Thursday, December 24, 2009

Apa Itu Musibah..

Bismillahirrahmanirrahim

Salam Alaykk~

Di petang yang syahdu ni, ana nak kongsi sesuatu yang ana dapat dari pembacaan ana beberapa hari yang lepas...apa yang dikatakan musibah itu.

1. Bersabar ketika menghadapi kesulitan dan kesusahan.

2. Menghapuskan dosa dan kesalahan. Allah berfirman:

“Dan apa sahaja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar(dari kesalahan-kesalahanmu)..”

(As-Syura:30)

3. Dicatat sebagai kebaikan dan darjat ditinggikan.

“Tidaklah seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

4. Jalan menuju syurga. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

“Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai dan Neraka itu dikelilingi dengan berbagi macam syahwat.”

(Hadis Riwayat Bukhari-Muslim)

5. Membawa keselamatan dari api neraka.

Janganlah kamu mencacimaki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi.”

(Hadis Riwayat Muslim)

6. Mengembalikan hamba kepada Rabb-Nya dan mengingat kelalaiannya. Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon(kepada Allah) dengan tunduk dan merendahkan diri.”

(Al-An’am:42)

7. Mengingat nikmat Allah yang lalu dan yang ada.

Seorang penyair berkata: Seseorang tidak mengenali tanda-tanda sihat selagi dia belum tertimpa sakit.

8. Mensucikan hati.

9. Cubaan dan ujian merupakan nikmat kerana setiap satunya mempunyai hikmah tertentu. Nabi bersabda:

“..Dan sesungguhnya salah seorang diantara mereka benar-benar merasa gembira kerana mendapat cobaan sebagaimana salah seorang merasa gembira karena telah mendapat kelapangan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Moga-moga,perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kalian semua dan terutamanya buat diri ana sendiri. Ameen,insyaAllah..


0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers