Sunday, March 6, 2011

.titipan kasih.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

Serasanya seperti baru semalam sahaja dia menjejaki usia barunya setahun yang lalu.
Tatkala denyut nadinya masih bergerak hingga jasadnya masih mampu berdiri utuh pada hari ini,
Di antara sedar atau tidak, hari ini bertambah lagi setahun usianya.
5 MAC 2011.
Menitis airmatanya tatkala bangkitnya dia pada waktu dinihari.
Menyembah sujud dengan penuh kesyukuran kerana Allah masih memanjangkan hayatnya.
Penuh harapan dia mengharapkan agar baki usia yang tersisa adalah yang TERBAIK dari sisi-Nya.

Hakikatnya, pertambahan itu hanya pada angka, bukan pada usia.
Usia perjalanan kehidupannya yang semakin pendek dan semakin mendekati saat kematian.
Bilakah? Tiada jawapan yang mampu dilontarkan.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.
Atas kurniaan nikmat yang tak terhingga, yang tak mampu dinyatakan.
Mengharap mghfirah dan kasih sayang-Nya walau diri penuh noda dan dosa.
Ighfir dzunubi atas kelalaian dirinya sebagai seorang hamba.
Al-faqir ilallah.AllahuAllah~

Namun saat ini, sungguh dia semakin rasa bahagia
Atas titipan rasa kasih dan cinta daripada-Nya
Moga usia yang berbaki sebelum dirinya dijemput ke daerah ‘baru’ adalah dalam redha Allah.
Sentiasa dalam jagaan Allah pada tiap detik dan waktu.



Jazakumullahu khayran jaza buat semua yang mendoakan dari jauh mahupun dekat.
Menitis jua mutiara putih yang cuba ditahan dari terkeluar dari kelopaknya.
Keterharuan atas rasa ingatan yang tak terhingga.
Moga malaikat mengaminkan doa dan harapan kalian. Dan dikabulkan oleh-Nya jua.
Amen allahumma ameen.

Sanah Helwah,ya Haajar! 
5 MAC 2011



4 heart (s):

HaDi said...

Semoga umur dipanjangkan dalam kebaikkan dan keberkatan...insyaAllah..

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Tuhan, nie bithday kak ni mesti mesti masa saya duk siuk-sibuk tak akap dengan kamu,kan?

Aduhai, Happy Belated Birthday, sorry sangat , tak ternampak pun reminder kat fesbuk tu... Huhu T_T sedihnyaaa..

Apapun, moga sisa umur yang ada sentiasa dalam berkatNya.

Love,
Iffah~

.sh-hamraa' ツ. said...

to Hadi:

ameen,inshaAllah.jazakallah.

.sh-hamraa' ツ. said...

to Iffah:

jazakillah.
it's okkay sayang.takpe.luv u fillah! ;)