”  [hati merungut.]
Sampai hati rasa, “Aku nak larilah dari tarbiyyah ni. Sedih,penat (sedangkan usia tak sampai setahun jagung pun dalam tarbiyyah.*dush). Baik aku cari orang yang punyai logam yang hebat dalam diri dia.etc.”

Tapi, bila difikir kembali. Apa niat asal kita ya mahu tarbiyyah? Niat yang lahir dari hati kita. Walau hebat mana pun pengisian yang kita dapat dan sangat-sangat ruhiy, tapi andai niat kita masuk tarbiyyah bukan kerana Allah, jadi useless. Betul tak hati? [ketuk kepala. hurm.] permulaan sudah tidak betul, macam mana nak mantap, nak hebat lepas-lepas ni kan.
Ikhlas itu sudah disemai comel-comel ke? Dah sental hati bersih-bersih tak?

Even, Imam Hassan Al-Banna pernah cakap, and dia tegaskan yang diri kita ini still belum tergolong dalam kategori orang yang betul-betul beramal kalau kita ini cuma tahu complain & komen tapinya tak pernah pun mahu berusaha bersungguh-sungguh dan korbankan kepentingan diri dalam nak memperbaiki suasana dan mewujudkan suasana.

Nak katanya, pujuklah hati agar tak mudah merungut pada keadaan disekeliling kita walau rasa hati tu macam nak menangis dengan sangat pun ada. Kenapa,kenapa dan kenapa?
Sampai terlupa Allah ada kata, “la yukallifullahu nafsan illa wus’aha.” Kena yakinlah yang Allah pasti akan membantu dalam kita nak bergerak dan menuju ke daerah kebaikan. Dan sebab tak adanya bi’ah solehah disekeliling diri kita, kita langsung tak ada rasa ke bi’ah solehah tu dalam hati & jiwa? hurm. Tarbiyyah dzatiyyah itu sangat penting,okay. Allahu Allah~
That’s why, niat asal mahu berada dalam tarbiyyah sangatlah perlu dijaga dan ditajdidkan selalu.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam),
dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(Ali Imran 3:139)

Ps;
1.    Nota buat hati. Walau mungkin rasa terkoyak, please semai elok-elok ye.
2.    Berusaha, tawakkal. Yakinlah pada Allah.
3.    Asyik sentuh tentang hati-niat-tarbiyyah sahaja ya?

23:40; PH

Thursday, May 19, 2011

.melangkah jauh.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Bukak blog, ‘wah dah berusang blog ni!’ :D
Maafin ya buat yang sudi singgah ke sini. Mencari-cari yang terbaru,tapi blog sudah sebulan lebih tidak diupdate.
inshaAllah,selepas ini berusaha untuk mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk share anything yang bermanfaat with others. :’)
Dan sekarang pun saya sedang bercuti lebih kurang 4 bulan dan masuk hari ini, ditambah tolak masih berbaki 116 hari lagi sebelum semester baru bermula jika nyawa masih dipanjangkan oleh-Nya! ;)

Alhamdulillah. Last week sempat join daurah with akhowat yang balik bercuti dari India.
Walau tak mampu nak join full 3days, but I really got something from there,biiznillah.
Sentuh bab ukhuwah,undeniable lah.Perasaan berkasih-kasihan kerana Allah ni lain daripada kita jumpa kawan-kawan yang biasa je.till we meet again.even if not in dunya, I really hope to meet all of you again in Jannah. :’) *doakan moga kita semua thabat pada jalan ini.

And Alhamdulillah ‘ala kulli hal, again. Allah temukan saya dengan orang hebat dalam DnT ni. For the first time, ingat Kak A ni serius and mesti syadid je orangnya.(hehe,aka.jangan marah eh.) Lagi-lagi,time daurah ditembak dengan pelbagai soalan yang buat hati rasa cuak sahaja.salah jawab ke,tersalah kefahaman selama ini ke etc. Kak A tak suap dengan suapan yang mengenakkan dan mengenyangkan yang mungkin boleh buat diri tertidur.tapi cara dia,menembak persoalan-persoalan yang menyuruh diri untuk berfikir.why,what etc.*dush!
“kenapa nak tarbiyyah,nak usrah?” “awak rasa hajar,sebab usrah ke yang akan tingkatkan iman awak?” “nikmatnya ibadah tu semasa proses pemahaman atau setelah faham betul-betul sebab buat ibadah tu?” etc.
Okay, time ni berfikir. “Kau ingat nak berada dalam tarbiyyah ni boleh senang hati.boleh goyang kaki.main masuk redah macam tu je ye.sebab dapat kawan-kawan yang baik ke?nak dapat title ‘budak baik’ tapi dalam dada kosong segala.bla.bla.” [ini rasa hati saya ya.]
Then sedar.paling penting kena jaga himmah. Pernah dikatakan, “Jagalah himmah anda, kerana ia adalah muqaddimah segala sesuatu. Sesiapa yang soleh dan benar dalam himmahnya, maka segala amalannya selepas itu akan menjadi baik.”

Dan kena ingat tarbiyyah itu prosesnya panjang dan berterusan. Bukan boleh dinikmati hasilnya sebulan dua sahaja ya.

“Lompatan tinggi kedua belah sayap adalah perumpamaan kepada jiwa yang bersedia menanggung bebanan berat dakwah. Jika seseorang yang berada di peringkat awal dakwah ini memahami dakwah ini hanya untuk membersihkan hati, atau hanya untuk mendapat kawan yang baik, atau hanya untuk melepaskan rindu, atau hanya untuk membantu perkara kebajikan semata, maka nantinya dia akan keberatan melakukan nahi mungkar. Nantinya dia tidak akan dapat faham formula Ibn Yazdaniyar dalam masalah firasat sebagaimana difahami oleh para rijal sebelumnya. Dia juga akan mundur ke belakang pada hari peperangan. Senarai alasan uzur akan sentiasa ada di bawah ketiaknya. Alasan pertamanya ialah: saya tidak pernah diceritakan perkara seumpama itu sebelum ini. Perjanjian taat setia yang dilakukannya juga tidak mengandungi syarat tersebut.
Oleh itu, para tokoh tarbiyyah amat prihatin agar menjadikan langkah pertama mereka perlulah langkah yang ‘menggerunkan’, sebagaimana langkah yang dilakukan oleh 70 orang Ansar semasa melakukan bay’ah al-‘Aqabah, iaitu ketika mereka berjanji terhadap diri mereka sendiri untuk mempertahankan Rasulullah saw sebagaimana mereka mempertahankan isteri, anak dan harta mereka sendiri.”
[Muntalaq, 2010]

Allah dah pilih kau,hajaar! [hati menjerit] kena kuat,kena bersemangat.
Tapi pastikan istiqamah,perlu maintain.jangan hanya seperti hangat-hangat tahi ayam ataupun awal-awal je pasang enjin turbo.tup,tup dipenghujung dah sejuk membeku.wal’iya zubillah.
Moga Allah kuatkan hati dan langkahan diri ini. ‘Daerah kebaikan sudah memanggil dirimu dan kerana Allah itulah sumber segala kebahagiaan.’

Sudah memasang target dan perlu berusaha untuk mencapai apa yang hendak saya capai. Meyakini bahawa Allah pasti akan membantu. Bukankah Allah dah janji, Allah  akan memudahkan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh untuk meraih keredhaan-Nya.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(Al-Ankabut : 69)
  
Ps; 
1. Alhamdulillah.have a sweet time with Kak A.sharing macam-macam about tarbiyyah.and ada curhat kot? ;) *time tu until now,merasakan Allah sedang memakbulkan doa-doa saya. :’)
2. Dapat ‘homework’ dari kakak time cuti ni. :)
3. Still menjadi job seekers. mahu tolong carikan di sekitar KL or Selangor? :D *saya nak menabung ni.tengah aim macam-macam.moga Allah redha.
4. Cuti summer ni dah ada ‘To DO List’ yang perlu di’settle’ kan. Macam, buku (skurang-kurangnya 29 buah kot kena baca?) ;) Allah yusahhil! 

Sunday, January 9, 2011

.Dosa menghitam hati dicabut iman.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Malam tadi, dengan penuh harapan moga ada peluang untuk online walau sekejap saje.
Alhamdulillah.
Disebabkan petangnya sempat baca satu artikel yang sangaat bermanfaat,inshaALLAH.
Does revive myself sebab kadangkala rasa diri ni tak menghargai sangat masa lapang yang ada.isk.
Dan rasa tersangatlah patut untuk dikongsi pada semua yang jadi readers di blog yang tak seberapa ini.
*Taip cepat-cepat mana yang patut sebab esok ada kelas pagi.yuk, jom baca & hayati! =)

Artikel ini di’copypaste’.
Harap maklum. =)

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya

PENENANG HATI: Masa terluang perlu diisi dengan amal ibadat supaya kekuatan iman bertambah.
Masa luang paling bahaya kerana melemahkan perasaan hingga menjejaskan kesabaran.
TAKUTLAH dengan keselesaan dan ketenangan hidup kerana boleh jadi ia seperti sungai yang tenang, tetapi dalamnya boleh menenggelamkan orang yang leka akibat keindahannya. Begitulah perumpamaan dunia yang disediakan untuk menguji.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“…siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).”
(Al-Mulk : 2)
Tetapi mengapa mesti takut jika seseorang sudah beriman. Bukankah hidup ini awal dan akhirnya, susah dan senang, azab dan nikmatnya sudah ditakdirkan untuk setiap yang bernyawa? Seperti kata Umar Al-Khattab mengenai hakikat ujian: “Aku tak kisah selama ujian itu tidak menjejaskan iman dan agamaku.”
Asalkan ada iman, segala-galanya akan menjadi mudah. Sebaliknya, tanpa iman harta yang banyak tidak akan memuaskan, wanita cantik rasa menjemukan, anak ramai, tetapi kesunyian, kawan dan pengikut taat setia, tetapi dicengkam pengkhianatan.
Maka ia memandang manusia dengan pandangan mencurigakan, mencari musuh dan mengumpul kekuatan untuk melawan. Hidup jadi kusut, konflik bertindih-tindih, apa yang ada di tangan tidak boleh menundukkan hatinya. Nafsu menjadi raja, iman semakin susut ke paras terendah.
Saidina Abu Darda’ pernah berkata: “Antara tanda kefahaman seorang hamba adalah dia mengetahui apakah imannya bertambah atau berkurang.”
Sesungguhnya iman boleh naik dan turun, ia diuji dengan pelbagai masalah kehidupan. Sama seperti ujian kemewahan dan kemiskinan yang disentuh dalam al-Quran.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Katakanlah: jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan kamu usahakan, perniagaan kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah swt dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah swt  mendatangkan keputusan-Nya dan Allah swt tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik.” (at-Taubah : 24)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.”
(al-Baqarah : 155)
Menjadi sifat dan tabiat buruk manusia apabila diuji ingat kepada Tuhan dan jika hilang kesusahannya ia berpaling daripada Tuhan. Hal ini dinyatakan menerusi sindiran al-Quran yang bermaksud:
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang menimpanya. Begitulah orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
(Surah Yunus, ayat 12)
Semestinya ketika musibah berakhir dan berganti dengan keselamatan, seseorang semakin kuat bergantung kepada Allah swt dan berwaspada jika peristiwa itu berulang lagi. Kemudian bertambah kesyukuran dan selalu mengingati jasa Allah swt kepada dirinya.
Apabila dia melihat saudaranya ditimpa musibah, hatinya kembali mengingati bahawa dia pun terdedah kepada musibah itu dan bertambahlah harapannya kepada Tuhan. Begitulah kefahaman iman yang sejati ketika menghadapi ujian.
Selain ujian kehidupan, iman juga boleh dicabar dengan dosa kecil dan besar. Orang melakukan dosa, maka serta-merta berkuranglah imannya. Adakah sesuatu yang boleh menggugat ketenangan hati manusia? Yang menggetarkan hati adalah dosa, yang menghitamkan hati juga dosa, yang menggelapkan pandangan dan mengotori perasaan manusia hanya dosanya.
Seseorang boleh terjejas tumpuan amalnya kerana dosa, lemah azamnya kerana dosa, keruh hubungan dengan sesama manusia kerana dosa. Dan yang paling hebat impak dosa adalah terlempar manusia dari sisi Allah swt dan tercabutnya iman daripada hati.
Untuk itu, penting menjaga iman supaya sentiasa tegak pada paras yang tinggi atau setidak-tidaknya konsisten dan istiqamah begitu mendesak untuk disegerakan melebihi segala-galanya. Seboleh-bolehnya yang menjadi agenda terpenting dalam kehidupan kita adalah bagaimana cara melonjakkan iman dan menyurutkan maksiat.
Saidina Abdullah Masud berkata: “Seorang Muslim tidak akan sampai pada hakikat iman sehingga masa baginya lebih berharga daripada hartanya.” Dia begitu menghargai masa, mengisi dengan perbuatan berfaedah dan sentiasa mengejar sasaran tertentu. Tidak salah apabila seseorang mempunyai impian, asalkan bukan angan-angan kosong.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: “Aku memiliki jiwa yang cekal untuk mendapat segala keinginanku. Dulu, aku ingin berkahwin dengan anak perempuan bapa saudaraku akhirnya aku memilikinya. Lalu aku ingin menjadi Gabenor Madinah, aku ingin menegakkan keadilan dan aku memperolehnya. Kemudian aku ingin menjadi khalifah kaum Muslimin dan aku mendapatkannya. Adapun kini, aku merindukan yang lebih tinggi lagi, sekarang aku merindukan syurga Allah swt.”
Betapa tingginya cita-cita semata-mata mahu memperjuangkan agama Allah swt dalam apa juga bidang diceburi. Alangkah singkatnya masa yang ada, sehingga al-Imam Hasan al-Banna berkata: “Sesungguhnya kewajipan kamu lebih banyak daripada masa yang kamu miliki.”
Bagaimana mungkin seseorang boleh menunda pekerjaan yang baik di sisi Allah swt padahal dia tidak tahu mungkin esok mendapat serangan penyakit atau musibah yang menjejaskan segala sasaran dibinanya.
Masa terluang adalah saat paling berbahaya kerana dosa dan kejahatan itu berpunca daripada masa dan hati yang kosong. Hanya dengan bekerja, beramal dan beribadat seseorang memiliki kekuatan iman, manakala menganggur, malas dan berhibur berlebihan akan melemahkan iman.
Al-Imam Ibnu Al-Qayyim berkata: “Setiap hembusan nafas dan titisan peluh yang keluar di dunia tidak dalam rangka ketaatan kepada Allah swt, maka akan keluar pada hari kiamat dalam keadaan menyesal.”
Abu Bakar al-Siddiq masuk ke sebuah kebun milik sahabat Ansar, bersama sahabatnya beliau duduk menikmati keindahan kebun, buah-buahan sedang ranum menunggu masa untuk dipetik, rantingnya tidak kelihatan disebabkan banyaknya buah, sementara burung bergayutan kegirangan.
Sahabat berasa gembira dengan pemandangan indah itu, tetapi mereka melihat Abu Bakar duduk sendirian sambil menangis teresak-esak. Mereka bertanya hairan: “Wahai Khalifah, apa gerangan yang terjadi pada dirimu? Abu Bakar menjawab: “Saya melihat burung ini, betapa beruntungnya ia, hinggap di sebatang ranting dan memakan buahnya, ia mendatangi sungai yang jernih dan meminum airnya, ia mati tanpa dihisab dan tiada mendapat azab. Oh seandainya aku hidup seperti burung ini, oh…seandainya ibuku tidak melahirkanku.” Akhirnya sahabat yang lain ikut menangis.
Jauhnya pandangan dan sensitifnya perasaan Saidina Abu Bakar, bukti kentalnya iman di dada. Pada saat tidak terduga pun (ketika bersantai) beliau mampu membangkitkan keinsafan dan menyuburkan imannya. Sesuatu yang agak mustahil dilakukan pada zaman ini di mana ramai generasinya dalam terkena bala pun masih sempat bermaksiat.

*sila click untuk full resolution with clear words! ;)

Ya Allah,
kami mohon, hidupkanlah iman di dada kami setiap saat.

ps; duhai iman & hati yang tersayang,kamu sila take note ya!

Lilypie Angel and Memorial tickers