Wednesday, August 4, 2010

sehembus nafasku berlari~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu..

untuk menghadapinya…aku perlu tabah!!
 dan
kau tahu bukan, yang aku tak mampu untuk
menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua..
Duhai hati… bersabarlah…
perjalanan ini masih jauh….
bersabarlah… teruskan doamu…
hari itu akan tiba jua…
apabila engkau telah bersedia menghadapinya
kelak…. bersabarlah….



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
[Al-Ankabut 29: 2]



Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap…~

ps; sekadar catatan peribadi dari diriku yang fakir.. :’)