Monday, July 30, 2012
.qadar.
Bismillah.
Siapa
sangka itulah sujud Subuh terakhir Pakcik K.
Dan aku terdiam kaku membisu. Bisikan sang hati, innalillahi wainna ilaihi raji’un.
Sosok
tubuh yang buat aku jadi mahu penjadi pelari pecut yang maintain!
Kullu
nafsin za iqatul maut!
[Ali
Imran: 185]
“Alhamdulillah dah dapat tadarrus 30 juzu’,
khatam satu Quran seminggu ni.”
“wah
cepatnya pakcik! Malu saya. Baru terkedek-kedek berapa juzu’”
Dia
tersenyum.
“takpelah
nak.sekurangnya kita usaha. Bukan nak lumba siapa habis cepat. Nanti satu apa
pun ibrah dalam quran tak lekat dalam hati. Cuma,siapa tahu ini Ramadhan
terakhir pakcik?mungkin pakcik tak sempat sampai ke penghujungnya.”
Ah.
Pakcik itu seolah-olah telah merasakan ini Ramadhan terakhir buat dia.
Dipersembahkan
sehabis baik.
Bila
teringat, semakin basah pipi,tersedu.
Betapa
‘machonya’ pakcik K itu!
Entah
seminit lepas kau update post ini di blog, giliran kau pula disapa Izrail.
Tapi
adakah kau telah bersedia?
Dari
fasa 1 sudah semakin hampir ke fasa 2.
Aku
takut-takut andai di tengah larian, terpancit tak bangun-bangun.
Allah.
Lindungi aku dari perasaan yang menghimpit dada ini.
Selagi
ada masa, mari berusaha dengan lebih baik dan gigih lagi.
Mujahadah
dengan sepenuh cinta, setulus pengabdian pada-Nya!
Dan
moga-moga kita antara golongan yang disapa oleh Ramadhan.
“…Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah!
Wahai orang yang ingin keburukan kurangkanlah! Allah
mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap
malam"
[HR Tirmizi : 682]
.Hillpark.
10
Ramadhan 1433H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 heart (s):
Post a Comment