بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
Tengok-tengok kalendar, hari ni dah masuk 3 Sya’ban. Maknanya, tak sampai sebulan je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Dan hakikatnya, saya semakin belajar rindu akan Ramadhan. Hanya Allah yang tahu perasaan ini.
Saya teringat akan cerita seorang ukhti ini yang buat saya rasa ‘jealous’,huhu. Time dia kecik-kecik dulu (and until now) selalu nak lumba dengan adik dia, siapa yang dapat habiskan tadarus 30 juzu’ Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Dan dia cakap, normally dia selalu ‘kalah’ sebab adik dia biasanya dapat khatam 2 kali. mashaAllah! Terharu saya dengar cerita dia. Nak katanya kat sini, bukan berlumba-lumba without feeling anything pun time tadarus nak khatam satu Al-Qur’an tu. Dan bukan semata-mata nak tengok siapa yang lebih ‘teror’. Tetapi, betapa obsess-nya mereka pada Al-Quran. Sebab bila dah besar sedikit, semakin berusaha untuk menghayati tiap bait ayat-ayat cinta-Nya itu. Ya Allah, betapa rindunya mereka untuk berlumba-lumba menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan. :’)
Saya dapat merasakan bahawa obsess itu bukan sahaja tatkala Ramadhan menjelma, tetapi for the whole year! Sepanjang hayat mahu hidup di bawah bayangan Al-Qur’an. Allah, indahnya nikmat bila hidup di bawah bayangan Al-Qur’an kerana seolah-olah Allah sedang berbicara dengan kita.
Bak kata Syed Qutb dalam Muqaddimah Fi Zhilalil Qur’an;
‘Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.’
.
.
.
‘Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam alwujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri.’
Subhanallah! Begitu hebat Al-Qur’an yang menunjukkan kesinambungan alam dan manusia. Namun, manusia menetapkan hukum sendiri yang menyebab kekucar-kaciran di dunia ini hingga meletakkannya dalam keadaan yang sangat rugi! Dan Islam sebenarnya telah mengembalikan manusia kepada Allah, tetapi kehancuran Islam membuatkan manusia melakukan tindakan yang tidak patut mereka lakukan, dan tersasar daripada jalan asal.
Belum terlambat untuk saya, kamu, kamu dan kamu untuk berusaha menghidupkan al-Qur’an setiap hari sepanjang tahun dan bukan sekadar hanya tatkala Ramadhan menjelma.
Step by step dan moga Allah memberi kekuatan demi kekuatan buat kita semua.
Fastabiqul khairat, jom! (^_^)
Saya ada hadiah nak bagi. :)
.hajarulhamraa.
3 Sya’ban 1432H