Sunday, February 27, 2011

.Reflection. Kebaikan Yang Banyak.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

Refleksi diri.

Baru beberapa hari lepas tergerak hati untuk menyentuh isu masa.
Disebabkan final exam yang semakin mendekat, lebih kurang sebulan lebih je lagi, jadinya tests, quiz, assignment semuanya datang bertubi-tubi. Dan planner di board kat bilik kelihatan ‘full’.
Terkadang rasa tak sempatnya nak focus at all.
Itu baru urusan study.belum ditambahtolak urusan yang lain.urusan dengan Allah dan juga urusan dengan manusia.urusan duniawi juga.

Fikir-fikir balik.
“Berkat/Barakah tak masa aku selama hidupnya aku kat dunia ni.Allahu Allah.” -_-

Sometimes diri kita sebagai manusia ini merasa tak cukup je dengan 24 jam sehari yang Allah berikan dekat kita dek kerana ‘sibuknya’ kita dengan tugas seharian.
Tapi belum tentu itu adalah ‘kesibukan’ yang sepatutnya; sibuk yang benar-benar sibuk atau sekadar menyibuk?
Namun, sesungguhnya, biarlah sibuk nya kita dalam tugas seharian itu adalah sibuk kerana Allah.

Alhamdulillah,dalam keadaan hati tercari-cari makna KEBERKATAN MASA dalam kehidupan seharian, diizinkan-Nya menjumpai dan membaca bahan bacaan yang begitu terkesan dihati!

Sharing daripada beberapa sumber.
Moga Allah redha.

Back to basic.
Apa tujuan kita hidup kita sebagai manusia?
Allah tak cipta kita sebagai manusia ni,secara sia-sia atau biasa-biasa sahaja.
Boleh refer à[Al-Mu’minun 23:115]

Dan ingat balik apa yang tercatat dalam al-Quran;
Tujuan Allah jadikan kita semua;
Hamba Allah [Ad-Dhariyat 51:56] & Khalifah di dunia [2 :30]
So, dalam nak laksanakan misi tersebut, Allah bekalkan diri kita ini dengan nyawa. Nyawa yang akan jadi modal untuk kita raih keuntungan di dunia juga di akhirat.
Jadinya, dalam aim kita nak dapat untung yang besar di akhirat nanti, masa yang Allah yang bagi dekat kita sekarang perlu diurus dengan baik.

“Harishun ‘ala waqtihi”

Sesungguhnya mengurus masa adalah sama dengan mengurus nyawa kita!

Sharing words from Dr Yusuf Al-Qaradawi;
“Setiap inci tanah di muka bumi ini ialah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga.”

Subhanallah.walau sekecil-kecil perkara, ia tidak sia-sia.

Jadinya, life kita dekat dunia ini sangat penting sebab adanya Hari Akhirat.
Kebaikan di akhirat tak akan dapat kita raih tanpa adanya kehidupan dekat dunia ini.

Dan seperti kata Abu Hazim Salamah,
“Segala sesuatu yang ingin kau bawa ke akhirat, siapkanlah dari sekarang. Dan sesuatu yang tidak ingin kau bawa, tinggalkanlah dari sekarang.”

Hargai nyawa = Hargai masa!

Then, kita boleh refer tafsir surah al-Asr. Betapa Allah sangat pentingkan masa.

Quoted from Imam As-Shafie;
“jika manusia menghayati kandungan surah al-Asr ini, maka sesungguhnya cukuplah ia memberikan petunjuk bagi kehidupannya.”

*Allah sangat suka hamba-Nya yang bangkit solat time 2/3 malam; Qiyam.
noted.

Actually, kita patut rasa malu dengan para sahabat Rasulullah s.a.w yang mana kuantiti masa sebanyak 24 jam sehari yang Allah kurniakan sama sahaja dengan kita,
tapi kualiti masa mereka terlalu jauh untuk dibandingkan dengan diri kita!
Bayangkan bagaimana bertebarannya para sahabat Rasulullah s.a.w ke seluruh muka bumi Allah dalam nak menyebarkan Islam.
3/4  daripada mereka meninggal dunia di luar Semenanjung Arab.
Jejak dakwah mereka dan jihad mereka sampai ke Eropah, India, China mahupun Asia tanpa ada teknologi canggih seperti yang kita miliki sekarang.
Dan bila dilihat seolah-olah masa mereka terlalu banyak dan panjang jika nak dibandingkan dengan diri kita? Betulke?

Hakikatnya, umur kita seolah-olah menjadi lebih pendek akibat pembaziran masa!
Just imagine macam mana kita boleh habiskan masa kita dengan menonton TV, shopping, borak-borak kosong atau ‘surf internet’ untuk web yg tidak berfaedah.macam fb?huu.
Compare balik berapa banyak masa yang kita habiskan untuk membaca al-Quran, fahaminya dengan hati dan tadabbur setiap ayat-ayat Allah tu dengan masa yang kita gunakan untuk tengok movie/cerita korea,jepun, dengar muzik yang melalaikan, playing games atau duduk berjam-jam menghadap laptop untuk membaca setiap updates di FB? Normally masa yang digunakan untuk perkara lagha lebih banyak kan?isk.fikir-fikir balik dekat mana ye kita letakkan Allah dalam hati kita?
*dush.
baru update status ni di FB.huuk~

Ighfir dzunubi atas kelalaian ku sebagai hamba.

Bila rujuk balik sejarah umat Islam zaman terdahulu, betapa hebat dan gemilangnya islam itu bukan tanpa usaha dan penat lelah.bukan dicapai dengan bergoyang kaki.
setiap saat, setiap minit, setiap jam begitu dihargai tanpa disia-siakan begitu saja.
Kerana apa?
Kerana mereka ‘CINTAKAN ALLAH’! Mereka di’SIBUKKAN kerana ALLAH’.
Saidina Umar Al-Khattab pernah merintih;
“Aku tidak tidur pada malam hari, bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur pada siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai.”

Kita bagaimana? Adakah kita benar-benar cintakan Allah?
Benarkah sibuk kita itu sibuk yang sebenar-benarnya?

Jangan biarkan jiwa kita dipenuhi toksik2 yang meremehkan kuasa Allah yang Maha Hebat itu.
Refleksi diri balik tujuan hidup kita yang singkat di dunia ini.

Saat ini, waktu ini tatkala Allah masih bagi kesempatan untuk kita bernafas, menghirup udara di bumi-Nya yang subur ini, panjatkan kesyukuran sepenuh hati.
Alhamdulillah.
Allah masih sayangkan kita walau hati dan diri kita penuh noda dan dosa.
Allah masih mahu kita merasai dakapan cinta-Nya yang hebat itu! T_T
Tatkala hati kecil kita berbisik akan kebaikan walau terasa begitu hinanya diri kita, kutiplah titipan kasih Allah itu. Jangan dibiarkan ia pergi berlalu begitu sahaja.

Memetik kata-kata Hukama’;
“Apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan!”

Allahu Allah~rindunya aku akan perasaan itu!


Pandanglah hidup ini dengan mata hati.
Selagi Allah beri kesempatan untuk kita hidup, hargailah ia dengan sebaiknya.
Bukalah pintu hati kita ketika Allah datang mengetuknya. Allah mungkin tidak akan datang mengetuk untuk kali yang kedua.
Walau mungkin dulu kita adalah manusia yang begitu mensia-siakan masa yang Allah kurniakan, hargailah ianya saat ini juga. uruskan dengan sebaiknya.
Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Masa itu diukur pada KUALITI nya  bukan pada kuantiti.

Ighfir dzunubana,ya Ghaffur.
*sudah menulis dengan panjang! huu~



Ps; menulis ini membuatkan hati bergetar.takut-takut tergolong dalam golongan ini. [As-Saff : 2-3].
Tapi ingat kembali yang ini, “islah nafsak,wad'u ghairak.”
Tolong ingatkan aku andai aku terlupa.


2 heart (s):

ina-ut said...

kaak hajar!
isk,meremang bulu roma gak.
jazakillah atas perkongsian

hamraa' ツ. said...

ina! ;)
wa iyyaki.moga kita sama-sama ambil ibrah ye. <3

Lilypie Angel and Memorial tickers