Friday, July 1, 2011

.find a solution.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

" Seek guidance from Allah, and HE will guide you."

Saat ini aku berfikir bahawa muhasabah TERBESAR buat diriku adalah iman & amal!
Bersungguh-sungguh benarkah aku untuk berada pada jalan ini dan sejauh manakah iman dan amal mampu dilakukan secara istiqamah, berterusan sehingga melayakkan diri untuk mendapat syurga Allah yang best sangat tu.
Atau aku hanya sekadar cakap-cakap kosong sahaja yang menjadi pemanis mulut untuk menampakkan segalanya indah belaka.(astaghfirullah!)

[Monolog dalaman.]
Kau beria-ia menyuruh orang solat fardhu. Tapi kau sendiri tak menjaga punctuality waktu solat tu. Dengar azan pun dok relaks lagi.
Kau beria-ia menyuruh orang bangkit Qiyam sebagai kekuatan dalaman dan hati. Tapi rawatib kau sendiri pun tak terjaga. Dhuha pun tidak kau peduli. Bahkan Qiyam kau pun dah macam jadi ritual je, have no feelings dalam nak bertemu dengan-Nya.
Kau beria-ia menyuruh orang mengikuti cara hidup islam yang sebenar-benarnya. Tapi sedangkan Al-Quran dan Sunnah Nabi yang sepatutnya menjadi panduan hidup kau pun jarang kau ikuti. Nak mentadabbur dan tilawah at least sejuzuk sehari, apatah lagi.
Kau beria-ia menyuruh orang untuk puasa sunat Isnin & Khamis, tapi puasa wajib di bulan Ramadhan pun kau tak mampu untuk mengekang hawa nafsumu apatah lagi menambah imanmu.
Kau beria-ia cakap kau cinta pada Nabi Muhammad S.A.W. Tapi lafaz selawat pun jarang sekali berirama di bibir mulutmu.
Kau beria-ia menyuruh orang menjadi baik. Namun, kau sendiri pun tak dekatkan diri sangat dengan Allah, dengan solat kau yang tak fokus dan asyik ingat dunia sahaja, macam mana tu?
Seringkah kau basahkan lidah dan bibirmu dengan zikrullah wa astaghfirullah?
Sudahkah jahiliyyah yang masih bersarang di dalam diri dan mungkin sedang bernanah dihati telah kau bersihkan?
Atau engkau langsung tidak menyedari jahiliyyah apa yang ada pada dirimu? Movie (korea, mat saleh), lagu-lagu yang melalaikan, games, TV, komik, internet etc.

And the list goes on…

Lalu, bekalan apakah yang kau bawa dalam kau mengaku diri kau adalah da’ie ilallah? Hidup matimu kerana Allah!
Dengan benteng pertahanan bagaimanakah yang mampu kau bina andai diterjah dugaan yang mencabar iman dan taqwamu? Mampukah engkau bertahan?
Andai kau tidak punya jawapan, hentikanlah mimpi-mimpimu itu untuk menjadi penegak kalimah la ilaha illallah!
Kerana orang yang tidak membawa bekalan akan mudah meninggalkan da’wah, lemah, menyerah, futur, tidak tegar bahkan mungkin barisan akan terancam gara-gara kesilapan ini. CAUTION!

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa bila dikatakan kepada kamu
"Berangkatlah(untuk berperang) di jalan Allah",
kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan akhirat?
Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sendikit

Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang),
nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,
dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.
Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu
(At Taubah: 38-39)


"Tegakkan daulah islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak di bumi kamu"
[Syeikh Mustafa Masyhur]

Nak katanya, andai kita sendiri tak mampu untuk menjadi khalifah buat diri sendiri, mengawal hawa nafsu yang banyak dan pelbagai serta begitu meliar di dalam hati dan diri, tidak membawa diri mengenal Allahu Rabbi, masih lagi mencintai dunia dari akhirat dan membiarkan masa yang teramat berharga itu berlalu sia-sia sahaja, jangan mengharaplah impian untuk daulah Islam itu tertegak menjadi kenyataan.

Renggangkanlah dirimu dengan dunia dan ikatlah hatimu dengan akhirat!

Dan sesungguhnya da’wah itu ditegakkan atas kemahuan yang kuat dan dipikul oleh orang-orang yang memiliki kemahuan kuat, bukan di atas sikap sambil lewa dan didokong oleh orang-orang yang hanya menyukai keringanan. Tak mahu bersusah payah malah kurang keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah. 


"Kita bisa belajar untuk melakukan lompatan. syahadat telah mengubahnya, merevolusi kehidupan preman jadi pahlawan, dari penjahat jadi ahlul jadid, dari pembuat onar jadi pendekar."
[petikan dari buku: New Quantum Tarbiyah]

                                                            
“Awak, sekarang ni awak fikirkan diri awak sendiri melebihi dari ummat ke?
Atau awak sedang fikirkan ummat melebihi diri awak sendiri?”



If we are not the solution,
we are the problems!


‘Super Saiya’ sungguh terkesan di jiwa!
[Da’ie. Kita ke?]

*Aku menulis ini bukan kerana aku sudah bagus. Jalanku masih panjang terbentang dan terlalu banyak lopak-lopak yang bertakung yang perlu diratakan. Namun, moga-moga dengan ini mampu menjadi muhasabah buat iman di dalam hati.

.hajarulhamraa.
29 Rejab 1432H



0 heart (s):