Saturday, April 2, 2011

.no pain, no gain!.

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykk~

Lama dah tak menulis.
Ada yang tanya, “awak dah stop menulis ke?”
Hurm, tak. Cuma kekangan masa dan ada kepentingan lain lebih mengisi.
Tapi, sebenarnya ada menulis. Namun tulis sedikit, terhenti.
Idea tersangkut di medulla oblongata agaknya. Uhuk~

Anyway, kurang 3 minggu lagi saya dah nak hadapi final exam for this semester.
First paper on 21st April. :)
Semakin berusaha memanaskan enjin sepanasnya, agar tak sejuk dan tersangkut-sangkut nanti bila nak memecut.
Perasaan? Berdebar, cuak pun ada. Tipulah kalau kata tak nervous,risau.
Kerana saya manusia biasa. Yang punya hati dan perasaan.
Dan dalam nak mengharungi detik-detik menuju masa ‘berperang’,
macam-macam perkara yang terjadi.
Diuji dengan nikmat sihat ditarik seketika (2-3 wks), Alhamdulillah.
Dan diuji dengan sikap manusia di sekeliling.
Betapa mengajar hati untuk bertabah & stay stronger!
Mentarbiyah diri untuk menjadi insan yang meletakkan sepenuhnya kebergantungan terhadap Allah swt.
Doa & airmata dah jadi essential accessories, serasanya. Menangis tu tak bermakna lemah.
Tapi, dengan menangis (sekadarnya) saya terasa puas. Dapat mengadu pada-Nya.:’)
Dengan sepenuh hati & perasaan.
Nikmat tarbiyyah, banyak mengajar saya erti kebergantungan pada Allah.
Bukan meletakkan kebergantungan diri kepada manusia.
Sampai satu tahap, tatkala kerja bertimbun-timbun perlu disettlekan dan deadline untuk semuanya dalam masa yang hampir sama, rasa seperti tidak mampu dengan sangat.
Rasa nak stopkan segala, andai mampu.
Namun, tetap berusaha meletakkan keyakinan sepenuhnya pada Allah swt.
Be POSITIVE!
Allah sentiasa membantu. Alhamdulillah ‘ala kulli haal.

Mohon doakan kejayaan untuk saya di medan imtihan kali ini. Dan saya dahului dgn ucapan jazakumullahu khayran katseera. :”)


“Barangsiapa yang inginkan kejayaan, kebaikan & kemegahan
tanpa ada pengorbanan & usaha yang kuat,
MAKA
Sesungguhya, dia sedang bermimpi di siang hari!


suka dengat lagu ini disebabkan liriknya yang best!. :')

Telah ku lalui jalan berduri 
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang 
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan 
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti



nota kaki: Mestica - Mimpi Yang Indah


*rindukan akan adanya sahabat sefikrah untuk bergerak dimedan ini!moga Allah kabulkan harapan menggunung ini.ameen.
bakal berpisah dengan adik beradik seusrah lepas-lepas ni. ;( 
*semester kami sudah tidak sama lagi.


Sekarang dah masuk subuh di sini. and around 7 am, akan bergerak ke seminar, sharing with Ustazah Maznah Daud,inshaAllah.
Moga Allah permudahkan urusan perjalanan saya & akhowat yang lain.

Ps; Alhamdulillah, proposal for academic trip yang saya usahakan dah diluluskan! ;’)
Dan inshaAllah, 7/4/ - 9/4/11  akan bergerak ke destinasi bersama classmates. Moga perjalanan dan segala urusan dipermudahkan Allah & dalam redha-Nya. 

4 heart (s):

HaDi said...

Salam...

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya..
Semoga result gempaq2...insyaAllah..=)

.sh-hamraa' ツ. said...

Wasalam.
jazakallah ya akhi.inshaAllah.
moga dikabulkan oleh-Nya jua. ameen.

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Salam,
Teruskan perjuangan , akak. Ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu, segalanya kerana Allah. Hidup ini memang indah andai berukhuwah kerana Allah, membantu, memberi.. Indah sangat. Benar, bersyukurlah dirimu terpilih melaluinya. Jika ada cabaran dari mad'u, bersyukurlah kerana dia melatih akak untuk bersabar. Jika ada kegagalan, bersyukurlah kerana kegagalan itu memberi peluang untuk redha, apat pahala :) Nasihatkan saya juga, ya!

Ana uhibbuki fillah *tak tau nape, sebak tapi ayat ni*

Adikmu<3

.sh-hamraa' ツ. said...

wasalam iffah.
jazakillah atas nota hati yang dititipkan buat kakak iffah ini yang belum pernah bersua lagi. :')
rindu rasanya nak jumpa iffah.tapi andai tak mampu berjumpa didunia,moga kita mampu berjiran di syurga nanti ya,.Allahu Allah.

ana uhibbuki fillah aidhon.

kakakmu <3