Friday, May 4, 2012

.hujung minggu.


Bismillah.

Counting hours.

Perasaan yang sama setiap kali ada program untuk adik-adik yang dikasihi Allah. Terasa seperti banyaknya rama-rama yang berterbangan di dalam perut.(baca: butterfly in my stomach)



Masa berlalu, diri semakin dewasa. Dan semakin berusaha untuk mematangkannya pada jalan ini. 
Jalan yang telah Allah pilih buat diri ini berada. Alhamdulillah ‘ala nikmat. 
Betapa iman itu terasa indah saat ianya berada di dalam hati. Rasa seperti mahu bersujud lama-lama.Sungguh, rahmat Allah mengatasi kemurkaannya. Bersyukur dan terus bersyukur.

Doa dipanjatkan moga hati merasa cinta terhadap iman dan benci akan kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan. Allahumma, sentuhlah tiap hati yang bakal berkumpul di taman Syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Amen ya Rabb!

.khansaa’.
Kahfee_Kota Bharu

The cleanest hearts produce the brightest souls, working the greatest deeds,
raising them to the peak of Jannah.

Tuesday, May 1, 2012

.muka buku.


Bismillah.

Tengok title post. Macam nak cakap pasal facebook. Tapi langsung tak berkaitan pun. :D
Sebenarnya terasa ’psiko’ dengan diri sendiri bila kumpulkan semua buku-buku di bawah ini yang saya beli semenjak bulan Mac tahun 2012 ini. *Patutlah terkadang terfikir outflow duit saya kemana. ke sini rupanya. hehe.


banyaaaaaknye saya beli buku dalam masa 2 bulan ni. >.<


Ada yang sudah dibaca separuh,hampir habis dan juga yang belum dibuka plastik pun.
Yang ini belum lagi termasuk yang di dalam beg dan yang tertinggal di rumah di Kuala Lumpur.
Habits membeli buku tak pernah hilang semenjak dulu. Tapi proses nak membaca tu terkadang mengambil masa yang panjang. Terkadang merasakan diri seperti menzalimi buku-buku yang tak tersempat untuk dibaca. 

Teringat zaman kanak-kanak dahulu betapa saya boleh menghabiskan dalam masa 3 hari untuk membaca 7-8 buah buku. Rela tak makan kenyang-kenyang, asalkan dapat membaca sepenuh hati buku-buku yang dipinjam di perpustakaan sekolah.
Rasa nak kutip kembali semangat dan kekuatan yang ada suatu ketika dahulu. Step by step sampai mendarah daging kembali sebab untuk gain knowledge at once and become scholar over night, akan menyebabkan ilmu tersebut mudah hilang. Ganbatte!

Dan kerana sesungguhnya islam yang kita anuti sekarang ini adalah didasari dengan ilmu, bukan sekadar ikut-ikutan.

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
[Ali 'Imran  : 18]

InshaAllah, dengan ilmu, kita mampu untuk mempertabatkan umat Islam serta menjaga kemuliaan islam itu sendiri. 
Teringat kata-kata Hassan Al-Basri;

‘The scholar is better than the one who is Zaahid (very religious) and worships a lot’

*Isu Palestin, Syria begitu menyesakkan dada. Allahu Allah~ T_T

makes me cry T__T

.
.
.
Dan bilamana melihat si comel Qasdina yang dah masuk 2 tahun usianya, buat hati terasa senang. Bila nak bagi hadiah, tak perlu sangat nak fikirkan toys or teddy bear apa yang comel. Dia cuma interested dengan books (termasuklah buku usu kesayangan dia jugak.erk), calculator scientific (huhuk.) 



Boleh lunyai buku-buku tu ‘dikerjakan’ oleh Qasdina; setiap hari selak, baca (dengan kefahaman dia). Dan dia antara booster saya untuk semakin rajin membaca setiap hari! ^_^



.khansa’_hamraa.
Kahfee, Kota Bharu

The cleanest hearts produce the brightest souls, working the greatest deeds,
raising them to the peak of Jannah.



Lilypie Angel and Memorial tickers