Tuesday, August 23, 2011

.selagi ada masa.

Bismillah.

Menjadilah hamba yang sentiasa bersyukur terutamanya tatkala Allah masih memanjangkan hayat kita hingga ke saat ini.
7hari yang terakhir.
Masa yang berbaki moga mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya agar tidak menjadi orang yang rugi teramat sangat.

‘If any Muslim comes out of Ramadhan without gaining forgiveness and goodness, he is a real loser!’

Astaghfirullah. Naudzubillahi min zhalik.
Moga kita yang masih bernafas sehingga kini, akan terus memanfaatkan baki-baki terakhir Ramadhan yang semakin bergerak pergi meninggalkan kita.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
“..Ya Tuhan kami, terimalah amal dari kami.
Sungguh Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”
[2:127]


**Amat berharap dapat meluahkan tentang itu sebelum terlewat.
kerana mungkin ini adalah peluang terakhir yang tiada di lain kali.
dan kerana Allah jua.

Bersihkan hati-hati kami dari segala dosa ya Allah.



.heartcanvas53.
23 Ramadhan 1432H

Sunday, August 21, 2011

.doa buatmu.

Bismillah.

Ukhti sayang fillah, 
sanah helwah!
Mungkin tiada lakaran kata indah berbunga.
Namun pada-Nya ku meminta.
Moga usiamu yang sudah berlalu pergi, sehingga saat ini mahupun yang tersisa menanti sentiasa dalam redha Allah.
Pada setiap detik dan waktu, moga dirimu dalam jagaan-Nya senantiasa 
Jua mampu melangkah dalam perjalanan kehidupan ini dengan langkah yang kuat dan utuh
Moga dikabulkan jua oleh Allah akan setiap impian dan citamu yang melangit tinggi.

Dan moga ukhuwah sampai Syurga.inshaAllah.

Sayang amat, boleh? ;)



Selamat merebut piala TAQWA!
*moga mampu grad bersama-sama at University of Ramadhan with the 1st Class Honour!

.heartcanvas53.
21 Ramadhan 1432H

Saturday, August 20, 2011

.ketuk-ketuk.

Bismillah.

Realiti.
Dunia ini sungguh penuh cabaran.
Kadang-kadang seperti rasa ingin menangis tatkala terasa keseorangan di sini.
Without sisters, halaqah, usrah etc yang menyentuh hati dan ruhiy. Allahu Akbar.
Sungguh Allah sedang menguji tarbiyyah dzatiyyahku.
Dan kerana aku mampu! *ayat memujuk diri. [2:286]
Walau serasa ianya amat meletihkan dan memilukan hati tatkala melihat dan bersama manusia yang mencintai dunia melebihi Akhirat yang kekal abadi,
namun, aku harus meneruskan perjalanan ini.

Saat kau duduk bersama dengan manusia yang meyintai dunia,
Kau menjadi setitis air di lautan mereka.
Namun, saat kau duduk  bersama manusia yang menyintai akhirat,
Dunia hanyalah setitis air dari lautan itu!

Bermain dengan emosi sendiri adalah sesuatu yang amat memenatkan.
Kerana mungkin kita rasa terhutang budi pada kebaikan-kebaikan manusia dan seolah-olah kita terlupa kasih dan cinta Allah yang tiada bertepi.
Itu bukan alasan untuk kau membenarkan sesuatu yang salah dan melanggar syariat-Nya!
Astaghfirullah.

Dan saat ini, melewati hari-hari 10 terakhir Ramadhan ini adalah sesuatu yang amat memilukan.
Ya Ramadhan, i'm not ready for you to leave so soon..
Amat memerlukan tenaga super saiya! 
Bila ukhti M kata, ‘....eh baguslah awak ni.Productive muslimah sungguh.’ Rasa tersentap. Produktif kah aku? Igfhir dzunubi.
Kelesuan dan keletihan yang amat setiap hari terkadang terasa seperti alasan buat diri untuk tidak menjaga mutabaah amal dengan sebaiknya.
24 hrs – 14hrs = 10hrs (yang tinggal termasuklah ibadah,rest,sleep etc)

Kata-kata yang menyentap kalbu.
Saidina Umar Al-Khattab pernah merintih;
“Aku tidak tidur pada malam hari, bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur pada siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai.”

“Harishun ‘ala waqtihi”

Sesungguhnya mengurus masa adalah sama dengan mengurus nyawa kita!

Tak kisahlah walau yang berbaki masa untuk diri kau hanya ada 10 jam je. Tapi manfaatkanlah dengan sebaiknya.
Buatlah 2 kerja dalam satu masa. Macam saat kau sedang memasak sos spaghetti bolehlah berzikir,istighfar, selawat etc.
Only ONE minute pun, selagi kau mahu, berganda-ganda pahala yang kau dapat dengan izin-Nya.
Masa itu diukur pada KUALITI nya  bukan pada kuantiti.

Dan semoga aku tidak beralasan lagi!



.heartcanvas53.
20 Ramadhan 1432H
Lilypie Angel and Memorial tickers