Monday, July 12, 2010

Cerita untuk TEMAN dari KAWAN

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam Alaykk~

“Nem, nanti kalau dah pandai baca Quran, setiap malam sebelum tidur Anem bacalah surah Al-Mulk..” Kawan mengangguk dan terkesima sejeda. klausa 'nanti'. Dalam kotak fikiran kawan, teman itu teman yang baik. Kawan sebenarnya tidak tahu apa manfaat surah Al-Mulk dibacakan sebelum tidur, tapi ketika itu, kawan merasakan kata-katanya nan berdoa agar kawan terlepas dari siksaan kubur, jadi kawan kelak harus belajar mengaji Quran agar sebelum tidur lidah dan hati kawan di dengari ayat-ayat suci kalam-Nya.

Teringat kawan akan bicara buku ilmuan Islam dari negeri seberang, antara manfaat yang bakal kawan temui andai kawan berteman dengan teman yang baik, ikhlas kerana Allah SWT;


Meraih Kecintaan Allah (mahabbatullah)

Rasulullah s.a.w bersabda, ”Bahwa seorang lelaki telah mengunjungi saudaranya di desa lain lalu Allah mengutus malaikat untuk mengikuti jalannya. Ketika bertemu dengannya, malaikat bertanya, 'Mahu ke manakah engkau?' Malaikat bertanya, ’Apakah engkau menginginkan sesuatu nikmat darinya?’ Ia menjawab, ’Tidak. Hanya sahaja aku mencintainya kerana Allah Ta’ala’. Malaikat berkata, sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang datang untuk memberitahumu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintainya kerana Allah.”
(HR Muslim)

Mengiringi mereka di Akhirat.

Bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah seraya bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seseorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia tidak pernah berjumpa dengan mereka?" Rasulullah menjawab, "Seseorang akan bersama orang-orang yang dicintainya’.” (Muttafaqun’alaih)

Mendapat Kebaikan dan Keberuntungan.

Mendapat Peluang untuk Meneladani.

Terlindung dari Godaan Syaitan

Sabda Rasulullah, ”Kalian harus komitmen dengan jemaah. Kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang sendirian.”

Sentiasa Terhindar dari Kelengahan dan Kekhilafan.

Sabda Rasulullah, ”Barangsiapa dikehendaki Allah SWT menjadi orang yang baik, maka Allah akan menjadikan untuknya seorang teman yang baik, bila lupa ia akan mengingatkannya, bila ingat ia akan mendukungnya.”

Teringat kawan akan kisah kawan ketika di alam dunia sekolah menengah. Pernah sebuah lagu didedikasikan oleh seorang saudara perempuan kawan, lebih dari itu, dia juga teman rapat kawan.


"Bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan......
tikaku kealpahan kau bisikan
bicara keinsafan,
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
saatku meragukan keampunan tuhan
kau katakan rahmatnya mengatasi segala.."

Ironinya, lagu itu saudara kawan dedikasikan pada kawan, tetapi bila mengamati liriknya, barulah kawan faham, teman dan saudara kawan itu mahu kawan sedar akan kehadirannya yang ingin kawan berjalan semula atas landasan hidup yang sebenar. Kerana ketika itu kawan agak jauh tersasar dari landasan hakikat hidup sebenar. Namun ketika itu, hati kawan tidak betah berlari dan berjalan atas landasan yang lurus, maka Allah menghukum kawan dek tidak menghargai teman dan segala nikmat hidup yang Allah berikan. Hukuman Allah itu hampir saja membuatkan kawan berputus asa untuk meneruskan hidup, tetapi Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selepas hujan rupanya ada pelangi indah untuk kawan lihat di sebalik bukit nun di sana.. Kawan diberi peluang sekali lagi untuk mengubah diri. Allah menghantar kawan teman-teman yang baik. Seraya kawan teringat satu cerita Nabi s.a.w kepada para sahabatnya;

Sabda Nabi SAW, ”Mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik-baik manusia?”
Para sahabat menjawab, ”Mahu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda,
”Iaitu orang yang apabila kamu memandangnya, maka akan menjadikan kamu ingat kepada Allah.” (HR Ibnu Majah)

Kawan tidak pernah menyangka yang kawan akan bertemu dengan teman baik mengikut garis yang Nabi pernah katakan kepada para sahabat. Kerana melihat pada kesombongan kawan pada yang Maha Esa dahulu, rasanya pemberiannya ini amat besar. Sekarang, kawan bertemu dengan teman yang apabila kawan melihat wajah mereka kawan akan mengingati Allah SWT, kawan berteman dengan mereka bukan kerana kawan kesunyian di gedung ilmu yang jauhnya kira-kira 80km dari rumah kawan, tetapi kawan berteman dengan mereka tanpa syarat. Cuma barangkali, Allah mengkehendaki kawan menjadi orang yang baik, maka Allah akan menjadikan untuk kawan seorang teman yang baik.

Dan kini, setiap malam sebelum tidur, telinga kawan akan kawan pastikan mendengar surah Al-Mulk, setiap pagi telinga kawan akan di cuci dengan Mathsurat, meskipun hingga cerita ini kawan taip kawan belum pandai membaca kalam suci Allah SWT, kawan akan berusaha, sementara itu kawan akan mendengarnya melalui laptop pemberian ayahanda dan bonda kawan. Terima kasih Allah, kerana menganugerahkan kawan saudara dan teman yang memberi kawan kekuatan tika kawan diuji dengan dugaan. Terima kasih juga kerana mempertemukan kawan dengan teman-teman yang secara tidak sengaja pernah membisikan bicara keinsafan. Mereka inilah orang yang apabila kawan memandang, kawan akan ingat kepada Allah.



*cerpen ini di 'kopipasta' :)

0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers